Baru sahaja berlangsung sekejap saje tadi, Pameran Busana Perkahwinan Mutiara di Muzium Negara dan Budiey dipertemukan lagi dengan pelakon yang semakin meletop, Izara Aishah. Tengok pada wajah manisnya, korang pasti ingat dengan watak antagonis – super dooper jahatnya dalam drama Soffiya menimbulkan kebencian yang amat pada karakter Fiona. Namun, di luar drama itu, Izara sangat cool dan comel je. Baru je berusia 19 tahun, tapi Izara nampak gojes dengan kematangan pada wajahnya.
[pullquote align=”right”]Sempat gak tadi suruh Izara Aishah buat ucapan sikit untuk ulangtahun budiey.com yang ke-5 nanti. Memang dia sangat cool walaupun ada video tadi yang ku anggap bloopers. Hehe. Untuk Izara, memang you sempoi habis, stay sweet ya.[/pullquote]
Perkembangan terkini, sekarang Izara sibuk dengan pengambaran drama Vanilla Coklat untuk slot Lestari, 13 episod dan Izara nampaknya dah serik untuk bawa watak jahat dan dalam drama rantaian Vanilla Coklat, Izara bawa watak baik.
Bila nak kahwin dengan kekasih hatimu, Izara? Ops! Jangan tanya soalan itu kerana usia sementah ini rasanya Izara belum bersedia, tapi siapa tahu kan? Maklumlah gadis cantik macam Izara ni pastinya menjadi buruan ramai. Lagi pun, Izara dengarnya dah buat pengakuan yang dia ada kekasih, cuma tak nak mendedahkan identiti lelakinya. Kata Izara, dia akan kahwin di bawah usia 25 tahun. Tema wedding, Izara mahu warna putih dan tak nak campur dengan warna lain. Putih suci gitu. Namun, kata Izara, dia mahu menumpukan pada karier lakonan dan Izara agak ralat untuk menolak sebarang tawaran berlakon.
Menyertai Pertandingan Dewi Remaja 2010, Izara sejujurnya menerima apa sahaja kritikan orang terhadap dirinya. Tak mahu cepat melatah, katanya. Persamaan Budiey dan Izara ialah… hehehe kami meminati dan mengkagumi kejayaan Dato’ Siti Nurhaliza. Yang penting dalam hidup kita ialah… FOKUS!