MEMASAK SAMBIL BERMOTIVASI MENERUSI SELERA RAMADAN MM VITAOIL BERMULA 01 SEPTEMBER 2008, SETIAP ISNIN HINGGA AHAD, JAM 5.00 PAGI DI RTM1
Dua dalam satu begitulah ungkapan yang tepat berpeluang dinikmati penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang meluangkan masa menonton Selera Ramadan MM Vitaoils mulai 01 September 2008, disiarkan setiap hari Isnin hingga Ahad, jam 5.00 pagi di RTM1 sepanjang bulan Ramadan 1429H ini.
Selera Ramadan MM Vitaoils adalah program masakan istimewa Ramadan sambil tetamu undangan memberikan motivasi kepada penonton. Malah antara keistimewaan lain yang ditampilkan program ini kerana resipi yang dikongsikan juga sesuai untuk hidangan bersahur atau berbuka puasa.
Elemen-elemen penting yang diutarakan menerusi program terbitan Nafalia Corporation Sdn Bhd ini adalah resipi-resepi masakan yang menggunakan produk-produk berkualiti MM Vitaoils dan istimewanya diwarnai kuliah Ramadan, panduan dan nasihat agama yang bakal disampaikan oleh barisan pendakwah dan pakar motivasi terkenal di Malaysia.
Tetamu undangan menampilkan antaranya Ustaz Wan Shohor Bani Leman, Ustaz Zawawi Yusoh, Ustaz Akhil Haji Abdul Hai, Prof. Dr. Izuddin Haji Ali, Dr. HM Tuah Iskandar dan Tuan Haji Hushim Salleh.
Selera Ramadan MM Vitaoils sepanjang 30 episod siarannya mengutarakan dua resipi berasaskan minyak sawit yang menggunakan produk MM Vitaoils seperti Marvelloso, Blossommm, Rise and Shine, Shortening Qualitaste, Palmas dan Serimas.
Sajian masakan yang diketengahkan oleh Chef Selebriti Norzailina Nordin sangat bersesuaian dengan selera umat islam sepanjang bulan Ramadan ini. Bukan hanya sajian Melayu, bahkan penonton juga boleh mempelajari sajian barat, timur tengah ataupun masakan Cina dan India.
Di samping mengetahui kebaikan produk masakan daripada minyak sawit, penonton juga dapat iktibar kemuliaan bukan Ramadan dari para tetamu yang diundang.
Di samping menyediakan sajian lazat lagi berkhasiat, penonton juga berpeluang mengikuti topik berkaitan bulan Ramadan dan Syawal yang disampaikan tetamu undangan antaranya meliputi topik hikmah mengerjakan Solat Tarawikh, antara sabar atau mengeluh, hikmah berpuasa, barakah bersahur, perkara yang membatalkan puasa, anak-anak soleh dan solehan, perisitiwa-peristiwa besar dalam bulan Ramadan, sedekah dan kelebihannya dan tidak ketinggalan topik menarik menjelang Aidil Fitri iaitu maaf zahir batin.
Antara resipi menarik yang ingin dikongsi bersama penonton iaitu Paf Pir & Burger Sayuran, Kastard Nanes dan Sup Bawang Perancis, Binka Keju dan Mi Pankek, Bingka Jagung & Daging Masak Prun, Mousse Coklat dan Spageti Olio, Cucur Durian dan dihidangkan bersama Tuna Moussaka juga Spageti Sos Keju dan Browines.
Manakala menjelang hari raya, resipinya lebih istimewa dengan menghidangkan Biskut Teh Hijau dan Kek Keju Rise and Shine juga Kek Lebaran dan Bistis Idaman.
Justeru sepanjang bulan Ramadan ini, usah lepaskan peluang menonton Selera Ramadan MM Vitaoils mulai 01 September 2008, setiap hari Isnin hingga Ahad, jam 5.00 pagi serta siaran ulangannya pada setiap hari Isnin hingga Ahad, jam 12.30 tengah hari di RTM1.