Maya Karin sudah pulang ke Malaysia dengan status seorang isteri. Jam 10.30 pagi tadi, para media diajak untuk bersua Maya buat pertama kalinya setelah pelakon yang dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik di FFM21 ini berkahwin dengan Mohammad Ali. Masih ceria dan murah dengan senyuman bagai selalunya. Seri pengantin terpancar di wajahnya bagaikan menghiasi pagi Selasa yang mendung.
Oh! Ini kali pertama Budiey menjejak kaki di banglo yang terletak di Petaling Jaya. Susun atur dan dekorasi cantik ditransformasi menjadi sebuah pejabat Satu Music Entertainment. Tampak selesa dan sangat kemas. Kat sini lengkap dengan studio rakaman, pejabat dan ruang tamu tempat bersantai-santaian.
Saksi terdiri daripada bapa, abang Maya Karin dan mother in law Maya sendiri. Selama enam bulan perancangan direncanakan, ianya tidak semudah yang disangka. Maya Karin bukan jenis suka buat perkahwinan yang begitu grand seperti ini. Tiba-tiba, wedding sebegini tiba dalam hidupnya. Sangat privacy, katanya.
Menyentuh tentang majlis perkahwinannya nanti, tidaklah terlalu romantik sangat pun. Tetapi susah katanya nak cerita tentang perasaan Maya ketika itu. Yang penting, pasangan ini mahu masing-masing selesa dengan suasana tersebut. Lagi pun, Mohammad Ali tak suka berpegangan tangan sangat.
Selepas hari Jumaat ini, mungkin perasaan Maya sudah lain sikit. Memang rasa berdebar dan teruja dengan majlis resipsi dalam taman di FRIM nanti. Sebab takut dengan persepsi orang ramai. Maya lebih suka casual, lebih rileks, tidak pakai baju yang tebal-tebal, asalkan selesa dan kepada para jemputan, pesan Maya… jangan lupa bawa rain coat (baju hujan).
Ada 700 orang jemputan untuk hari Jumaat ini, Maya sudah merasakan kemeriahan dan meminta maaf kepada kawan-kawan yang tidak dapat jemput.
“I really sorry. Lagi besar majlis itu, lagi banyak kerja dan mungkin tak dapat handle dengan baik.”
Baju dari Radzwan Radzwill, Maya akan disalut dengan baju kebaya yang pastinya cun melecun.
“Suami Maya tidak suka terlalu expose dan suka dengan privacy. Buktinya, bersama Maya pun dalam 2-3 gambar sahaja yang diambil. Memang dia tak suka bergambar.”
Kehidupan Maya selepas kahwin?
Bangun pagi jam 6 petang dan balik jam 5 petang, begitulah rutin suaminya sebagai guru matematik. Memang berbeza dengan kehidupan Maya. Namun, segalanya akan baik dan Maya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan. Setakat ini, Maya percaya dapat membahagikan masa bersama famili dan suami tercinta.
“Masing-masing mahu menyesuaikan diri dan segalanya akan bermula dengan asas. Masa di Itali pun, saya memang letih.”
Maya akan berada di Bangkok untuk pengambaran iklan di Bangkok pada awal bulan September. Selain filem Pisau Cukur, Maya akan tampil berlakon dalam sebuah filem komedi.
Berat Maya Karin sekarang 47kg. Naik dua kilo katanya. Masih dengan duta Tag Heuer, L’oreal dan bersama Celcom, yang masih dalam perancangan.
Saya suka merancang terutama dalam soal kewangan. Bukan senang untuk memberikan yang terbaik untuk anak. Jadi, pengorbanan masa dan wang perlu dibuat.
Dalam soal rumah tangga, Maya dan suami bekerjasama terutama masak memasak di dapur.
Kata Maya, dia sangat teruja dan tak sabar untuk bertemu dengan jemputan pada hari Jumaat ini. Terutama sekali dengan door gift dan cenderamata yang akan diberikan kepada tetamu… sangat istimewa!