Maka, seperti yang dirancang, hari ini bermulalah Trip Korea SimplySiti Bersama Siti Nurhaliza. Kepada pembaca yang follow budiey di twitter, bolehlah follow hashtag #TripKoreaSimplySiti di twitter ya.
Jam 9.30 pagi: Budiey turun ke cafe untuk breakfast. Sorang media pun masih tak nampak batang hidung. Lepak dulu di lobby. Semalam tidur agak lewat, layan perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia. Kemudian, selesaikan segala kerja sebalum terbang ke Korea untuk Trip Lawatan Media ke Kilang SimplySiti. Habis selesai kerja baru boleh tidur.
Jam 10 pagi: Nampak kelibat Izza dan Amie Galaksi yang baru sampai dari Sri Pentas. Ajak diorang breakfast. Sampai di cafe, kami terserempak dengan Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk K yang baru selesai sarapan. Dan ini gambar kenangan pertama Budiey bersama Dato’ Siti untuk trip ini. Hehe…
Terserempak juga dengan pelakon Anita Baharom & famili dan juga dengan staff Astro yang tinggal di Marriot Putrajaya untuk FFM24 dan juga rakaman Konsert Emas yang diadakan di PICC Putrajaya.
10.30 pagi: Selesai sarapan, kami terus ke lobby dan bertolak dengan sebuah van yang menjemput kami untuk ke LCCT Sepang. Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 35 minit.
11.10 pagi: Kami disambut oleh Siti Nurhaliza dan Datuk K yang sudah pun tiba lebih awal di LCCT Sepang. Tak lupa, pengurus Siti Nurhaliza yang sungguh berwibawa itu juga turut menyambut kedatangan kami di LCCT. Siapa lagi kalau bukan Sang Dewi. Haha
11.30 pagi: Kami lepak-lepak dan hang out dulu di Plaza Premium Lounge sementara menanti waktu untuk terbang ke Korea pada jam 2.30 petang.
Jam 2 petang: Kami selesai melintasi pemeriksaan imegresen dan check in serta terus boarding lebih awal untuk mengambil gambar kenangan bersama Dato’ Siti Nurhaliza bersama CEO of AirAsia X, Azran Osman-Rani.
Jam 2.35 petang: Pesawat D7 504 menerbangkan kami ke Korea yang mengambil masa selama lebih 6 jam.
Jam 9.05 malam: Kami selamat sampai di Lapangan Terbang Incheon, Seoul Korea.
Ini gambar Dato’ Siti di Lapangan Terbang Incheon, Seoul, Korea. Muka fresh lagi tu sebab katanya dia nak tidur je masa dalam pesawat. Letih barangkali sebab sehari sebelum tu sibuk dengan sidang media Kempen SimplySiti Di Hati.
Menurut Kak Zie, ini kali pertama dia menjejak kaki di Korea tapi Siti Nurhaliza pernah sampai kat sini untuk melihat sendiri kilang SimplySiti.
Jam 9.45 malam: Kami disambut oleh dua orang pemandu pelancong bernama Joe Chen dan Dora.
Suhu di waktu malam kat sini 7 darjah celsius dan pada waktu pagi pula -5 darjah selsius. Bagi orang Korea, suhu macam ni agak biasa-biasa dan tak lah sejuk sangat tapi bagi kita memang menggigil jugak la.
Jam 10 malam: Kami menuju ke sebuah hotel yang terletak di Itaewon, Korea dengan menaiki sebuah bas. Sepanjang perjalanan, pemandu pelancong tak henti-henti memberi informasi tentang Korea. Dari info tentang lapangan terbang hinggalah info tentang bahasa Korea. Sempat belajar bahasa Korea dari pemandu pelancong yang dulunya pernah menemani Siti semasa trip ke Taiwan satu ketika dulu.
Pemandu pelancong menasihati kami supaya minum air dengan banyak kerana cuaca yang sangat sejuk boleh menyebabkan kami menghadapi masalah kulit kering. Juga kami dilarang jangan terlalu mandi air terlalu panas dan menggunakan sabun.
Menurut tour guide ni lagi, tambang teksi dari hotel ke Nandaemun ni dalam Won 7,000. Di Itaewon, memang senang sekali mencari restoran halal kerana kat sini ada ramai orang Islam. Itaewon Market lebih murah jika nak dibandingkan dengan Nandaemun. Siap dipesan jangan beli souvenir di sini sebab memang sangat mahal.
Jam 10.50 malam: Kami selamat sampai di Hotel Hamilton. Disambut oleh dua orang staff SimplySiti yang hadir lebih awal. Dengarnya, ada pegawai dari Jakim turut akan melawat kilang SimplySiti untuk buat pemeriksaan.
Sampai di hotel, sempat bergambar dengan geng Melodi & Galaksi. Kami juga disambut oleh beberapa orang peminat Siti Nurhaliza yang menuntut di universiti kat sini.
Inilah kamar kami, berkongsi bilik bersama wartawan dari Berita Harian – Farihad.