in ,

Ulasan Filem Real Steel

ULASAN FILEM REAL STEEL

Korang pernah tonton filem Rocky tak? Haa, kalau minat tonton filem Rocky, pasti akan minat dengan filem Real Steel arahan Shawn Levy yang mana sebelum ini terkenal dengan filem arahannya Night at the Museum. Garapan skrip & lakon layar dari John Gatins & Dan Gilroy, filem ini mengangkat tema kemanusiaan dan futuristiknya semenangnya sukar untuk dilupakan penonton.

Membawa taglines Courage is stronger than steel, filem ini begitu mendapat sambutan dari penonton di pawagam. Filem yang berkos 80 juta USD ini berdasarkan pada filem STEEL sebuah filem pendek yang dibuat sekitar tahun 1956.

Lakonan utama Hugh Jackman, Evangeline Lilly, Dakota Goyo ini menceritakan tentang seorang bekas ahli gusti yang menemui sukan boxing robot di mana ianya satu sukan yang popular di masa depan. Charlie Kenton yang begitu gigih berjuang untuk menjadi juara dalam setiap pertarungan boxing robot. Untuk menjadikan robotnya lebih kuat, Charlie memerlukan wang untuk upgrade robot. Sedangkan, beliau terpaksa menanggung hutang yang banyak. Untuk selesaikan masalah ini, Charlie bersama dengan anaknya yang berusia 11 tahun bernama Max yang dilakonkan oleh Dakota Goyo, di mana dari hasil hubungan yang baik anak dan ayah ini telah menghasilkan sebuah robot yang bersifat kental bernama Atom.

Berdurasi 127 minit, kebanyakan scene pergaduhan boxing robot dalam filem ini adalah motion-captured yang menggunakan penggusti profesional.

Pada saya, filem ini boleh dikategori sebagai sebuah filem sains fiksyen fantasy di mana ia menggambarkan pada satu hari nanti macam-macam perkara boleh berlaku termasuklah, manusia tidak lagi menggunakan fizikal untuk bertarung sebaliknya menggunakan robot.

KEISTIMEWAAN FILEM REAL STEEL

1. Aksi Robot Animatronic Sangat Bagus
Robot Animatronic yang ditampilkan dalam filem ini sangat bagus. Robot itu sendiri saya lihat sangat fun dan begitu imaginatif. Perlawanan yang menggunakan robot ini adrenalin yang kita rasakan seperti kita menonton filem Rocky. Walaupun filem ini melibatkan pertarungan robot, tema kemanusiaan masih lagi diterapkan. Di mana ia menerapkan nilai-nilai semangat perjuangan, tak pernah berputus asa. Rekaan atau design robot dalam filem Real Steel menjadi highlight utama. Keupayaan dan pergerakan robot begitu natural dan saya rasa penonton tidak merasakan ianya dihasilkan dari teknik CGI atau motion captured.

Khususnya, watak robot Atom, sangat unik dan pasti ramai yg kagum melihat watak ini.

Filem ini mahu memberikan impak pada penonton tentang Artificial Intelligence VS Human Intelligence.

2. Garapan Plot & Gaya Penceritaan Yang Seronok Untuk Ditonton
Ada twist dalam filem ni. Jadi, korang yang tonton tu, pasti rasa nak tahu apa yang berlaku. Pasti ada yang tak sangka ada beberapa scene dibuat seolah-olah ingin menguji tahap kesabaran penonton.. Bagi Budiey, story linenya nampak real dan hidup. Semasa menonton filem ini, perasaan anda akan berbaur di mana kita dapat ceria, sedih, ketawa dan macam-macam lagi. Garapan hebat ini begitu bijak meng

3. Lakonan Yang Mantap
Gabungan pelakon mantap Hugh Jackman, Evangeline Lilly & Dakota Goyo ini menjadikan filem ini sangat sempurna. Terutamanya watak Dakota Goyo yang membawa watak anak menjadikan filem ini begitu sukses. Penonton akan rasa watak pertalian antara bapa dan anak begitu dekat dengan mereka. Saya boleh lihat chemistry atau keserasian yang ditunjukkan oleh Hugh Jackman dan Dakota Goyo. Terutama sekali, Dakota yang saya rasa berbakat besar untuk membawakan watak ini secara natural

Oh ya, tak lupa dengan penataan muzik dan juga muzik score juga saya rasa agak kemas untuk filem ini. Predictable? Ya, ia kadangkala sangat mudah dijangka apa yang akan berlaku. Penamat Tidak Seperti Yang Kita Gambarkan. Beberapa scene yang ada bahasa-bahasa yang tak sepatutnya ditonton oleh kanak-kanak 10 tahun ke bawah.

Rating: 4/5 bintang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kempen SimplySiti Di Hati Bantu Dua Pesakit Jantung

Gambar Siti Nurhaliza di Premium Lounge LCCT Sepang