in

Teater Bangsawan Merong Mahawangsa

SIRI SEMARAK BANGSAWAN 2011 – TEATER BANGSAWAN MERONG MAHAWANGSA

Program Siri Semarak Bangsawan adalah program kesepakatan erat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak tahun 2007 dalam usaha menghidupkan dan menyemarakkan kembali kecintaan masyarakat terhadap seni pementasan bangsawan yang telah wujud sejak mula-mula dipentaskan di Pulau Pinang sekitar tahun 1870.

Bangsawan dipercayai berasal daripada Teater Parsi yang dibawa masuk dari Bombay, India yang dijadikan sebagai medium hiburan untuk soldadu India yang berkhidmat untuk Kompeni india Timur. Pada asalnya pementasan menggunakan Bahasa Hindi ini merupakan media hiburan yang sangat masyhur pada masa itu dan telah mempengaruhi rakyat tempatan yang akhirnya menghasilkan satu persembahan bangsawan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara.

Bagi meneruskan perjuangan mempopularkan kembali seni pementasan bangsawan, JKKN telah merasa terpanggil untuk menganjurkan pementasan bangsawan secara berjadual agar dapat dinikmati dan disemarakkan ke seluruh masyarakat.

Merong Mahawangsa

TEATER BANGSAWAN MERONG MAHAWANGSA

Tarikh : 18 – 20 november 2011
Masa : 8.30 malam
Tempat : Panggung Bandaraya Kuala Lumpur
Masuk : RM 5.00

Pada Program Siri Semarak Bangsawan kali ini, Kumpulan Opera Sri Bandaraya pula akan mempersembahkan Teater Bangsawan Merong Mahawangsa arahan Khusiary Mahayuddin dan olahan skrip oleh Raja Azrey Raja Kamaruzzaman. Persembahan Teater Bangsawan Merong Mahawangsa adalah penutup untuk Siri Semarak Bangsawan Bagi tahun 2011. Teater Bangsawan ini akan dipentaskan pada 18 November hingga 20 november 2011, jam 8.30 malam di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Masuk RM5.00.

Antara watak-watak penting dalam Teater Bangsawan ini adalah seperti berikut.

WATAK-WATAK:
1. MERONG MAHAWANGSA – Raja Azrey
2. EMBOK –Syarita Karai
3. PUTERA MARCUS –Thye Mentor
4. PAK KESOM –Dato’ Jalaluddin Hasan
5. TAJI – Adie Ariffin
6. KEMAWAS –DJ Pool
7. TELANI –Nazila Mat Safian
8. DON SIGAR – Haniff Ariffin
9. DON SIRA – Along Zainureen
10. LAKSAMANA LIU YUN – Azhar Sharmal
11. PUTERI LIU LIN – Marina Bhai

SINOPSIS – Merong Mahawangsa
Kisah tertumpu kepada 2 pasangan berkasih iaitu Merong Mahawangsa dan juga embok gadis kg di tanah langkasuka. Impian cinta mereka di gambarkan sungguh indah, namun tidak terlalu jelas seperti percintaan pasangan kekasih lain oleh kerana kehidupan penuh dengan pergolakan latar belakang diri.

Konflik bermula bila Embok di larikan oleh tentera Taji dalam satu pertempuran yang tidak di sangka.

Kehilangan Embok di ratapi sedih oleh ayah angkatnya Pak Kesom, dan dari situ terbongkarlah segala kisah di sebalik kejadian menimpa. Taji dan orang-orangnya menyimpan dendam terhadap Kesom di atas ketidakpuasan hati sejak berguru suatu ketika dulu. Merong berjanji akan menjejak Embok dan menyelamatkannya seterusnya memusnahkan kuasa taji dan gerudanya. Namun begitu kelemahan tenaga serta kekuatan membuatkan usaha Merong sedikit terjejas.

Di kala inilah datangnya Seorang pahlawan tentera dari cina iaitu Laksamana Liu Yun menawar diri membantu tetapi bersyarat, Merong mesti membantunya menyelamatkan adiknya iaitu puteri cina yang juga di larikan oleh kuasa Taji. Merong setuju dan mereka bersatu, akhirnya kuasa Taji dan gerudanya dapat di tewaskan dek kebijaksanaan Merong, namun terjadi sesuatu tragedi yang tidak di sangka. Merong serta yang lain terperangkap dengan tipu muslihat Taji.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Kancil Mana Pelanduk

Foster Pumped Up Kicks