in

Kembara Traveloque AirAsia X Bersama Selebriti Ternama

AIRASIA BAWA PENONTON TV3 JELAJAH DESTINASI MENARIK MELALUI RANCANGAN “TRAVELOG AIRASIA”

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di dunia telah menghasilkan sebuah program bercorak destinasi kembara, “Travelog AirAsia” yang akan disiarkan di TV3 bermula 20 November, setiap Ahad jam 7.30malam.

Terbitan Primeworks Studios, Travelog AirAsia akan bersiaran selama 13 episod dan dihoskan oleh Edd Razhe, pembantu khas kepada Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia. Travelog AirAsia juga akan menampilkan selebriti tanahair seperti Maya Karin, Juliana Evans, Linda Hashim, Elfira Roy, Julia Ziegler dan ramai lagi artis-artis terkenal tanahair sebagai pengacara bersama. Ikuti pengembaraan mereka ke destinasi-destinasi AirAsia dan AirAsia X di seluruh dunia seperti Paris, Perancis; Hanoi, Vietnam; Jogjakarta, Indonesia; Macau, Hong Kong, Tehran, New Delhi, Guilin di China; serta banyak lagi destinasi menarik dalam rangkaian AirAsia dan AirAsia X.

Host Edd Razhe with Maya Karin ( celebrity guest for the 1st episode)

Dato’ Aziz Bakar, Pengerusi AirAsia berkata “Rancangan Travelog AirAsia ini dihasilkan sempena sambutan ulangtahun AirAsia yang kesepuluh. AirAsia mempunyai rangkaian destinasi yang amat luas dan menarik, dan travelog ini akan memaparkan 13 destinasi yang mempunyai tarikan tersendiri dari aspek pelancongan.”

“Di AirAsia, kami sangat menitikberatkan para pekerja yang kami gelar “Allstars”. Pemilihan Edd Razhe sebagai pengacara adalah diatas latar belakang beliau dalam industri hiburan yang telah beliau ceburi selama hampir 15 tahun dan pernah menjadi pengurus artis kepada kumpulan Feminin, Maya Karin dan Yasin. Beliau juga telah bersama AirAsia selama sepuluh tahun sejak AirAsia ditubuhkan” tambah Dato Aziz.

Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, “TV3 sentiasa berusaha tampil dengan idea baru untuk tontonan semua. Sebelum ini, kerjasama baik antara TV3 dan AirAsia yang terjalin melalui paparan destinasi-destinasi AirAsia di program Majalah 3, Nona dan Malaysia Hari Ini (MHI) telah mendorong kami untuk menerbitkan program TV pertama untuk AirAsia. Travelog AirAsia mempunyai identiti tersendiri di mana para penonton TV3 dapat mengetahui destinasi-destinasi AirAsia dan AirAsia X dan rangkuman produk yang dapat memenuhi permintaan anda apabila bercuti di luar negara.”

Episod pertama akan menampilkan hos program Edd Razhe, bersama selebriti jemputan Maya Karin di Paris, Perancis. Antara tempat-tempat menarik yang dikunjungi ialah Menara Eiffel, bandar Deauville, La Valle Village, istana Raja Louis yang memerintah Perancis pada abad ke-15, Chateau de Versailles dan juga pusat popular di tengah bandar, Champs-Elysees. Terkenal sebagai kota fesyen, Edd Razhe dan Maya Karin juga berkesempatan untuk menonton pertunjukan fesyen Guy Laroche yang diadakan bersempena dengan Minggu Fesyen Paris dan bersiar-siar dengan berbasikal di sekitar bandar Deauville yang tenang.

Maya Karin

Maya Karin antara hos selebriti Traveloque AirAsia

Selain itu, ikuti pengembaraan menarik Edd Razhe bersama selebriti tanahair yang berkunjung ke destinasi-destinasi AirAsia dan AirAsia X yang lain bersama Juliana Evans di Hanoi, Vietnam; Linda Hashim di Manila, Filipina; Elfira Loy di Jogjakarta, Indonesia dan Julia Ziegler di Taipei, Taiwan. Mereka akan melawat ke tempat-tempat yang menarik serta melakukan aktiviti simbolik kebudayaan masyarakat setempat yang dilawati.

Perancangan percutian anda akan menjadi lebih mudah dan menyeronokkan melalui pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh AirAsia. Menerusi Travelog AirAsia, anda boleh mendapatkan pelbagai tips untuk merancang perjalanan anda daripada penempahan tempat duduk penerbangan, hotel, tempat-tempat menarik, pengangkutan mahupun pemandu pelancongan melalui pelbagai produk seperti Tune Talk, Tune Hotel dan AirAsiaGo.

Sidang media yang berlangsung di ruang legar (concourse), Pusat Membeli Belah Bangsar Village 2 telah dihadiri oleh Dato’ Aziz Bakar, Pengerusi AirAsia; Dato’ Johan Jaaffar, Pengerusi Media Prima Berhad, Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia; Encik Azran Osman Rani, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X serta Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti pengembaraan Edd Razhe bersama selebriti tanah air menerusi program Travelog AirAsia bermula 20 November, setiap Ahad jam 7.30malam, semestinya di TV3!

Launch ceremony of Program Travelog Air Asia

Momento presentation from Dato' Aziz Bakar, Chairman of AirAsia to Dato' Johan Jaffar, Chairman of Media Prima

Edd Razhe & Maya Karin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Farahdhiya Bertudung Dalam Drama Payung Emas

Siti Nurhaliza Bakal Lancar Kempen SimplySiti Di Hati