Saringan separuh akhir Muzik Muzik 26 bakal bermula tak lama lagi! Budiey dah tak sabar-sabar nak tengok lagu mana yang akan melangkah ke final Anugerah Juara Lagu. Sebanyak 30 buah lagu daripada artis solo dan kumpulan akan berentap dalam 3 pusingan separuh akhir sebelum mara ke peringkat akhir iaitu Anugerah Juara Lagu 26.
Separuh akhir Muzik Muzik 26 yang dihoskan oleh Faizal Ismail (FBI) dan Cheryl Samad akan bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam jam 9.00malam – 10.30malam.
Separuh akhir pertama pada 18 November bakal menyaksikan 11 artis solo dan kumpulan bertanding. Antaranya Kumpulan Drama, Iqa, Nubhan, Akim, Alyah, Stacy, Yuna, Sofazr, Hujan, Hafiz, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah. Artis jemputan pada malam tersebut ialah Hazami.
Kepada pembaca yang ingin hadir, bolehlah datang pada:
Hari/Tarikh : 18 November 2011 (Jumaat)
Waktu : 8.00malam (Pintu akan tutup pada 8.50malam)
Tempat : Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Ning Baizura
Yuna
Alyah