Rakaman pula akan berlangsung pada hari Sabtu ini. Budiey kemungkinan besar akan ke sana untuk mengikuti rakaman program ini, Setakat ini, saya cuma dapat bayangkan bagaimana program ini berlangsung dengan mulut Azwan Ali yang pakai lepas dan mulut Adlin yang tak kurang lasernya tak ingat dunia. Tetapi apakah signifikasinya program ini? Saya kira sudah tentu program ini akan mengamit penonton kerana adanya Adlin yang jarang sekali dilihat menjadi pengacara. Dulu pernah la jugak tengok Adlin jadi hos dalam Wakanebeb… Tu pun dah kira kejam gak tu. Kalau berduet ngan Azwan Ali tak tahu la camana, Hua hua hua…
Nantikan filem terbaru lakonan Ning Baizura di pawagam pada 28 Jun 2007 berjudul Diva. Lagu Bintang Impianku dari Ning Baizura telah pun diputarkan secara eksklusif di Suria FM. Lagu Bintang Impianku salah satu lagu dari Filem DIVA. Lagu ini dicipta oleh Mithoon Sharma (pencipta Bollywood muda) dan lirik oleh Loloq. Ning memgang watak utama iaitu Kartika, seorang gadis kampung yang berhijrah ke luar negara untuk menjadi seorang penyanyi terkenal.
Setelah kematian bapanya, dia kembali ke tanahair untuk menyambung warisan bapanya yang yang mempunyai sebuah sekolah seni. Filem tersebut turut melihat watak yang dipegang Ning mendidik empat orang penyanyi harapan dan ini seakan-akan sinonim denga apa yang dilakukannya bersama-sama Nikki dan Yani.
Awie atau nama asalnya, Ahmad Azhar Othman kini sibuk dalam rangka promosi filem Sumolah. Dalam filem itu, Awie terpaksa berkorban menaikkan berat badannya sebanyak 16 kg untuk watak Haris. Kemudian, Awie sibuk dengan pengambaran filem Brave yang dibikin di Bangkok, Thailand. Memegang watak antagonis aka penjahat aka pembunuh bernama John. Untuk filem Brave, Awie berjaya mengurangkan 5kg serta meningkatkan lagi senaman untuk memantapkan lagi rupa fizikalnya. Kasi tough sikit.
Amir Loqman, pereka fesyen bersama penyanyi, Nita yang memakai baju rekaan Amir. Terbaru, dengar ceritanya Amir telah menjayakan majlis pelancaran produk terbaru Rafflesia The Pearl Centre, Mandalay, di Carcosa Seri Negara. Rekaan Amir Luqman telah digayakan oleh Nora Danish, Tengku Azura, Jolene, Pushpa, Natasha, Aleeza, Lis dan Ezlynn. Antara selebriti lain terlibat ialah penyanyi terkenal Anita Sarawak, Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Syafinaz dan Fauziah Latiff hingga pelakon popular seperti Eja, Lis Dawati, Natasha Hudson dan Aleeza Kassim.
Reshmonu dengan rambutnya yang begitu unik. Antara calon untuk Ikon Malaysia yang terkenal dengan genre pop reggae & hip. Ikon Malaysia, sebuah pertandingan realiti baru ini adalah untuk mencari penyanyi bukan personaliti. Satu inisiatif anugerah muzik usahasama Astro, Ikon Media Group dan Persatuan Industri Rakaman Malaysia. Ikon Malaysia telah pun bermula sejak semalam di Astroria jam 9 malam.
Cheryl Samad yang telah muncul dengan albumnya. Kesian, agak suram dan lembap sikit penjualan album Cheryl. Antara lagu yang turut dimuatkan ke dalam EP Cheryl Samad adalah ‘Datanglah Cinta’ di mana liriknya ditulis oleh Cheryl sendiri dan ‘Diri Mu’. Duta farmasi Watson ini katanya sibuk dan terpaksa menolak banyak tawaran berlakon. Saya pernah menonton video muzik terbaru Cheryl berjudul Dirimu di sini. Memang ada power la jugak…. videonya. Maklum tengok la sape yang buat… Ghaz tu yang buat.