in

WARTA SERUMPUN JAMBATAN MALAYSIA-INDONESIA

WARTA SERUMPUN… JAMBATAN HUBUNGAN DUA NEGARA MENERUSI SATU WADAH.

“Satu Budaya, Dua Negara, Satu Warta”. Bermula 17 Ogos 2008 (Ahad), satu dimensi baru dalam kerjasama Malaysia-Indonesia bakal tercatat dalam lembaran dunia penyiaran negara dimana satu rancangan berkonsepkan berita serantau akan disiarkan di kedua-dua buah negara.

Sidang media, Warta Serumpun Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Dai’ Bachtiar & Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek

Hubungan akrab dua negara serumpun diangkat ke tahap lebih tinggi dengan terhasilnya produksi Warta Serumpun – program sepanjang 30 minit hasil kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Televisi Republik Indonesia (TVRI). Penghasilan program berita serantau dalam bahasa Melayu ini amat wajar memandangkan penduduk kedua-dua negara mempunyai persamaan dari sudut budaya jua bahasa. Penerbitan buletin berita serantau ini tercetus hasil kata sepakat yang dicapai dalam Mesyuatat Jawatankuasa Penerangan Indonesia – Malaysia pada 11 dan 12 Jun yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Tanggal 17 Ogos begitu signifikan sekali kerana pelancarannya adalah bersempena sambutan kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-63. Tarikh ini dilihat amat relevan dalam memahat jalinan perhubungan dua hala yang lebih erat di antara dunia penyiaran kedua-dua buah negara dengan menggunakan media massa sebagai medium perantaraan.

Menerusi Warta Serumpun, rakyat di kedua-dua buah negara bisa lebih memahami isu berkaitan budaya, sosial, ekonomi serta warisan. Laporan yang disiarkan merentasi hubungan diplomatik Kuala Lumpur – Jakarta dan bakal mengangkat hubungan yang sudah terjalin lebih 50 tahun merentasi ke satu dimensi yang baru.  Buar permulaan Warta Serumpun akan bersiaran sekali seminggu iaitu pada setiap Ahad, jam 12.00 tengah malam menerusi RTM1.

Pastikan anda terus bersama siaran RTM1, Saluran Inforia bagi memperolehi berita muktahir serta maklumat terkini daripada Malaysia dan Indonesi hanya menerusi Warta Serumpun, “Nadi Interaktif Serantau”. 

Sidang Media, Tan Sri Dai’ Bachtiar & Datuk Ahmad Shabery Cheek

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bagaimana Membudayakan Filem Malaysia?

Gambar Sekitar Sambutan Hari Jadi Awal Ashaari di Red Box