in

Showdown 2012

KREW TARIAN RANCANGAN REALITI PALING SENSASI 8TV KEMBALI UNTUK MUSIM KE-3!

GEGARKAN ALAM SIBER!

Pencarian krew terbaik kembali lagi! Pemenang Program TV Popular di Shout! Awards 2010, Program Realiti Terbaik pada Anugerah Skrin 2010 dan Program Realiti TV Terbaik pada malam Anugerah Sri Angkasa 2010 kembali untuk musim ke-3. Showdown 2012 kembali memanaskan industri hiburan dan kini akan memulakan pencarian untuk mencari krew terhebat di Malaysia.

Penari-penari berbakat negara bakal berentap untuk kesekian kalinya bagi merebut gelaran juara dalam pertandingan tarian paling hangat abad ini. Rancangan ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan tarian jalanan yang sebelum ini kurang mendapat perhatian ramai. Di samping itu, rancangan ini turut dirangka untuk memberi penghormatan dan perhatian kepada tarian unik penuh ekspresi ini. Pada musim ini, Showdown 2012 kembali lebih hebat, lebih meriah dan lebih mega dari sebelumnya!

Selain mengaplikasikan medium komunikasi tradisional untuk meraih publisiti bagi rancangan ini, 8TV tidak melepaskan peluang untuk meluaskan lagi strategi pemasaran dan promosi menerusi media alternatif. Keberkesanan penggunaan media alternatif terbukti memandangkan peningkatan jumlah pengikut ‘online’ yang diraih oleh 8TV sejak penggunaannya. Kini, 8TV mempunyai melebihi 100,000 pengikut di laman sosial ‘Facebook’ di bawah rancangan Showdown 2010 dan Showdown 2011. Secara purata, kira-kira sembilan ribu pos dan status dikemaskini setiap hari oleh para peminat. Angka ini tidak termasuk ribuan lagi yang turut mengikuti 8TV melalui profil yang lain.

Sehubungan itu Showdown 2012 jelas meningkatkan nilai hiburan dalam medium-medium komunikasi alternatif Kini tiba masanya bagi Showdown 2012 untuk menggamatkan lagi suasana dengan sesi ujibakat yang akan dilakukan secara ‘ONLINE’! Ya benar, sesi ujibakat akan dilakukan secara online dan krew-krew yang berminat boleh menghantar video tarian mereka secara ‘online’ ke www.8tv.com.my/showdown. Ujibakat Showdown 2012 akan dibuka dari 1 November hingga 21 November 2011. Video-video ini kemudiannya akan dinilai oleh juri bagi menentukan siapa yang layak ke peringkat seterusnya. .

Ujibakat Showdown 2012 adalah terbuka kepada semua penari dari pelbagai peringkat umur. Mereka yang di bawah umur disyaratkan untuk meminta pengesahan dari ibu bapa masing-masing terlebih dahulu.

“Showdown 2012 kini kembali! Selain meraih pelbagai anugerah dan berjaya mendapat ‘rating’ yang cukup tinggi, Showdown 2012 terus mendapat tempat dihati peminat disebabkan nilai hiburan yang cukup tinggi yang dipersembahkan oleh program ini. Selain itu, Showdown 2012 turut memperkenalkan rakyat Malaysia kepada penari dan penghibur di Malaysia yang sememangnya berbakat,” kata Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7. “Ini adalah platform terbaik bagi anak-anak muda negara untuk mengetengahkan bakat mereka. Sekiranya anda mempunyai bakat dan minat dalam seni tari, jangan berfikir panjang.Hantarkan video anda kepada kami dan krew anda mungkin terpilih untuk beraksi di pentas Showdown 2012,” tambah Airin.

“Menerusi platform yang kukuh, Showdown 2012 bakal menyediakan ujibakat secara ‘online’ yang sememangnya lebih menyeluruh berbanding ujibakat terbuka. Ini adalah bukti asas Showdown yang memberi keutamaan kepada penonton dan peminat.” kata Zebedee DeCosta, Penerbit Kanan Primeworks Studio.

Krew yang berjaya dalam sesi ujibakat akan berentap di pentas ’Battle‘, di mana krew-krew ini akan terlibat dalam pertempuran satu lawan satu. Krew yang berjaya akan mara ke peringkat seterusnya iaitu ‘The Meltdown’. Krew-krew yang berjaya dalam peringkat ini berpeluang untuk mempamerkan bakat mereka secara langsung di pentas .

12 krew akan mula beradu nasib dan disinilah bermulanya proses penyingkiran mingguan. Untuk mengetahui siapakah yang bakal tersingkir, pusingan penentuan yang dipanggil ‘Dance Off’ yang dibuat pada setiap minggu dan diakhir rancangan 4 kumpulan penari yang memperolehi markah yang terendah akan bertanding sekali lagi sesama mereka untuk melayakkan diri ke pusingan berikutnya.

4 kumpulan terakhir yang berjaya ke peringkat akhir akan ke “Final Showdown” di mana mereka akan mempersembahkan tarian dengan ‘style’ “krump-ing”, “lock-ing” dan “break dance” untuk menarik perhatian juri dan penonton dan seterusnya dijulang sebagai juara Showdown 2012.

Showdown 2012 mengalu-alukan kehadiran hos dan penyampai radio Fly.Fm, Hafiz Hatim sebagai pengacara Showdown 2012. Tidak lengkap tanpa kehadiran juri-juri tetap rapper terulung negara dan penerbit muzik berbakat Joe Flizzow dari kumpulan Too Phat serta penari dan koreographer terkenal Maple Loo.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan gerak tari menakjubkan serta aksi yang pasti menghiburkan anda sekeluarga! Saksikan eksklusif di 8TV. 8TV turut disiarkan di Astro saluran 708. Kini anda juga boleh menyaksikan program-program kegemaran anda menerusi laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami menerusi www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Concert Greyson Chance Live in Malaysia

Drama Bersiri Tentang Dhia