Kecoh juga bila Budiey dengar cerita Chef Wan kena ‘buatan’ dan khabarnya yang buat tu adalah seorang chef lelaki yang bekerja dalam bidang yang sama dengan Chef Wan…. tapi alhamdulilah lah sekarang dah beransur pulih katanya. Sekarang ni, Chef Wan masih menjalani rawatan secara berperingkat.
Sebelum ini, Chef Wan mengalami gangguan sebelah malam, kakinya sakit macam terkena cucukan jarum. Sebenarnya, sihir tu dah ada sejak 2 tahun lalu.
Chef Wan katanya tak nak maafkan orang yang buat sihir tu selagi orang tu tak datang minta maaf. Walaupun mengesyaki seseorang, Chef Wan tak mahu tuduh siapa yang menjadi dalang dan menyiarkan nama kepada media. Mungkin ada chef lain yang dengki dan cemburu dengan kejayaan dan berniat untuk menutup periuk nasi Chef Wan sehingga mahu membinasakan dirinya dan familinya. Namun, chef yang mana satu, tak boleh diceritakan. Itu hanya kemungkinan. Hanya Tuhan yang tahu. Itu menurut seorang ustaz yang merawat Chef Wan.
“Kalau benar orang tu tak puas hati dengan saya, saya harap sangat dia datang bertemu dengan saya dan cakap apa yang dia tak puas hati. Luahkan apa yang tak puas hati. Dia buat camni macam pengecut dan penakut. Saya hanya nak tahu kenapa dia sanggup buat macam ni!”
Apa yang berlaku ada hikmahnya dan menjadi pengajaran buat semua orang. Setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah.
Baru-baru ini, Chef Wan dianugerahkan Anugerah Ahli Mangku Nogoro Pakubuwono yang memberi gelaran Yang Berhormat daripada Raja Majapahit sempena ulang tahun ke-4 pertabalan raja berkenaan.
Tahniah Budiey ucapkan. Semoga Chef Wan tabah menghadapi liku-liku kehidupan di dunia yang fana ini.
[tags]chef wan kena sihir, susuk, cara pasang susuk, cara sihir, alamat bomoh, santau, histeria, filem, chef wan, resepi, koleksi chef wan, gambar chef, celebrity nosejobe, curl butt, hillary duff plastic surgery, liposuction, rhinoplasty, thailand plastic surgery, tyra banks, album sampai syurga, laki maya karin, datuk s fasha sandha[/tags]