SINOPSIS KEKASIH AWAL DAN AKHIR
Sebuah telemovie yang diterbikan oleh syarikat milik pelakon Aaron Aziz iaitu Aaron Aziz Productions dan telemovie Kekasih Awal & Akhir menjadi telemovie pertama yang diterbitkan oleh beliau. Masih mengekalkan chemistry bersama pasangannya dalam Nora Elena iaitu Siti Saleha, dan Budiey rasa ramai peminat Aaron Aziz dan Siti Saleha tak sabar untuk menonton telemovie ini.
9 November 2011, 8.30 malam
Lakonan: Aaron Aziz, Fauziah Ghous, Siti Saleha
Nama Aaron Aziz semakin melonjak dipesada seni dan diminati ramai. Dan buat pertama kalinya, beliau telah mengarahkan telefilem khas buat Media Prima dan ianya juga merupakan arahan pertamanya di Malaysia menerusi Aaron Aziz Productions Sdn Bhd. ‘Kekasih Awal dan Akhir’ ini menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Gous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat.
Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri. Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad mengahwini Akhirah dan akhirnya setelah tiga tahun berlalu, Akhirah mengandung.
Bak kata pepatah, sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Akhirah sudah tidak seperti dahulu lagi.