in

Program Menarik Aidiladha 2011 di TV9

PROGRAM-PROGRAM MENARIK SEMPENA AIDILADHA

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang menjelang tiba, TV9 yang juga merupakan stesen Nombor Dua Negara telah menyediakan pelbagai program menarik berunsurkan pengorbanan, pengajaran dan kasih sayang, menerusi slot Skrin Aidil Adha dan Raudhah khas buat penonton setianya.

Program Aidiladha bermula dengan Usrah pada 4 November 2011 baru-baru ini selama satu jam bermula 12.30 tengahari dengan judul ’Kiblat Pertama’ yang dirakamkan di Palestin. Ianya merupakan program majalah yang menceritakan tentang Kiblat pertama umat Islam di Palestin sebelum ianya menghadap ke Kaabah di Mekah. Bertambah menarik apabila ianya membawa kita kembali kepada sejarah Islam dan keajaiban Baitul Maqdis termasuklah sejarah Nabi Isa A.S. Apabila meneliti jalan penceritaa yang dibawakan menerusi Usrah ini, ianya akan mengubah pendirian kita terhadap kejadian yang menimpa umat Islam di Palestin, tidak seperti mana yang kita dengar atau lihat dari media seluruh dunia. Penduduk Palestin ingin melihat lebih ramai umat Islam menjejak kaki ke negara mereka dan menziarahi Baitul Maqdis. Di sini juga kita lihat bagaimana penduduk Palestin yang mencari rezeki dengan usaha mereka sendiri ditambahkan dengan memanjat doa kepada Allah SWT, tanpa meminta simpanti dan ehsan dari sekeliling.

Diikuti dengan Halaqah pada 8 November jam 10.00 malam membawa tajuk ’Keikhlasan Ismail’. Tahukah kita betapa tingginya keikhlasan Nabi Ismail A.S. yang tenang dan sedia menyerahkan nyawanya kepada Allah S.W.T, tanpa marah atau menentang dan tanpa ragu-ragu. Baginda juga merupakan putera kesayangan Nabi Ibrahim A.S. Halaqah kali ini sememangnya menarik ditambahkan pula dengan pengacara ceria Ustaz Badli Shah Alauddin ditemani oleh ahli panel berpengalaman Profesor Madya Dr.Sharifah Hayati Syed Ismail, Pensyarah Akademi Pengajian Islam, API, UM.

Kemeriahan Aidil Adha diteruskan dengan telefilem menarik menerusi Skrin Aidil Adha iaitu:

JANJI DENGAN NYAWA
5 November, 10.00 pagi
Janji Dengan Nyawa yang membariskan Wan Hanafi Su, Fauzi Nawawi, Mohd. Hanis Kamarulazaman danElfira Loy pasti meruntun hati. Janji Dengan Najwa menceritakan pengorbanan seorang ayah setelah kematian isteri tercinta dan juga pengorbanan seorang abang sulung menjaga adik-adiknya. Setelah kematian isteri tersayang, Pak Uzir terpaksa menjaga 5 orang anaknya. Aliff merupakan anak yang sulung berusia 18 tahun, diikuti Aina 14 tahun, Akma 12, Ayie 10 dan Afiq 8. Baginya kelima-lima anak tulah tunjang kehidupannya. Kesetiaannya kepada Piah begitu agung dan rasanya dia tidak mahu mengkhianati cintanya. Biarpun ada dua tiga orang anak dara atau janda di kampong itu yang ingin mengambil tempat Piah. Malahan, baginya jika beristeri baru, tidak semestinya dapat menggantikan tempat ibu kepada anak-anaknya.

Aliff merupakan seorang anak yang bijak. Keputusan peperiksannya amat memberansangkan dan berpeluang untukmelanjutkan pelajaran ke luar negara. Namun, memikirkan adik-adiknya yang masih kecil dan kasihankan ayahnya, Aliff memendamkan sahaja hasratnya. Besar tanggungjawab Aliff kerana setiap kali ayahnya ke laut mencari rezeki, Aliff akan menjaga adik-adiknya. Pak uzir pula sentiasa berpesan kepada Alif untuk menjaga adik-adiknya terutamanya jika suatu hari nanti ayahnya tidak pulang dari laut.

KERBAU
5 November. 12.30 tengahari
Ramli dan Siah adalah pasangan suami isteri yang mempunyai tiga org anak lelaki iaitu Hafiz, Firdaus dan Fikri. Masing-masing masih lagi belajar di sekolah rendah. Mereka hidup dalam serba kekurangan. Ramli hanya melakukan kerja kerja kampung seperti membuat rumah, menjaring ikan dan mengurut bagi menampung keluarganya. Siah kini sedang sarat mengandung anak keempat. Suatu hari, Pak Seman ingin mengorbankan seekor kerbaunya yang diberi nama Kewek. Malangnya Kewek telah terlepas dari ikatan. Ramli yang kesempitan wang menawarkan diri untuk mencari Kewek. Sebagai upah, Ramli memberitahu Pak Seman, dia hanya mahukan sedikit hati dan daging kerbau yang bakal dikorbankan itu kerana Siah mengidam untuk memakannya.

Ramli masuk ke dalam hutan untuk mencari Kewek. Di dalam hutan itu, Ramli ternampak seekor kerbau dan dia menyangkkan ianya adlah Kewek. Semasa hendak membawa kerbau itu pulang, dia tersesat jalan. Siah amay risau kerana Ramli tidak pulang seperti yang dijanjikan. Orang kampung pergi mencarinya tetapi tidak menjumpainya. Pada masa yang sama, seorang penduduk kampung telah datang membawa kerbau (Kewek) Pak Seman yang dijumpainya di pinggir hutan. Ini membuatkan Siah yakin bahawa Ramli telah sesat. Siah menyalahkan dirinya di atas kehilangan Ramli. Adakah orang kampung berjaya menjejak Ramli di hutan?
Pelakon : Along Kamaruddin, Azzarima dan Rawi MS.

KAIN PELIKAT ACAT
6 November, 10.00 pagi
Mengisahkan Acat seorang anak yatim piatu yang gemar berkain pelikat. Kain pelikat itu mengandungi 1000 kisah berkenaan kematian ayah dan ibunya. Sebab itulah dia sangat sayangkan kain pelikat itu biarpun lusuh,buruk dan koyak. Abang Acat iaitu Sam tidak sukakan Acat kerana baginya Acat punca kematian ibu dan bapanya. Sementara itu, kakak Acat bernama Fida amat menyayangi Acat. Ibu dan bapa mereka meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya ketika membeli kain pelikat buat Acat. Sejak itu, Pakcik Ghafar dan Mak Senah, yang merupakan jiran mereka sering mengambil berat terhadap ketiga beradik itu.
Pelakon : Fimie Don, Erin Malik, Talha, Eizlan Yusuf, Aida Aris, Shah Iskandar, Rozita Che Wan dam Shafii Khan.

ESKPRESI DATO’ M. NASIR & JAMAL ABDILLAH
6 & 7 November, 12.30 tengahari
Paduan suara emas ‘sifu’, M. Nasir, dan Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah, pastinya menyerikan sambutan Aidilfitri tahun ini menerusi TV9. Dendangan lagu dengan alunan lagu-lagu evergreen sepanjang zaman yang sentiasa menjadi siulan dan nyanyian orang ramai termasuk anak muda masa kini. Rancangan ini akan turut dimeriahkan dengan rakan-rakan seperjuangan mereka iaitu Ogy Dato’ Ahmad Daud, Francesca Peter dan juga artis-artis baru dan muda seperti kumpulan Hujan, Mawi dan Awie Rafael. Pastinya apabila mendengar lagu-lagu ini, sebahagian daripada penonton teringat kembali akan kenangan-kenangan indah yang pernah dilalui dahulu.

DI HUJUNG MIHRAB
6 November, 5.30 petang
Luqman tertekan dengan keluarganya yang berantakan dan menjadikan dia seorang pemberontak, hidup liar dan pentingkan diri sendiri. Satu hari, oleh kerana tidak berpuas hati dengan Hafiz dia bertindak memarahi Hafiz dan memukulnya sehingga cedera. Luqman dibicarakan dan di jatuhi hukuman kerja komuniti. Luqman banyak menimbulkan masalah di tempat tersebut dan cuba dinasihati oleh Sofea. Luqman membenci Sofea dan akhirnya Luqman insaf setelah mengetahui siapa Sofea sebenarnya dan wujud simpati. Malangnya Sofea hanya menunggu masa untuk dijemput illahi.
Pelakon : Sariyanti, Nazim Othman dan Shafie Naswip.

HAJAR ASWAD
6 November, 8.30 malam
Sebuah cerita tentang seorang wanita tabah Siti Hajar, dan diceritakan dari mata anaknya yang bercita-cita menjadi seorang juruterbang, Asrul Aswad. Siti Hajar mengidap sejenis penyakit mata yang kronik. Semakin hari penglihatan Hajar semakin kabur dan dia tahu yang dia akan buta. Tatkala Hajar mengetahui tentang hadis yang menyatakan bahawasanya jika dicium batu dari syurga Hajarul Aswad di tanah suci Mekah, maka terhapuslah segelintir dosa-dosa lampau umat Islam, Hajar terus bercita-cita ingin menunaikan haji.

Dalam keadaannya yang semakin teruk, dia masih gigih bekerja untuk memastikan duit yang dikumpul cukup untuk menunaikan ibadah haji. Tapi kekurangannya menyebabkan dia mudah ditipu sehingga wang simpanannya habis dicuri jirannya, Azhan. Hajar mahu Azhan mengaku dan memberikan semula semua duitnya, apatah lagi dia sudah mula menyimpan sejak mula bekerja sepanjang 12 tahun yang lalu. Ajal pastinya di tangan tuhan, kerana kekurangnannya, Siti Hajar terbunuh dalam pertengkaran menuntut haknya. Hajar tidak sempat mencium Hajarul Aswad namun apakah pengorbanan anak kesayangannya demi memenuhi hajat Siti Hajar?
Pelakon : Noorkhiriah dan Bront Palare.

MAHLIGAI CINTA
7 November, 10.00 pagi
Sinetron istimewa daripada seberang ini menampilkan pelakon handalan seperti Revalina S. Temat, Andrew Andhika, Habibi, Farah Debi dan Leroy Osmani. Ianya bermula dengan Dimas yang telah jatuh cinta pandang pertama terhadap Risma. Pelbagai cara dilakukan untukmemenangi hati Risma. Risma pun sebenarnya menaruh hati terhadap Dimas dan akhirnya mereka berkahwin walaupun tidak mendapat restu daripada keluarga Risma. Suatu hari, pertelingkahan berlaku antara mereka dan Dimas secara tidak sengaja telah mengeluarkan perkataan ”cerai”. Setelah bercerai, Fathan, yang sememangnya mencintai Risma telah melamar Risma. Bapa Risma bersetuju dengan lamaran Fathan kerana dia tidak mahu melihat Risma bersedih.

Keluarga Risma menyangkakan dengan perkahwinan kedua ini, Risma akan gembira dan bahagia, namun sangkaan mereka meleset. Risma kelihatan semakin murung dan dang dingin dengan Fathan. Dimas kecewa apabila mendapat tahu Risma telah berkahwin lain dan terus membawa diri ke Surabaya. Risma menjadi semakin kecewa apabila mendapat tahu tentang pemergiaan Dimas. Suatu hari, Fathan terbaca diari Risma dan sejak itu, dia bercadang untuk mengembalikan Risma kepada Dimas. Tetapi lama-kelamaan, Risma mula menaruh hati dan jatuh cinta pada suaminya Fathan kerana keikhlasan, kejujuran dan ketulusan yang ditunjukkan oleh Fathan terhadapnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Jemputan Ke Showcase OMG Gempak

Sekitar Pelancaran Flagship Store Getha Malaysia di Petaling Jaya