in

Rendang Kasih Lakonan Anding Indrawani

Panggung Ahad Khas Aidiladha : Rendang Kasih di TV1

Kematian ibunya secara mengejut membuatkan Izam terpaksa melupakan tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Meskipun berat hati namun dia terpaksa mengambil keputusan untuk mengorbankan masa depan sendiri demi menjaga tiga orang adiknya. Izam sedar, dia harus menggalas tanggungjawab tersebut memandangkan ayahnya enggan bertanggungjawab terhadap mereka adik-beradik.

Kisah penuh pengajaran ini melatari sebuah drama yang disiarkan khas dalam menghayati sambut Aidiladha yang diraikan seluruh umat Islam pada 6 November 2011 (Ahad), jam 10.00 pagi yang menampilkan lakonan hebat pelakon Anding Indrawani, Fadilah Mansor, Abu Bakar Omar, Nasir Bilal Khan, Wany Osmar dan Leez AF.

Penonton diajak berkongsi sama plot drama mengisi slot Panggung Ahad ini yang mengetengahkan watak Izam yang mula berkembang sekitar cerita apabila dia mengambil keputusan untuk menguruskan perniagaan nurseri yang diwarisi dari arwah ibunya.

Dalam usia yang masih mentah, dia berusaha mengembangkan perniagaannya demi meneruskan kesinambungan hidup mereka adik beradik. Dalam membesarkan 3 adik yang meningkat remaja, Izam terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran. Pergorbanan Izam yang sanggup bergadai nyawa demi adik-adik menuntut kesabaran yang tinggi dalam dirinya.
Sehingga tiba ke tahap kemuncaknya apabila berlaku satu kejadian yang menyebabkannya mengalami kecacatan akibat dipukul oleh sekumpulan mat rempit yang cuba mempengaruhi adiknya. Segalanya sanggup dilakukan Izam semata-mata tidak mahu adiknya terjebak dengan gejala yang tidak sihat itu.

Namun adakah pengorbanan yang dilakukannya itu semata-mata menjunjung erti kasih sayang seorang abang terhadap adik-adiknya itu benar-benar dihargai? Pada masa sama adakah kemunculan ayah mereka yang telah insaf dari kesalahannya kemudiannya diterima?

Untuk mengetahui kesudahan drama yang sarat dengan pengajaran ini, pastikan anda meluangkan masa menonton drama Rendang Kasih hanya di TV1.

Telemovie Rendang Kasih

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Rafidah Ibrahim di Red Carpet ASK 2011

Kimora Lee Bergambar Bersama Siti Nurhaliza di Malaysia