in

Konvoi Misteri Jalan Lama Di Tasik Titiwangsa

Konvoi Misteri Jalan lama Bersama SMART Tunnel & Keicarmania

Tarikh:
26 October 2011 (RABU)

Masa: 3pm

Tempat:
Smart Tunnel Tol (Tempat Bermula) – Tasik Titiwangsa KL

2.30 Ptg
100 Keicarmania (North Entrance, ASTRO Bukit Jalil

3.00 Ptg
Bergerak Smart Tunnel Tol

3.15 ptg
Perlancaran Perlepasan Konvoi MJL di Smart Tunnel oleh COO Smart, Mohd. Fuad Kamal Ariffin & Pengurus Besar TUSB, Gayatri Su-lin Pillai

SESI BERGAMBAR – FLAG OFF
4.00 ptg
Gimik Perlancaran Konvoi Misteri Jalan Lama di Tasik Titiwangsa

Mini Karnival dan Persembahan Artis.

Sejarah akan tercipta, pada 26 Oktober hari ini (Rabu) apabila 100 kereta MISTERI JALAN LAMA akan membanjiri Kuala Lumpur. Tepat jam 3ptg, 100 kereta ini akan berkonvoi melalui jalan-jalan utama di sekitar Kuala Lumpur, bermula di lorong kiri Smart Tol Sungai Besi – SMART Tunnel – menuju ke Jalan Sultan ismail – Jalan Bukit Bintang – Jalan Sultan Ismail – Jalan P Ramlee – Jalan Ampang – Jalan Tun Razak dan Bulatan Pahang.

Acara ini akan berakhir di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur dimana gimik pelancaran Konvoi Misteri Jalan lama diadakan. Turut berlangsung Mini Karnival, pameran kenderaan oleh kelab Keicarmania, persembahan artis dan lintas langsung oleh SURIA FM Cruiser. Antara pelakon yang akan bersama dalam acara ini ialah Afdlin Shauki, Hans Isaac, Liyana Jasmay, Sari Yanti dan ramai lagi.

Orang ramai dan peminat dijemput hadir ke Tasik Titiwangsa pada hari ini.

Misteri Jalan Lama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Cinta Tabir Senja

Filem Nasi Lemak 2.0 Raih Kutipan RM7 Juta