Ini gambar yang diambil pada hari pertama Budiey mengikuti trip bersama Awal Ashaari ditemani oleh Scha Alyahya sebagai tetamu program TV arahan pengarah Michael Ang di Korea. Selepas kami shooting di Hwang Soong Fotress, kami singgah ke sebuah taman tema yang sangat terkenal terletak di Korea iaitu Everland Theme Park. Lebih kurang 1 jam lebih perjalanan dari Hwoong Soong. Ianya dibina oleh sebuah syarikat pengeluar barangan elektronik terkemuka iaitu Samsung.
Tema di sini ketika ini ialah Halloween. Kawasannya sangat luas, lebih luas dari taman tema Disneyland Hong Kong. Memang best. Paling best bila dapat tengok Awal Ashaari dan Scha Ayahya cuba naik roller coaster kayu yang terbesar di dunia iaitu Express it! Awal ni rupanya penakut sebenarnya, berbanding Scha yang nampak cool je. Selain roller coaster, mereka cuba naik Lets Spin It! Memang kawasan ni luas giler dan terpaksa dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya Four Season Theme Park, Water Park, Safari Park, Bird Park dan banyak lagi lah. Kalau datang sini, nak kena datang 2 hari lah, baru dapat cover semua tempat. Setakat satu hari je macam tak cukup.
Jangan lupa menonton program TV berbentuk traveloque sebanyak 8 episod arahan Michael Ang ini yang akan disiarkan di kaca TV pada tahun hadapan. Ianya dibawakan eksklusif oleh Air Asia X.
Budiey diapit oleh pasangan selebriti yang sedang hot bercinta
Awal Ashaari seorang yang camwhore rupanya.
Awal Ashaari bergambar dengan peminat dari Malaysia yang melawat Everland