in

Warna Warni Deepavali Mewarnai TV3

KEMERIAHAN WARNA-WARNI DEEPAVALI DI TV3
Himpunan Program Istimewa Raikan Pesta Penuh Cahaya

Istimewa buat seluruh penganut agama Hindu, suasana sambutan perayaan Deepavali pada 26 Oktober 2011 (Rabu) tentunya akan menjadi lebih bermakna dengan gelak tawa dan belaian mesra ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Diserikan dengan slogan PESTA CAHAYA DEEPAVALI, nantikan kemunculan program-program yang menghiburkan di TV3 sempena menyambut kemeriahan Deepavali pada tahun ini.

Bermula seawal 22 Oktober (Sabtu), slot PESTA CAHAYA DEEPAVALI menjanjikan kemeriahan berganda tatkala bersantai menerusi sajian rancangan-rancangan hebat terbitan tempatan dan luar negara seperti Sivaji The Boss, Ninaithale Inikkum, Nona Istimewa Deepavali, Arjun And The Adventure Of The Ice Lotus, Malaysia Hari Ini (MHI) Istimewa Deepavali, Muzikal Jodoh Deepavali dan Wanita Hari Ini (WHI) Istimewa Deepavali.

Antara program dan filem menarik menerusi slot PESTA CAHAYA DEEPAVALI untuk tontonan seisi keluarga:

Sivaji The Boss – 22 Oktober (Sabtu), 2.00 petang
Cereka ini mengisahkan tentang seorang lelaki kaya bernama Sivaji yang berkelulusan Amerika kembali ke tanah airnya, India bagi membantu anak bangsanya yang berada dalam kesusahan. Dia bercita-cita untuk membina sebuah universiti perubatan dan juga hospital bagi membantu orang miskin yang tidak berkemampuan menerusi penubuhan Yayasan Sivaji. Walau bagaimanapun, laluan untuk beramal tidak semudah seperti yang dijangkakan. Dia terpaksa berhadapan dengan kehendak kerajaan yang menyusahkan. Selain itu, Sivaji terpaksa berhadapan dengan gejala rasuah yang menular di dalam masyarakatnya.
Pelakon: Rajnikanth, Vivek, Shriya dan Suman

Nona Istimewa Deepavali – 23 Oktober (Ahad), 2.00 petang
Dihoskan oleh Vanida Imran, episod istimewa Nona sempena Deepavali menawarkan pelbagai segmen istimewa. Antaranya, fesyen dengan koleksi aksesori Deepavali menerusi segmen kecantikan dan kesihatan mendalami khasiat minyak kelapa dara. Temui seorang personaliti, Thanuja Ananthan yang dimahkotakan sebagai ratu cantik Malaysia. Segmen masakan pula memaparkan Datin Khaty berkongsi rahsia masakan nasi beriyani istimewa dan tidak ketinggalan segmen majlis perkahwinan Ashraf Muslim. Lokasi pilihan istimewa kali ini ialah dari kediaman Datuk Rama dan Datin Khaty, pemilik rangkaian Restoran Lotus.

Muzikal Jodoh Deepavali - Shahshi Tharan & Kenchana Devi

Malaysia Hari Ini (MHI) Istimewa Deepavali – 26 Oktober 2011 (Rabu), 6.30 pagi
Ikuti edisi istimewa Malaysia Hari Ini sempena perayaan Deepavali yang memaparkan tentang kemeriahan sambutan di peringkat keluarga, komuniti setempat dan kebangsaan.

Arjun And The Adventure Of The Ice Lotus – 26 Oktober 2011 (Rabu), 9.05 pagi
Apabila 3 orang murid Guru Drona — Arjun, Bheem dan Duryodhan disuruh untuk melakukan upacara meditasi di sebuah pergunungan sebagai hukuman, mereka telah memasuki Pataal, sebuah alam mistik secara tidak sengaja. Dalam usaha mereka untuk menjejaki jalan keluar, perjalanan mereka dipenuhi dengan pelbagai makhluk yang menakjubkan, dan akhirnya membongkar impian jahat Yaki, yang ingin melancarkan perang terhadap dunia sebenar dengan bantuan kuasa sakti batu ajaib yang dikenali sebagai Ice Lotus.

Deepavali Specials - Sivaji The Boss 2

Ninaithale Inikkum – 26 Oktober 2011 (Rabu), 10.00 pagi
Siva dalam perjalanan dari Mumbai untuk menyertai majlis “reunion” kolejnya. Seketika, dia teringat kembali akan zaman kolejnya selepas hampir 8 tahun menamatkan pelajaran. Vasu, cukup terkenal sebagai musuh Siva, beliau berjaya meyakinkan Meera untuk menentang Siva dalam pemilihan kesatuan pelajar. Rakan baik Siva iaitu Sakthi ditemui mati ketika kempen sedang hangat berlangsung. Dengan rasa serba salah dan sedih, Siva mambawa diri ke Mumbai untuk memulakan hidup baru.
Pelakon: Sakthi Vasu, Prithviraj, Karthik Kumar, Priyamani, Vishnu Priyan, Bhagyaraj

Arjun-and-the-Adventures-of-the-Ice-Lotus

Wanita Hari Ini (WHI) Istimewa Deepavali – 26 Oktober (Rabu), 12.30 tengah hari
Episod istimewa WHI Deepavali akan membawakan siaran lintas langsung dari Studio B ke Batu Caves, dimana Perdana Menteri Malaysia dan Keluarga Presiden MIC, Datuk Palanieval serta seluruh rakyat Malaysia menghadiri sambutan perayaan Deepavali yang pertama kali diadakan secara terbuka. Antara topik-topik yang bakal dipaparkan di studio adalah “Pesta Cahaya” serta persembahan tarian India klasik dan moden, “Dance Space Studio”.

Muzikal Jodoh Deepavali – 26 Oktober (Rabu), 5.35 petang
Sebuah program muzikal komedi yang dihoskan oleh Kenchana Devi dan Shashi Dharan. Dua pengacara ini akan menemu-bual artis popular tanahair mengenai perayaan Deepavali diselangi dengan beberapa buah lagu menarik. Bukan sekadar menemu-bual, telatah bersahaja mereka di sebalik tabir pasti akan membuat penonton tidak kering gusi.

Pastikan anda tidak terlepas untuk mengikuti pelbagai program dan filem blockbuster menarik sempena perayaan Deepavali, khas untuk buat penonton di TV3!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Awal Ashaari di Alpensia Pyeongchang Korea

Jodoh Kahwin Campur Dalam Telemovie Chandrapuspha