Astro sekali lagi mengorak langkah besar dalam dunia hiburan tempatan apabila mengumumkan kerjasama eksklusif dengan Sun NXT, sambil melancarkan saluran SCREAM yang penuh kejutan seram dan mengetengahkan kempen Rimba Kita: Strim & Menang bersempena Hari Bumi Sedunia. Bukan calang-calang tawaran, kali ini rakyat Malaysia bakal disajikan dengan pelbagai kandungan premium yang bukan sahaja menghiburkan, malah memupuk kesedaran alam sekitar.
Sun NXT Kini Hadir Di Astro Dengan Hiburan India Pelbagai Bahasa
Bermula 29 April 2025, semua pelanggan Astro boleh menikmati hiburan India terbaik melalui Sun NXT — platform yang menawarkan pelbagai kandungan filem, rancangan TV, dan siaran langsung dalam enam bahasa utama Indiaiaitu Tamil, Telugu, Malayalam, Kannada, Bengali dan Marathi. Sama ada korang nak menonton di Ultra/Ulti Box, laman web Astro atau aplikasi mudah alih, hiburan Sun NXT kini hanya di hujung jari.
Astro memperkenalkan dua pilihan hebat untuk langganan Sun NXT:
Sun NXT Lite
Untuk pelanggan pek Indian Favourites/Maharaja, Sun NXT Lite boleh dinikmati tanpa caj tambahan. Ia menawarkan akses kepada enam saluran popular – Sun TV HD, Sun Music HD, Sun Life, Sun News, Adithya, dan KTV – bersama lebih 2,000 jam kandungan on-demand. Memang berbaloi gila untuk peminat hiburan India!
Sun NXT Premium
Kalau nak lebih banyak pilihan, pelanggan Astro boleh melanggan Sun NXT Premium dengan hanya RM25 sebulan(harga asal RM28). Dengan pakej ini, anda akan dapat akses 34 saluran pelbagai bahasa dan lebih 50,000 jam kandungan on-demand! Bayangkanlah, hiburan tanpa henti, dari pagi sampai ke pagi.
Nak mula strim? Layari www.astro.com.my/sunnxt, guna aplikasi MyAstro App, atau langgan terus dari Ultra/Ulti Box korang!
SCREAM: Saluran Khas Untuk Peminat Cerita Seram Tegar
Kalau korang jenis yang suka rasa berdebar sampai nak tercabut jantung, jangan lepaskan peluang untuk melayan SCREAM (saluran 100). Bermula 1 hingga 31 Mei 2025, SCREAM akan menayangkan cerita-cerita seram dari seluruh dunia, dalam lapan bahasa – termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Bahasa Korea, Bahasa Inggeris, Bahasa Hindi, Bahasa Thai dan Bahasa Indonesia.
Apa yang lebih best? SCREAM akan mempersembahkan dua tayangan perdana eksklusif iaitu Kingston (2025) dan The Door (2025), selain menayangkan filem-filem kegemaran seperti Histeria, Dukun, The Exorcism Part 1 & 2, The Eye, Bhoot, Mourning Grave, Aku Tahu Kapan Kamu Mati: Desa Bunuh Diri, Pee Nak dan banyak lagi.
Dan ya, semua ini boleh dinikmati secara PERCUMA untuk pelanggan Astro! Boleh tengok di TV, On Demand, atau Astro GO — ikut suka hati!
Rimba Kita: Strim Dokumentari, Tanam Pokok, Menang Hadiah
Dalam semangat menyambut Hari Bumi Sedunia, Astro memperkenalkan kempen Rimba Kita: Strim & Menang. Caranya cukup mudah: Strim dokumentari Wild Sky di On Demand, dan untuk setiap strim unik, Love Nature akan menyumbang RM1 kepada dana Astro Rimba Kita untuk projek penanaman semula pokok.
Bukan setakat bantu alam sekitar, korang juga berpeluang menang jam tangan pintar Garmin vivomove Sport hybridbernilai hingga RM5,000! Lagi strim, lagi besar peluang menang!
Kempen ini berlangsung sehingga 20 Mei 2025, dan untuk daftar penyertaan, korang boleh gunakan aplikasi MyAstro. Maklumat lanjut, boleh check dekat Earth Day Rimba Kita – Strim & Win | Astro Promotions.
Pelanggan Astro Kini Bebas Sesuaikan Langganan Dengan Lebih Banyak Aplikasi Penstriman
Astro semakin memahami kehendak pelanggan zaman sekarang — semua nak pilihan fleksibel. Kini, pelanggan boleh menambah lebih 14 aplikasi penstriman popular dalam langganan mereka. Antara pilihan termasuk Prime Video, Max, Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, iQIYI, WeTV, Zee5, Simply South dan banyak lagi.
Nak tambah? Nak ubah? Nak tukar pek? Semuanya boleh diuruskan melalui aplikasi MyAstro — bila-bila masa, di mana sahaja.
Dan kalau nak jimat lebih, korang boleh langgan Pek Astro One hanya dengan RM49.99 sebulan. Nak lebih laju? Naik taraf ke Astro Fibre 500Mbps dan dapatkan Pek Hiburan serendah RM139.99 sebulan.
Nak cepat? Layari www.astro.com.my atau terus WhatsApp ke 03 9543 3838.
Nota penting: Semua tawaran tertakluk kepada terma dan syarat.
APA KATA BUDIEY?
Kalau nak cakap tentang langkah Astro kali ini, aku rasa memang bijak dan padu. Mereka bijak bermain dengan dua perkara – emosi hiburan (melalui kerjasama Sun NXT dan SCREAM) dan kesedaran sosial (melalui kempen Rimba Kita). Ini bukan sekadar nak hiburkan penonton, tapi mendidik dan mendorong ke arah perubahan positif.
Dalam dunia sekarang yang serba pantas ni, rakyat Malaysia memang perlukan akses hiburan berkualiti dalam pelbagai bahasa. Dan Astro nampaknya serius untuk jadi ‘one-stop centre’ hiburan negara.
Aku cadangkan kalau Astro nak lebih ‘umphhh’, mereka patut buat lebih banyak integrasi lokal, contohnya tayangkan lebih banyak filem dan dokumentari Malaysia dalam Sun NXT dan SCREAM. Baru lagi kuat ikatan emosinya!
Apa pun, langkah ini memang worthy of applause. Astro, teruskan berevolusi!