Bayangkan sebuah dunia di mana TV anda bukan sekadar paparan biasa di ruang tamu, tetapi menjadi pembantu peribadi yang memahami setiap gerak-geri anda. Dengan pelancaran Samsung Vision AI, Samsung benar-benar mengubah cara kita berinteraksi dengan hiburan di rumah. Kini, bermula dari 28 April hingga 12 Mei 2025, anda boleh mendaftar minat dan menjadi antara yang pertama memiliki Samsung AI TV terbaru sambil menikmati ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM1,199.
Samsung bukan main-main kali ini. Mereka nak pastikan anda bukan sahaja beli TV, tetapi rasai pengalaman penuh dengan kelebihan teknologi terkini. Jom kita tengok lebih terperinci kenapa promosi ini tak patut anda lepaskan.
Daftar Minat Anda Dan Dapatkan Galaxy Watch7 Percuma Bernilai RM1,199
Sangat mudah. Anda hanya perlu lengkapkan borang dalam talian antara 28 April hingga 12 Mei 2025 untuk mendaftar minat. Lepas itu, Samsung akan hantar kod baucar unik melalui emel anda. Dengan kod ini, anda layak menebus satu unit Galaxy Watch7 (Bluetooth, 40mm, bernilai sehingga RM1,199) apabila anda membuat pra-tempahan model Samsung AI TV 2025 terpilih dari 13 Mei hingga 1 Jun 2025.
Nak lagi menarik? Penebusan Galaxy Watch7 ini sah sehingga 15 Julai 2025, memberi anda masa yang cukup untuk rancang pembelian.
Kalau nak daftar cepat, boleh terus klik di sini: https://samsung.com/my/tvs/handraiser
Kenapa Galaxy Watch7 Ini Power Sangat?
Bukan sekadar jam biasa, Galaxy Watch7 ini boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh untuk TV anda! Dengan teknologi Universal Gesture, anda boleh mengawal TV tanpa alat kawalan jauh. Bayangkan tengah baring malas nak cari remote, hanya perlu gerakkan tangan sahaja!
Antara gesture menarik yang boleh anda gunakan:
- Goncang pergelangan tangan untuk aktifkan mod pointing
- Cuit untuk pilih item di skrin
- Genggam tangan untuk kembali ke skrin sebelumnya
- Genggam kedua-dua tangan untuk kembali ke skrin utama
- Gerakkan tangan ke depan dan ke belakang untuk pause atau play kandungan
- Pusing bezel jam untuk scroll menu
- Tutup skrin jam untuk keluar dari mod pointing
Senang cerita, hiburan sentiasa dalam genggaman anda – literally.
Tempah TV Anda Dengan Samsung Reservation+ (SR+) Untuk Lebih Ganjaran
Selain daftar minat, Samsung juga memperkenalkan program Reservation+ (SR+) yang membolehkan anda menempah TV pilihan anda dengan lebih awal. Hanya dengan bayaran RM100 sahaja, anda akan menerima baucar SR+ bernilai sehingga RM800 untuk digunakan semasa tempoh pra-tempahan dari 13 Mei hingga 1 Jun 2025.
Yang bestnya, anda boleh gunakan baucar ini untuk potongan harga ke atas produk promosi tertentu. Kalau tiba-tiba berubah fikiran atau rasa nak hold dulu pembelian, jangan risau. Baucar SR+ yang tidak digunakan masih bernilai RM100 dan boleh digunakan untuk membeli mana-mana TV dan Soundbar Samsung di Samsung Online Store dari 2 Jun hingga 30 Jun 2025.
Berminat? Anda boleh beli SR+ e-voucher di sini: https://samsung.com/my/gift-card/e-vouchers/pre-registration-tv-evoucher
Samsung AI TV 2025: Antara Langkah Besar Ke Arah Masa Depan Hiburan Rumah
Samsung bukan sekadar menjual TV biasa. Mereka mahu mencipta satu ekosistem hiburan rumah pintar yang lebih responsif, intuitif, dan adaptif dengan gaya hidup moden. Samsung Vision AI adalah satu pembuktian berani yang menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menjadikan segala interaksi dengan TV lebih semula jadi dan lancar.
Dengan kehadiran Galaxy Watch7 dan Universal Gesture, anda tidak lagi terikat kepada konsep “remote control tradisional” yang selama ini menjadi raja. Kini, tangan anda adalah remote anda. Inilah langkah pertama menuju masa depan di mana segalanya lebih bebas, lebih cepat, lebih intuitif.
Apa Kata Budiey?
Budiey rasa, Samsung memang bijak main timing untuk bawa konsep TV AI ini. Dalam dunia serba sibuk sekarang, siapa je nak pening kepala cari remote TV yang entah ke mana hilangnya? Teknologi Universal Gesture ini bukan sahaja memudahkan, tapi buatkan kita rasa macam hidup dalam filem sci-fi yang jadi realiti.
Kalau Budiey boleh cadangkan satu perkara, Samsung patut tambah lebih banyak fungsi gesture, macam skip iklan YouTube dengan hanya ‘swipe’ tangan ke kiri. Baru padu.
Untuk anda yang tengah survey nak upgrade TV, Budiey sarankan rebut peluang ini awal-awal. Bukan sahaja dapat TV terbaru dengan teknologi AI yang pintar, tapi siap dapat Galaxy Watch7 free. Dua dalam satu. Siapa tak nak?
Dan, jujurnya – inilah masa terbaik untuk alami sendiri revolusi hiburan rumah yang Samsung janjikan.