in , ,

Shopee & YouTube Lancar Program Baharu Jana Pendapatan Pencipta

YouTube Shopping Affiliate: Shopee Menjadi Titik Permulaan Revolusi Pendapatan Digital Untuk Pencipta Kandungan Malaysia

Dalam satu langkah yang boleh diibaratkan sebagai mencipta ‘tsunami kecil’ dalam dunia penciptaan kandungan, Shopee Malaysia kini mengorak langkah lebih jauh dengan memperkenalkan program YouTube Shopping Affiliatehasil kerjasama eksklusif bersama YouTube Malaysia. Inisiatif ini membuka ruang seluas-luasnya untuk pencipta kandungan tempatan menjana pendapatan dengan cara yang lebih mudah, terus dari platform kegemaran ramai

Menerusi program ini, pencipta kandungan boleh ‘tag’ produk Shopee dalam video, Shorts, dan strim langsung YouTube mereka. Bayangkan, dalam masa penonton klik play, mereka juga boleh klik beli — tanpa perlu keluar dari YouTube. Sangat seamless, sangat 2025 vibes. Usaha ini bukan sahaja memperkasa pencipta dari sudut kewangan, tetapi juga meningkatkan engagement dan meluaskan capaian audiens ke tahap yang lebih tinggi

Lebih menarik, langkah ini dibina atas kejayaan Shopee Affiliate Program (SAP) yang sebelum ini sudah pun mencipta rekod manis. Pada tahun 2024, pesanan Shopee Affiliates melonjak 81%Shopee Live naik 248%, dan Shopee Video mencanak 63 kali ganda hanya dalam tempoh April ke Disember. Shopee betul-betul bukan calang-calang kalau bab push pencipta kandungan naik level

Tan Ming Kit, Head of Marketing and Business Intelligence, Shopee Malaysia

Shopee Affiliate Marketing Solution: Senjata Rahsia Buat Pencipta Kandungan

Di sebalik kejayaan program ini, ada satu lagi hero tanpa cape yang perlu kita kenal: Affiliate Marketing Solution (AMS). Platform inilah tulang belakang kepada semua inisiatif affiliate Shopee, termasuklah program baru ini

AMS bukan sekadar bagi peluang biasa-biasa. Mereka sediakan alat dan ganjaran yang benar-benar boleh ubah hidup pencipta kandungan

Peningkatan Komisen Shopee: Setiap jualan boleh dapat komisen lebih tinggi, sampai 10% untuk jualan besar seperti kempen 11.11 dan jualan Hari Gaji. Untuk seller terpilih, komisen boleh cecah 80%. Cuba bayang, buat satu video je dah boleh rolling income

Insentif Baharu Affiliates YouTube: Ada Program New Affiliate YouTube Milestone yang bagi insentif tunai sehingga RM1,500. Hanya perlu ‘tag’ produk Shopee dalam YouTube video dan Shorts

Cabaran Bulanan: Shopee galakkan pencipta lebih gigih dengan menawarkan ganjaran tunai RM1,500 jika capai target jualan bulanan

Baucar Eksklusif: Untuk ahli baru, Shopee bagi baucar bernilai RM700 cukup untuk shopping barang keperluan konten

Jelasnya, AMS ini bukan program tangkap muat. Mereka sediakan satu ekosistem yang betul-betul support pencipta untuk grow dengan konsisten

With the YouTube Shopping Affiliate Programme, Shopee and YouTube are unlocking new earning opportunities for creators at every stage

Suasana Acara Pelancaran: Penuh Semangat Dan Penuh Harapan

Lebih 200 pencipta kandungan berkumpul di acara pelancaran ini, di mana suasananya lebih meriah daripada open house Aidilfitri. Ada demo produk live, aktiviti “Misi Membeli-belah”, sesi sharing dari YouTuber terkenal, dan networking dengan jenama besar

Seorang YouTuber Malaysia, Asraff Jeffery, yang memang dah lama review gadget, berkongsi, “Saya dah lama buat review produk teknologi, tapi dengan Program Affiliates Shopee, ia jadi lebih dari sekadar berkongsi — saya boleh bantu ramai untuk membuat pilihan yang lebih bijak. Dengan gabungan Shopee dan YouTube, penonton boleh terus beli produk yang saya cadangkan terus dari video YouTube saya. Sangat mudah untuk pencipta kandungan seperti saya”

Bayangkan, dari sekadar berkongsi pendapat, sekarang pencipta boleh jadi one-stop centre untuk hiburan danpembelian sambil jana pendapatan tanpa batasan

YouTube Shopping Affiliate: Satu Revolusi Untuk Semua Peringkat Pencipta

Yang paling power, program ni bukan eksklusif untuk ‘big influencer’ sahaja. Semua orang dari pencipta kecil baru bertatih hingga lah pencipta kandungan ‘veteran’ boleh rebut peluang ini

Menurut kalcubemaster, seorang affiliate Shopee dalam kategori gaya hidup, “Sebagai ahli Affiliates Shopee, saya sentiasa fokus membina kepercayaan dengan penonton — tetapi saya juga ingin berkembang dan capai lebih ramai penonton. Selepas sesi ini, saya teruja untuk teroka YouTube sebagai ruang baharu untuk berkongsi kandungan. Bagi saya program ini memudahkan dengan ganjaran yang lebih besar”

Satu benda yang semua setuju — inilah masa terbaik untuk mula. Dah ada semua tools, platform, peluang tinggal nak langkah pertama je

Bagaimana Nak Sertai? Peluang Untuk Ubah Hidup Bermula Hari Ini

Kalau anda pencipta kandungan kecil, besar, baru, lama daftarlah hari ini melalui Program Affiliate Marketing Solution (AMS) Shopee. Kalau selama ini anda mengeluh sebab susah nak monetize content, sekarang semua dah jadi jauh lebih mudah dan straight forward

Nak lebih komisen? Nak reward tunai? Nak jangkauan audiens lebih besar? Program ini ada semua. Dengan Shopee dan YouTube bergabung tenaga, masa depan pencipta kandungan Malaysia memang nampak lebih cerah kalau tak rebut sekarang, rugi sendiri

Apa Kata Budiey?

Secara jujurnya, Budiey rasa program YouTube Shopping Affiliate yang digerakkan oleh Shopee ini ibarat ‘game changer’ sebenar untuk dunia penciptaan kandungan di Malaysia. Ia bukan saja mengangkat pencipta kecil ke pentas lebih besar, tetapi membuka jalan untuk pendapatan pasif yang sustainable — satu perkara yang pencipta zaman sekarang kena betul-betul hargai

Budiey sarankan semua yang serius nak jadikan konten mereka sebagai kerjaya untuk cepat-cepat daftar dan teroka peluang ini. Dunia digital ni berubah laju — siapa cepat, dia dapat. Shopee dan YouTube dah sediakan pentas, sekarang giliran kita untuk buat persembahan

Kalau hari ini kita berani melangkah, esok mungkin nama kita yang bakal disebut sebagai antara pencipta kandungan paling berpengaruh di Malaysia.

Jadi, apa tunggu lagi!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CMF By Nothing Lancar CMF Phone 2 Pro & Tiga Model Buds Baharu