in , ,

CMF By Nothing Lancar CMF Phone 2 Pro & Tiga Model Buds Baharu

CMF by Nothing baru saja menggegarkan dunia teknologi dengan pelancaran CMF Phone 2 Pro bersama tiga model buds terbaru: Buds 2, Buds 2 Plus & Buds 2a!

CMF, sub-jenama dari syarikat teknologi berpangkalan di London, Nothing, akhirnya menggegarkan pasaran dengan pengumuman empat produk baharu mereka: CMF Phone 2 ProCMF Buds 2CMF Buds 2 Plus, dan CMF Buds 2a. Semua produk ini menjanjikan gabungan prestasi padu, reka bentuk premium, dan harga yang mesra pengguna – satu kombinasi yang memang sukar nak lawan.

CMF Phone 2 Pro: Telefon Pintar Harian Yang Penuh Gaya Dan Kuasa

Kalau Budi nak cari telefon pintar yang tipis, ringan, tapi tetap power gila, nah ini dia. Dengan ketebalan hanya 7.8 mmdan berat 185 gCMF Phone 2 Pro dinobatkan sebagai telefon paling nipis dan ringan yang pernah dihasilkan oleh Nothing – malah 5% lebih nipis berbanding generasi pertama.

CMF_KV_PR_ASSET_16x9

Dari segi rupa, aluminium camera surround yang dinaik taraf dan skru keluli tahan karat memberikan rasa premium dan keaslian rekaan Nothing. Lebih padu, ketahanan air meningkat kepada IP54 berbanding hanya IP52 sebelum ini – maksudnya, tak takutlah kalau kena hujan renyai-renyai masa keluar bergambar.

Empat pilihan warna turut diperkenalkan: PutihHitamOren, dan Hijau Muda. Setiap warna direka dengan teliti – dari tekstur kaca frosted pada Hitam dan Hijau Muda, kemasan pasir asli pada Putih, hinggalah kilauan berani pada Oren. Nampak matang dan eksklusif, tak main-main!

Group+Accessories_16x9

Sistem Kamera Pro-Level Yang Sedia Menggegar Dunia Fotografi Mobile

CMF Phone 2 Pro membawakan sistem empat kamera hebat yang mengubah definisi fotografi harian. Kamera utama 50 MP ini menampilkan sensor terbesar dalam segmennya, menangkap 64% lebih banyak cahaya berbanding Phone 1. Gambar waktu malam? Tak perlu risau lagi!

CMF_Bulbasaur_Orange_BACK_CAM_16x9

Untuk subjek jauh, ada lensa telefoto dengan 6 lapisan kaca dan zum digital 20x – satu-satunya telefon dalam kelas ini yang ada ciri telefoto macam ni. Tambah lagi, kamera ultra-lebar 8 MP untuk tangkapan panorama, dan kamera hadapan 16 MP untuk swafoto padu dan video call yang lebih jernih.

Ecosystem_All_16x9

Pemproses Dimensity 7300 Pro 5G: Kuasa Dalam Genggaman

Dibina dengan teknologi proses TSMC 4nm, pemproses MediaTek Dimensity 7300 Pro 5G ni beroperasi dengan 8-core CPU mencecah 2.5 GHz. Lagi best, kelajuan pemprosesan 10% lebih pantas, grafik 5% lebih berkuasa dari CMF Phone 1. Multitasking berat? Gaming tepu? Semua sapu licin!

CMF_Bulbasaur_Black_Front_Back_Social Crops_16x9

Bateri Tahan Dua Hari, Skrin AMOLED 6.77″ Yang Menggoda Mata

Tak lengkap telefon power kalau bateri cap ayam kan? CMF Phone 2 Pro dibekalkan dengan bateri 5000 mAh, tahan hampir sejam lebih lama dari pendahulunya. Satu cas penuh? Boleh tahan dua hari!

Skrin 6.77 inci FHD+ Flexible AMOLED memukau dengan 1.07 bilion warnaUltra HDR, dan kecerahan maksimum 3000 nits – 50% lebih cerah dari Phone 1. Sentuhan super responsif dengan 1000 Hz touch sampling ratedan 120 Hz Adaptive refresh rate buat pengalaman meleret skrin jadi syok tak terkata.

Sokongan NFC, Modularity, Dan Aksesori Baharu

Modulariti tetap diteruskan – boleh pasang Universal CoverInterchangeable Lenses (Fisheye dan Macro), serta Wallet/Stand. Dan akhirnya, telefon ni menyokong bayaran tanpa sentuh (NFC) – upgrade yang ditunggu ramai.

CMF_0833 3_CMF Buds 2a-Black_16x9(2k)

CMF Buds 2025: Pilihan Audio Untuk Semua Gaya Hidup

Nothing faham, telinga manusia ni macam cap jari, semua berbeza citarasa. Sebab tu, CMF Buds 2025 hadir dengan tiga model baru:

CMF Buds 2a_Group Image KV opt 1_V6_16x9

CMF Buds 2: Seimbang, Bijak, Dan Nyaman

CMF Buds 2 membawa tuning Dirac Opteo™48dB ANC hibrid, dan Spatial Audio Effect untuk pengalaman audio harian yang lebih jelas, lebih hidup, dan lebih ‘in the zone’.

CMF Buds 2 Plus: Untuk Audiophile Yang Mahu Segalanya

Kalau korang nak audio tahap premium, CMF Buds 2 Plus adalah jawapannya. Dengan Hi-Res LDAChearing compensation, dan EQ penuh boleh laras, bunyi jadi lebih kaya, seimbang dan ikut kesukaan telinga sendiri.

AllBuds_2_16x9

CMF Buds 2a: Versi ‘Bajet’ Tapi Tetap Padu

Nak yang lebih mampu milik tapi tetap berkuasa? CMF Buds 2a lah solusinya. Dengan ANC 42dBpemandu bunyi 12.4mm bio-fibre, dan bass dalam, dengar lagu seharian pun tetap best.

CMF Buds 2 Plus Group_16x9

Harga Dan Ketersediaan: Sesuai Untuk Semua Bajet

Produk-produk CMF ini akan mula dibuka untuk pra-tempahan pada 29 April 2025, dan jualan umum bermula 6 Mei 2025. Ini harga rasminya:

  • CMF Phone 2 Pro (8 + 256GB) – RM1,199 (Pilihan warna: Oren, Putih, Hitam)
  • CMF Buds 2 – RM199 (Pilihan warna: Kelabu Gelap, Hijau Muda, Oren)
  • CMF Buds 2a – RM159 (Pilihan warna: Kelabu Gelap, Kelabu Terang, Oren)
  • CMF Buds 2 Plus – RM229 (Pilihan warna: Biru dan Kelabu Terang, jualan eksklusif online sahaja)

Boleh dapatkan di:

  • Nothing.tech
  • Lazada Nothing Flagship Store
  • Shopee Nothing Official Store
  • Nothing Malaysia TikTok Shop
  • DirectD
  • TMT
  • Urban Republic
  • Vivid Concepts
  • TAC Mobile
  • SS Solution
  • Nothing Image Store – Plaza Low Yat
Black_16x9

Apa Kata Budiey?

Budiey rasa CMF by Nothing kali ini memang pandai main game! Mereka bukan sahaja naik taraf spesifikasi, malah berikan personaliti lebih matang pada rekaan dan fungsi. CMF Phone 2 Pro bukan sekadar cantik luar, dalamannya pun brutal – dari kamera, skrin sampai bateri, semuanya diperhalusi. Di bahagian audio pula, CMF Buds 2 Series menawarkan pelbagai pilihan ikut bajet dan keperluan, membuatkan semua lapisan pengguna boleh rasa teknologi premium tanpa perlu berhutang kad kredit.

Satu idea bernas untuk masa depan? Budi cadangkan Nothing memperkenalkan lebih banyak aksesori modular kreatifuntuk CMF Phone – mungkin casing bercahaya, atau lens kamera canggih yang boleh ditukar-tukar. Lagi banyak customisation, lagi syoklah pakai!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Explore The World’s First LEGO Flower Garden MINILAND Di Legoland