in , ,

Samsung Lanjutkan Promosi Syawal Serba Baharu Sehingga 31 Mei 2025

Kempen Istimewa Samsung Ini Memberi Peluang Lebih Lama Untuk Rakyat Malaysia Mengubah Suasana Rumah Dengan Solusi Pintar

Samsung Malaysia Electronics membawa berita yang cukup menggembirakan – kempen “Syawal Serba Baharu” kini dilanjutkan sehingga 31 Mei 2025! Walaupun Syawal hampir melabuhkan tirainya, Samsung memanjangkan peluang emas ini agar lebih ramai rakyat Malaysia dapat menyemarakkan suasana rumah mereka dengan teknologi terkini.

Pada asalnya, kempen ini dijadualkan tamat pada 30 April 2025. Namun, melihat kepada sambutan hangat daripada pengguna, Samsung mengambil langkah bijak untuk memberikan lebih banyak masa kepada pelanggan menikmati diskaun eksklusif dan hadiah menarik dengan pembelian pelbagai produk TV dan peralatan rumah terpilih.

Bukan sekadar kempen biasa-biasa, kali ini Samsung benar-benar mengajak kita semua untuk melakukan transformasi total di rumah – dari ruang tamu penuh hiburan sehinggalah dapur yang lebih bergaya dan bilik tidur yang lebih kemas dengan pembersihan pintar.

Samsung Syawal Serba Baharu Campaign Banner

Nikmati Tiga Peringkat Ganjaran Raya Menarik

Kempen ini memperkenalkan tiga peringkat ganjaran berbeza, memberikan peluang untuk semua orang menikmati lebih banyak pulangan daripada pembelian mereka.

Tier 1 : Hadiah Dengan Pembelian – Kredit eWallet Touch ‘n Go Sehingga RM1,000

Dengan setiap pembelian produk Samsung terpilih seperti TV dan peralatan rumah, pelanggan akan menerima kredit eWallet Touch ‘n Go bernilai sehingga RM1,000. Ini bermaksud, selain daripada memiliki produk baru, pelanggan juga boleh menikmati ‘duit raya digital’ yang lumayan.

Antara produk yang terlibat adalah dari kategori TV premium dan pelbagai barangan rumah pintar. Maklumat lanjut boleh dirujuk dalam senarai produk promosi di laman rasmi Samsung.

Tier 2 : Beli Lebih, Dapat Lebih – Kredit eWallet Tambahan Sehingga RM500

Lebih banyak anda beli, lebih besar ganjarannya. Jika anda membeli produk dari kategori berbeza dalam satu resit, anda layak untuk menerima kredit tambahan sehingga RM500.

Contohnya, jika anda membeli 2 unit TV, 2 unit soundbar, dan 1 unit peti sejuk dalam satu resit, anda layak menerima RM300 kredit Touch ‘n Go tambahan. Kategori produk yang layak termasuklah TV, Soundbar, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Pendingin Hawa, Pembersih Udara, Vakum dan banyak lagi.

Tier 3 : Kombinasi Ultimate – Ganjaran Tambahan Sehingga RM300

Samsung juga menawarkan ganjaran tambahan untuk pembelian set kombinasi TV dan Soundbar, ataupun set kombinasi Mesin Basuh dan Dryer.

Contohnya, pembelian TV model 2024 bersama Soundbar HW-Q990D/XM akan melayakkan pelanggan mendapat tambahan RM300 dalam eWallet Touch ‘n Go.

Bagi mereka yang memilih set Mesin Basuh AI Bespoke dengan Dryer, ganjaran yang diterima juga tidak kurang hebat – sehingga RM300 tambahan!

Promosi Hebat Lain: Belanja Lebih, Jimat Berganda

Selain daripada hadiah eWallet, Samsung turut memperkenalkan promosi “Purchase With Purchase” (PWP) yang membolehkan anda mendapatkan produk bunyi, vakum, dan peralatan tambahan dengan harga lebih rendah dan kadangkala disertakan hadiah percuma.

Antara PWP yang paling menarik termasuklah:

  • Q-Series Soundbar dari serendah RM2,299 sahaja.
  • Ultra Slim Soundbar HW-S801D/XM dengan harga PWP hanya RM2,699.
  • Music Frame Sound System hanya RM1,299.
  • Vakum Samsung Bespoke Jet™ Plus lengkap dengan Jet Dual Brush dari RM2,249 sahaja.

Kalau selama ini rasa rumah kurang ‘vibe’ masa raya, inilah masa terbaik nak upgrade sistem hiburan dan sistem pembersihan rumah anda sekali gus!

Mengapa Kempen Ini Penting Untuk Pelanggan?

Menurut Samsung, sambutan luar biasa terhadap kempen ini membuktikan rakyat Malaysia semakin menghargai pentingnya rumah pintar dalam kehidupan seharian. Dengan pelbagai tawaran dan ganjaran ini, Samsung mahu lebih ramai pelanggan berpeluang merasai pengalaman hidup yang lebih efisien, selesa dan bergaya.

Samsung menyatakan, “Kami berbesar hati dengan maklum balas positif terhadap ‘Syawal Serba Baharu’. Dengan melanjutkan tempoh promosi ini sehingga 31 Mei 2025, kami berharap dapat memberi peluang lebih luas kepada semua untuk menikmati penjimatan hebat dan menaik taraf rumah mereka dengan solusi pintar terkini.”

Bagi mereka yang ingin mengambil peluang ini, boleh terus mengunjungi mana-mana Samsung Authorized Retailersatau melayari Samsung Online Store untuk melihat sendiri pelbagai tawaran dan produk yang tersedia.

Untuk info lebih lanjut tentang promosi ini, sila lawati: Samsung Syawal Serba Baharu 2025

Apa Kata Budiey?

Bagi Budiey, kempen seperti ini sebenarnya lebih daripada sekadar jualan. Ia sebuah peluang emas untuk rakyat Malaysia mendapatkan teknologi rumah pintar dengan harga yang jauh lebih mampu milik, sambil menyuntik kesegaran baharu dalam suasana rumah mereka.

Budiey rasa, langkah Samsung untuk melanjutkan tempoh kempen ini memang bijak kerana ramai orang baru nak ‘start shopping’ bila hampir hujung Syawal – maklumlah, bonus raya masuk lambat sikit tahun ni!

Nasihat Budiey kepada semua pembaca: jangan tunggu lama-lama. Kalau dah ada niat nak ganti TV lama yang warna dah pudar, nak mesin basuh baru yang ada AI, atau nak upgrade soundbar untuk home cinema vibes… this is it! Lepas 31 Mei 2025 nanti, menyesal pun tak guna.

Satu lagi cadangan Budiey – Samsung boleh pertimbangkan untuk adakan lebih banyak kombo bundle pada masa depan, contohnya kombinasikan sekali TV + Soundbar + Vacuum dengan ganjaran lebih menarik. Itu baru betul-betul Syawal Serba Baharu gaya Samsung!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem 1 Kakak 7 Ponakan: Naskah Yang Jujur Bersama Visual Nyaman