in ,

PTTI Umum Insentif RM500 Kepada Pelajar Cemerlang SPM

Program Penghargaan Istimewa, Harapan Baharu Untuk Pelajar Straight A SPM

Dalam semangat meraikan pencapaian luar biasa anak-anak muda Malaysia, PTTI Group Sdn Bhd telah menganjurkan satu majlis penghargaan penuh inspirasi di Bangi Golf Resort, khusus untuk mengiktiraf pelajar yang mencatat keputusan cemerlang dalam SPM 2024. Pada acara penuh makna ini, PTTI mengumumkan insentif khas sebanyak RM500 kepada setiap pelajar mereka yang berjaya meraih keputusan Straight A.

Majlis yang menyaksikan kehadiran lebih 13,000 pelajar PTTI ini menjadi bukti kukuh bahawa usaha, bimbingan dan strategi pembelajaran yang betul mampu menghasilkan impak besar. Seramai 13,469 pelajar di bawah program PTTI telah berjaya menunjukkan peningkatan ketara dalam prestasi akademik mereka. Misi utama PTTI kini adalah untuk melahirkan sekurang-kurangnya 1,000 pelajar Straight A, sekaligus menjadi salah satu pencapaian terbesar dalam landskap pendidikan swasta negara.

PTTI Umum Insentif RM500 Kepada Pelajar Cemerlang SPM

Lebih 179,000 Pelajar Sudah Diberi Sentuhan PTTI Sepanjang Tahun 2024

Sepanjang tahun lalu, lebih daripada 179,000 pelajar seluruh negara telah merasai sendiri kehebatan program pendidikan PTTI yang merangkumi kelas percuma, seminar intensif, sesi bimbingan akademik dan program motivasi berimpak tinggi. PTTI bukan sekadar institusi pendidikan, tetapi menjadi sahabat perjuangan akademik untuk ribuan pelajar dan ibu bapa yang dahagakan kejayaan.

Bukan itu sahaja, dalam usaha memperkasakan pendidikan ke akar umbi, PTTI telah menjelajah ke lebih 300 buah sekolah seluruh Malaysia melalui program School Tour, serta mengadakan lebih 10 siri Roadtour SPM PTTI di negeri-negeri terpilih. Ini membuktikan komitmen PTTI dalam mendekati pelajar dan membina kepercayaan di peringkat akar umbi.

PTTI Umum Insentif RM500 Kepada Pelajar Cemerlang SPM

Insentif RM500 Untuk Straight A & Konsultasi Pendidikan Percuma

PTTI kini membuka peluang kepada semua pelajar PTTI yang berjaya memperoleh Straight A dalam SPM 2024untuk menuntut insentif RM500 dengan melayari www.ptti.my. Malah, untuk mereka yang masih mencari hala tuju, PTTI turut menawarkan konsultasi pendidikan percuma menerusi PEC (PTTI Education Consultant).

Seminar Gelombang G Ke Straight A Kembali Lagi

Bagi calon-calon SPM Batch 08, satu lagi inisiatif menarik telah dilancarkan iaitu Seminar Gelombang G ke Straight A PTTI yang akan berlangsung secara dalam talian selama 5 hari bermula 24 hingga 28 April 2025. Yang paling best, penyertaan adalah percuma dan pelajar hanya perlu mendaftar melalui laman rasmi PTTI. Inilah peluang keemasan untuk mendalami teknik belajar berkesan secara intensif dan fokus, terus dari tenaga pengajar terbaik negara.

Sokongan Selebriti Untuk Inspirasi Pelajar

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran dua ikon popular tanah air, Nabila Razali dan Bella Astillah, yang hadir bukan sekadar memeriahkan suasana, malah turut berkongsi kisah perjuangan dan memberi kata semangat kepada para pelajar. Kehadiran mereka menyuntik inspirasi, bahawa kejayaan bukan sahaja tentang akademik, tetapi juga tentang semangat dan jati diri.

PTTI Umum Insentif RM500 Kepada Pelajar Cemerlang SPM

CEO PTTI Seru Ibu Bapa Main Peranan Aktif Dalam Pendidikan Anak

Dalam ucapan menyentuh hati, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Puan Siti Farhana Abu Osman berkata:

“Ramai ibu bapa mahu bantu anak faham subjek SPM tetapi tidak tahu cara yang betul. Kami di PTTI dengan pengalaman lebih 10 tahun yang terbukti, percaya kami ada platform yang tepat untuk bantu calon SPM, lebih-lebih lagi bila peperiksaan diawalkan tahun ini. Harapan kami di PTTI adalah untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang berjaya tukar gred Gagal ke Straight A pada tahun ini.”

Kenyataan ini membuktikan bahawa PTTI bukan sekadar mengejar keputusan, tetapi mahu mencetus perubahan paradigma pendidikan — di mana setiap anak, tidak kira latar belakang, berpeluang mencipta kejayaan jika diberi platform yang betul.

PTTI Umum Insentif RM500 Kepada Pelajar Cemerlang SPM

Apa Kata Budiey?

Budiey secara peribadi melihat usaha PTTI ini sebagai satu langkah progresif dan luar biasa dalam mendemokrasikan kejayaan pendidikan. Dalam dunia yang semakin mencabar, pelajar perlukan lebih daripada sekadar nota dan buku teks. Mereka perlukan bimbingan holistik, dorongan berterusan dan peluang yang realistik. Dan di sinilah peranan PTTI menjadi sangat signifikan. Semoga lebih banyak institusi pendidikan tampil dengan inisiatif yang bukan saja mengiktiraf pelajar cemerlang, tetapi juga membimbing mereka yang masih mencari jalan.

Buat pelajar dan ibu bapa yang sedang meniti jalan ke arah kejayaan, inilah masanya untuk ambil peluang, rebut program, dan bina masa depan cemerlang bersama PTTI. Jangan tunggu esok, sebab kejayaan bermula hari ini. Untuk info lanjut, layari www.ptti.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DAYANG NURFAIZAH

Dua Konsert Gempak Bakal Gegarkan Miri Sarawak Pada Bulan Mei Ini