Bagi para peminat teknologi dan penggemar gaming mudah alih, bersiaplah untuk satu pengalaman hebat secara langsung apabila realme Malaysia turun padang dengan realme 14 Series Roadshow yang berlangsung dari 17 hingga 20 April 2025. Lokasi tumpuan termasuk Ipoh Parade (Aras Bawah), IOI City Mall Putrajaya (East Court)dan Setia City Mall, menjadikan kawasan tengah dan selatan Semenanjung sebagai pentas utama pelancaran gajet baharu ini.
realme 14 Series 5G: Gajet Gaming Yang Direka Untuk Prestasi Maksimum
Dalam siri jelajah ini, pengunjung berpeluang mencuba sendiri dua model terbaharu iaitu realme 14 5G dan realme 14 Pro 5G yang bukan sahaja bergaya dengan rekaan moden, tetapi juga dibina khas untuk menyokong prestasi permainan yang pantas dan lancar. Sesuai untuk pengguna yang sentiasa aktif dalam dunia digital, telefon ini menawarkan nilai hebat untuk wang dengan spesifikasi mantap pada harga berpatutan.
Pihak realme turut menyediakan satu sesi Hands-On Experience di mana pengunjung boleh merasai sendiri kehebatan cip pemprosesan, kadar segar semula skrin yang tinggi dan keupayaan kamera yang diperbaharui – semua dalam satu peranti yang ramping dan premium.
Cabutan Bertuah, Hadiah Eksklusif & Power Bank RM14
Tak sah roadshow kalau tak ada kejutan menarik, kan? Melalui kempen Lucky Draw Bonanza, pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan termasuk realme Pad 2 Lite dan realme Watch S2. Yang lebih menarik, power bank ditawarkan hanya pada harga RM14 – satu tawaran yang cukup bernilai dan pasti tak patut dilepaskan.
Turut ditawarkan ialah pelan telco bundle fleksibel yang memudahkan pengguna untuk naik taraf ke model realme 14 Series 5G tanpa beban komitmen berat.
Kempen Gift Attack: Hadiah Bernilai Sehingga RM900
Sebagai sebahagian daripada kempen promosi Gift Attack, realme turut menawarkan gajet percuma dan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM900, termasuk barangan terhad seperti Techlife Remote Control Fan yang sangat sesuai untuk pengguna yang sukakan gaya hidup moden dan praktikal.
Antara lokasi terpilih untuk kempen ini termasuk:
- Now Dot Com @ AEON Bandaraya Melaka (19 – 27 April 2025)
- Omnitech @ Palm Mall, Seremban
- Shining Telecommunication @ Paradigm Mall JB (23 – 27 April 2025)
Jangan lupa ya, syarat dan terma dikenakan untuk semua promosi dan hadiah.
Jualan Perdana Bermula 19 April 2025 Di Seluruh Negara
Buat yang tak sempat ke roadshow, jualan rasmi realme 14 Series 5G akan bermula pada 19 April 2025 di peruncit terpilih seluruh negara dan juga di platform atas talian seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Jadi, walau di mana anda berada, peluang untuk memiliki telefon pintar hebat ini tetap dalam genggaman.
Apa Kata Budiey?
Budiey secara peribadi rasa inilah waktu terbaik untuk peminat gadget dan gamers mobile mendapatkan telefon pintar baharu yang mampu milik tetapi cukup berkuasa. Dengan spesifikasi yang cukup meyakinkan, ditambah pula dengan hadiah lumayan dan pelbagai tawaran menarik, realme 14 Series 5G bukan sekadar telefon biasa – ia adalah ‘weapon’ utama untuk pengalaman gaming yang lebih imersif. Budiey harap realme akan terus konsisten membawakan inovasi yang tidak sekadar bergaya di luaran tetapi ampuh dari dalam. Jangan tunggu lama, rebut peluang dan serbu roadshow ini sebelum terlambat!
Kalau nak tahu lebih lanjut, pastikan anda follow info lanjut di saluran rasmi dan kunjungi lokasi terdekat. Budiey jamin, memang berbaloi!