in , ,

Ulasan vivo Y04 Tawar Bateri Hebat, Reka Bentuk Bergaya & Harga Bajet Mampu Milik

Telefon Bajet Serendah RM500 Ini Bukan Sahaja Bergaya Seperti Flagship, Malah Boleh Tahan Cas Sampai Dua Hari, Sesuai Untuk Semua Golongan Dari Pelajar Hingga Pekerja Lapangan

vivo kembali lagi dengan sebuah model mampu milik yang cukup menarik perhatian – vivo Y04, sebuah telefon pintar yang dicipta khas untuk rakyat Malaysia yang perlukan telefon tahan lasak, bateri tahan lama, dan fungsi hiburan yang lengkap tanpa perlu berbelanja besar.

Dalam kategori telefon bajet, vivo Y04 membawa angin segar dengan kombinasi spesifikasi praktikal dan reka bentuk yang tampil premium. Dalam erti kata lain, inilah telefon yang ringkas tapi tidak cikai.

Reka Bentuk Minimalis Tapi Nampak Premium

Bagi Budiey, vivo Y04 berjaya mencuri perhatian dengan reka bentuk luarannya yang kemas, nipis dan moden. Dihasilkan dalam tiga warna menarik – Titanium Gold, Crystal Violet dan Jade Green, telefon ini memberi impresi ‘flagship’ dengan dua lensa kamera besar di bahagian belakang walaupun harga jualannya kekal dalam kategori bajet.

Permukaan berkilau dengan efek pusaran halus menyerlahkan lagi keanggunan, menjadikan Y04 bukan sekadar alat komunikasi tapi juga aksesori gaya hidup.

Bateri Gergasi 5500mAh, Guna Sampai Dua Hari

Inilah antara ciri paling menonjol yang Budiey paling suka – bateri sebesar 5500mAh! Bagi pengguna aktif macam Budiey yang kerap hadiri pelbagai acara, telefon ini sangat menyenangkan. 

vivo Y04 Tawar Bateri Hebat, Reka Bentuk Bergaya & Harga Bajet Mampu Milik

Dengan hanya sekali cas, vivo Y04 boleh bertahan sehingga dua hari, malah boleh main muzik sehingga 3 hari tanpa henti. Sesuai sangat untuk pengguna yang tak suka bawa power bank ke mana-mana.

Menariknya, vivo menjamin bahawa kesihatan bateri ini akan kekal lebih 80% walaupun selepas 5 tahun digunakan. Bagi Budiey, ini satu jaminan yang sangat meyakinkan, terutamanya untuk telefon bajet.

Skrin Besar, Audio Padu, Mata Tak Penat

vivo Y04 tampil dengan paparan besar bersaiz 6.74 inci HD+, cukup untuk layan drama, scroll TikTok atau baca WhatsApp dalam satu pandangan. Tambahan pula, skrin ini dilengkapi kadar segar semula 90Hz, jadi pergerakan paparan terasa sangat lancar. Nak tengok video atau main game ringan pun puas hati.

Lebih menarik, Y04 juga ada sijil TÜV Blue Light Certified, yang bermaksud mata Budiey tak cepat letih walau hadap skrin lama-lama. Dari segi bunyi pula, audio telefon ini boleh capai sehingga 200% lebih kuat – sesuai untuk mereka yang suka dengar muzik di tempat terbuka, atau mak ayah kita yang selalu kata “bunyi tak cukup kuat!”

Prestasi Sederhana, Tapi Cukup Untuk Harian

Telefon ini menggunakan cip Unisoc T7225 yang digandingkan dengan 4GB RAM, dan menariknya, vivo sediakan tambahan 4GB RAM maya, menjadikan total 8GB RAM secara teknikal. Untuk penggunaan harian seperti chatting, buka Instagram, atau Google Meet, telefon ini sangat memadai.

Namun begitu, untuk kerja berat seperti sunting video 4K atau gaming grafik tinggi, ia bukan sasaran telefon ini. Tapi untuk kegunaan pelajar, ibu bapa atau pengguna pertama, vivo Y04 cukup mantap.

vivo Y04 Tawar Bateri Hebat, Reka Bentuk Bergaya & Harga Bajet Mampu Milik

Kamera Cukup-Cukup Makan, Tapi Masih Berguna

Dari segi kamera, vivo Y04 hadir dengan kamera utama 13MP bersama sensor tambahan 0.08MP, manakala kamera hadapan pula 5MP. Gambar waktu siang memang okay, warnanya neutral dan sesuai untuk gambar produk atau content harian.

Tapi kalau waktu malam, Budiey kena cari pencahayaan yang baik – sebab prestasi dalam gelap agak lemah. Untuk selfie, kamera depan masih boleh hasilkan gambar yang baik, sesuai untuk media sosial.

vivo Y04 Tawar Bateri Hebat, Reka Bentuk Bergaya & Harga Bajet Mampu Milik

Tahan Lasak Dengan SGS & IP64

Satu lagi kelebihan vivo Y04 – ia bukan jenis telefon yang ‘fragile’. Dengan penarafan IP64 (kalis habuk dan percikan air) serta standard SGS lima bintang untuk ketahanan jatuh, Budiey tak perlu risau kalau telefon ni terjatuh masa cover event atau terselit dalam beg kamera. Telefon ni memang ‘kampung-proof’ dan ‘office-proof’.

Perisian Ringan Tapi Mesra Pengguna

vivo Y04 menggunakan Android 14 dengan antaramuka Funtouch OS 14, yang datang dengan fungsi menarik seperti ‘AI Erase’ – buang objek atau photobomber dalam gambar secara automatik. Fungsi ni sangat membantu Budiey masa edit gambar event.

Telefon ni juga masih sediakan jack audio 3.5mm untuk yang rindu earphone lama, serta pembesar suara yang boleh boost hingga 200%, sesuai sangat untuk geng makcik-makcik drama pukul 7.

vivo Y04 Tawar Bateri Hebat, Reka Bentuk Bergaya & Harga Bajet Mampu Milik

Harga Berbaloi Dan Saingan Sengit

Di luar negara, telefon ini dijual sekitar RM380 ke RM450, dan Budiey yakin kalau vivo Malaysia kekalkan harga bawah RM500, ia mampu bersaing rapat dengan Redmi A3, realme C63 dan Samsung A05s. Tapi kalau harga naik lebih RM500, pengguna Gen Z mungkin akan terus swipe kiri dan cari alternatif lain.

Apa Kata Budiey?

Kalau korang tengah cari telefon bajet yang ringan tapi powerbateri tahan gilareka bentuk lawa, dan sesuai untuk kegunaan harian yang santai – vivo Y04 memang layak masuk wishlist. Boleh jadi telefon kedua untuk content creatortelefon pertama untuk pelajar, atau telefon utama untuk mak ayah di kampung yang suka scroll YouTube dan WhatsApp group keluarga.

Tapi kalau korang jenis heavy user, suka ambil gambar waktu malam atau edit video sepanjang masa, korang mungkin rasa kurang puas. Dalam kes ni, lebih baik upgrade ke model vivo mid-range seperti Y27 atau V29 yang lebih berkuasa.

Akhir kata, apa gunanya spesifikasi hebat kalau tak digunakan sepenuhnya? Yang penting, cerita dalam telefon tu sendiri – bukan nombor atas kotak.

vivo Y04 Tawar Bateri Hebat, Reka Bentuk Bergaya & Harga Bajet Mampu Milik

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Sejuta Kasih MyKuKiss Kongsi Rezeki Perkasa Komuniti Malaysia