in , ,

Tim Hortons Malaysia Sahkan Sijil Halal Untuk Semua Cawangan

Pengiktirafan Halal Penuh Dari JAKIM Kukuhkan Komitmen Tim Hortons Malaysia Untuk Hidangan Berkualiti, Mesra Muslim Dan Diterima Seluruh Rakyat

Berita baik buat pencinta kopi dan peminat jenama makanan antarabangsa di Malaysia! Tim Hortons Malaysia kini secara rasmi memperoleh pengiktirafan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk semua cawangannya yang sedang beroperasi di negara ini.

Langkah besar ini bukan sahaja menunjukkan komitmen teguh terhadap kualiti dan ketelusan, tetapi juga menjadi titik penting dalam usaha memperluaskan keterangkuman jenama ini untuk dinikmati oleh lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya pelanggan beragama Islam.

Tim Hurton

Semua Cawangan Kini Diperakui Halal, Lebih Ramai Pelanggan Boleh Menikmati Dengan Yakin

Buat masa ini, semua lokasi utama Tim Hortons di Malaysia telah diperakui Halal oleh JAKIM, termasuklah cawangan popular seperti Sunway Pyramid, Subang USJ, One Utama, AEON Mall Bukit Tinggi, IOI City Mall, dan Sunway Velocity. Setiap satu daripada cawangan ini telah melalui proses penilaian rapi dan memenuhi piawaian Halal yang ditetapkan.

Menurut Vaibhav Punj, Ketua Pegawai Eksekutif MGCA Cafe selaku pemegang francais utama Tim Hortons di Malaysia:

“Di Tim Hortons Malaysia, kami amat berbangga dapat menyajikan makanan dan minuman berkualiti tinggi yang dipercayai pelanggan kami. Pensijilan ini mengukuhkan lagi dedikasi kami untuk mengekalkan standard tertinggi dan pada masa yang sama, menyediakan pengalaman mesra untuk semua rakyat Malaysia.”

Bukan setakat yang sedia ada, jenama ini turut berusaha untuk memastikan semua cawangan baharu yang akan dibuka kelak turut mendapat pensijilan Halal, menandakan komitmen jangka panjang terhadap pematuhan dan keselesaan pelanggan.

Tim Hurton

Diterajui Syarikat Gergasi Jepun, Kombinasi Pengalaman Global & Sentuhan Tempatan

Tim Hortons Malaysia dan Singapura beroperasi di bawah pengurusan MGCA Cafe, anak syarikat milik penuh Marubeni Corporation – sebuah syarikat konglomerat perdagangan dan pelaburan terkemuka dari Jepun. Keunikan Tim Hortons di rantau ini terletak pada gabungan citarasa kopi klasik dari Kanada dengan elemen tempatan yang lebih dekat di hati pengguna Malaysia.

Dengan setiap pembukaan cawangan baharu, Tim Hortons terus menawarkan pengalaman kopi global yang segar, diperhalusi mengikut selera dan budaya tempatan. Pensijilan Halal ini juga menjadi bukti bahawa jenama ini serius dalam menyantuni keperluan komuniti Muslim di negara ini.

Tim Hurton

Promosi RM7 Coffee Classics, Ganjaran Khas Untuk Sambutan Pengiktirafan Halal

Sempena pencapaian ini, Tim Hortons Malaysia turut melancarkan promosi istimewa iaitu RM7 Coffee Classics. Pelanggan kini boleh menikmati barisan minuman klasik kegemaran ramai yang menggunakan 100% biji kopi Arabicadengan harga berbaloi. Antara pilihan menarik termasuklah Americano yang kaya rasaDouble Double™ yang seimbang dan lembut, serta French Vanilla yang manis berkrim.

Lebih menarik lagi, anda boleh padankan minuman pilihan dengan sajian manisan segar seperti Timbits ataupun donat Maple Glaze untuk menjadikan waktu rehat anda lebih sempurna, tak kira masa!

Dua Lagi Cawangan Bakal Dibuka: Shah Alam & Sunway Putra Mall

Tim Hortons juga mengumumkan dua lokasi baharu yang akan dibuka tidak lama lagi, iaitu di AEON Shah Alamdan Sunway Putra Mall. Langkah ini sejajar dengan misi mereka untuk terus mengembangkan kehadiran di seluruh negara, sekali gus mendekatkan diri dengan komuniti setempat yang semakin menyukai jenama ini.

Dengan pembukaan ini, jenama ini bukan sahaja menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan, tetapi juga memastikan pengalaman menikmati kopi premium dan makanan berkualiti dapat dinikmati di lebih banyak lokasi dengan lebih mudah.

Tims Rewards: Aplikasi & Ganjaran Eksklusif Untuk Pelanggan Setia

Bagi menjadikan setiap kunjungan lebih berbaloi, pelanggan juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi Tim Hortons Malaysia dan mendaftar sebagai ahli Tims Rewards. Melalui program ganjaran ini, pelanggan berpeluang menikmati diskaun eksklusif, kejutan harijadi dan mata ganjaran yang boleh ditebus dengan makanan atau minuman secara percuma.

Selain membuat pesanan terus di cawangan, pelanggan juga boleh menikmati menu Tim Hortons melalui GrabFood dan Foodpanda, menjadikan akses kepada sajian kegemaran anda lebih mudah dan pantas.

Tim Hurton

Lokasi Cawangan Tim Hortons Malaysia:

Tim Hortons Sunway Pyramid
Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, Petaling Jaya
Waktu Operasi: 10 pagi – 9 malam

Tim Hortons IOI City Mall
Putrajaya, Selangor
Waktu Operasi: 8 pagi – 9 malam

Tim Hortons Sunway Velocity
Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10 pagi – 9 malam

Tim Hortons Subang USJ
Taipan Business Centre
Waktu Operasi: 9 pagi – 11 malam

Tim Hortons One Utama
Petaling Jaya
Waktu Operasi: 9 pagi – 9 malam

Tim Hortons AEON Mall Bukit Tinggi
Klang
Waktu Operasi: 10 pagi – 9 malam

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi mereka di www.timhortons.my dan ikuti @TimHortonsMalaysia di Instagram untuk promosi dan kolaborasi eksklusif yang menarik.

Apa Kata Budiey?

Langkah Tim Hortons Malaysia mendapatkan pensijilan Halal penuh ini jelas sekali satu keputusan yang tepat, bijak dan sangat dinanti-nantikan, khususnya dalam pasaran yang majoritinya beragama Islam. Ia bukan sahaja membuktikan kesungguhan mereka dalam memahami budaya tempatan, malah membuka lebih banyak peluang untuk jenama ini berkembang kukuh di Malaysia.

Dengan promosi RM7 yang berbaloi dan pembukaan cawangan baharu, Budiey boleh katakan Tim Hortons memang bersedia untuk menjadi antara jenama F&B pilihan utama rakyat Malaysia. Mungkin lepas ni kita boleh lihat kolaborasi lebih lokal seperti perisa donat khas Malaysia atau minuman edisi khas musim perayaan. Teruskan usaha yang padu ini, Tim Hortons!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

6 Jilake Satukan Aksi Komedi Melayu Zaman Penjajah