in , ,

Jacky Cheung Kembali Gegar Axiata Arena Dengan Konsert Jelajah 60+

Tiga Malam Spektakular Yang Pasti Menggamit Kenangan, Dibawakan Khas Buat Peminat Setia Raja Cantopop Dunia

Penantian yang dinanti-nantikan akhirnya berakhir! Selepas kejayaan luar biasa enam konsert yang sold-out pada tahun 2023Jacky Cheung, ikon megastar dunia muzik Cantopop, bakal kembali menggamatkan Kuala Lumpur dengan siri jelajah terbarunya, “60+ Concert Tour” yang akan berlangsung selama tiga malam berturut-turut iaitu pada 15, 16 dan 17 Ogos 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Jacky Cheung: Legenda Yang Terus Menakluk Puncak Dunia Hiburan

Buat para peminat setia yang membesar dengan lagu-lagu penuh jiwa dari penyanyi yang digelar Heavenly King of Cantopop ini, inilah masa untuk menyaksikan semula pesona dan magis vokal luar biasa Jacky Cheung secara langsung di pentas berprestij negara.

Jacky Cheung Kembali Gegar Axiata Arena Dengan Konsert Jelajah 60+

Jacky bukan sekadar penyanyi. Suaranya telah menjadi soundtrack kehidupan kepada pelbagai generasi dan menjangkau sempadan budaya serta masa. Terbaharu, dalam siri jelajahnya di Haikou, China, beliau mencatat rekod peribadi dan sejarah industri muzik Asia apabila menjayakan konsert solo ke-1,000 menerusi persembahan ke-218 dalam 60+ Concert Tour.

Berkongsi perasaannya tentang pencapaian luar biasa ini, Jacky Cheung berkata:

“Seribu konsert bukan hanya sekadar angka. Ia mewakili 40 tahun dedikasi dan cinta terhadap muzik. Kuasa muzik adalah pada emosi yang dibawanya, dan saya amat bersyukur kepada peminat yang menjadikan perjalanan ini satu kenyataan.”

– Jacky Cheung
Jacky Cheung Kembali Gegar Axiata Arena Dengan Konsert Jelajah 60+

Pernyataan ini cukup membuktikan bahawa Jacky Cheung adalah lambang kesetiaan, keunggulan vokal dan keindahan seni muzik yang sebenar. Beliau terus memberi inspirasi kepada artis baharu dan kekal relevan walau zaman berubah.

Pengalaman Konsert Bertaraf Dunia Dengan Teknologi Terkini

Apa yang membuatkan Jacky Cheung “60+ Concert Tour” di Kuala Lumpur begitu dinanti bukan sahaja kerana bintangnya, tetapi juga kerana pengalaman konsert yang ditawarkan berada di kelas tersendiri. Ia bukan sekadar persembahan muzik biasa, sebaliknya satu pengalaman visual dan emosi yang memukau.

Dengan sokongan pasukan produksi bertaraf antarabangsa, konsert ini bakal menampilkan rekaan pentas multidimensi yang memukau, diperkaya dengan projeksi hologram modenvisual 3D imersif, serta sistem bunyi dan pencahayaan pintar yang bakal menjadikan setiap detik terasa hidup.

Pendek kata, setiap aspek persembahan ini disusun rapi sebagai karya seni agung, menjadikannya bukan sekadar konsert, tetapi satu pengalaman sinematik secara langsung yang menggabungkan seni, teknologi dan emosi dalam satu persembahan yang tidak akan dilupakan.

Tiket Mula Dijual Pada 25 April, Pra-Jualan Eksklusif Untuk Ahli Maybank VISA Dan Peminat Golden Destinations

Untuk peminat yang tidak mahu terlepas peluang menyaksikan konsert bersejarah ini, jualan rasmi tiket akan bermula pada 25 April 2025, jam 12.00 tengah hari, menerusi laman rasmi my.bookmyshow.com. Harga tiket bermula dari RM388 sahaja (tidak termasuk caj pemprosesan RM4).

Jacky Cheung Kembali Gegar Axiata Arena Dengan Konsert Jelajah 60+

Khas untuk pemegang kad kredit Maybank VISA, anda boleh menikmati akses pra-jualan eksklusif lebih awal, iaitu pada 23 April 2025, dari jam 12 tengah hari hingga 6 petang, melalui platform yang sama. Setiap transaksi dihadkan kepada 2 tiket sahaja.

Selain itu, pihak Golden Destinations juga akan berkongsi kod khas pra-jualan secara eksklusif di Facebook rasmi mereka. Kod ini boleh digunakan di BookMyShow dalam tempoh pra-jualan yang sama, namun kuota adalah sangat terhad dan berdasarkan siapa cepat, dia dapat.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pengumuman terkini, peminat boleh melayari www.starplanet.com.my atau terus ke my.bookmyshow.com.

Apa Kata Budiey?

Sebagai seorang peminat muzik sejati, Budiey rasa amat teruja dengan pengumuman ini. Kehadiran semula Jacky Cheung di Kuala Lumpur bukan sahaja mengubat rindu peminat setia, malah membuka peluang kepada generasi baru untuk mengenali dan merasai kehebatan suara dan persembahan beliau secara langsung.

Dari sudut penganjuran, Budiey cukup tertarik dengan komitmen pihak produksi yang menitikberatkan kualiti teknologi pentas, menjadikan konsert ini sesuatu yang wajib ditonton bukan sahaja oleh peminat Cantopop, malah oleh semua penggemar muzik yang menghargai persembahan seni bertaraf dunia.

Budiey sarankan, jangan tunggu lama-lama! Tandakan tarikh jualan tiket dan rebut peluang keemasan ini.Mungkin inilah peluang terakhir kita menyaksikan legenda ini beraksi dengan segala keunggulan dan karisma yang tidak pernah pudar sejak empat dekad lalu.

Untuk sebarang info lanjut, layari www.budiey.com hari ini dan nantikan kemas kini seterusnya dari Budiey Channel.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Artis Popular Meriahkan Melodi Kita Live Showcase di Resorts World Awana