Baru-baru ini, Budiey berpeluang menghadiri tayangan perdana filem aksi-ngeri Novocaine bersama rakan media di GSC The Starling Mall. Terus terang, Budiey cukup berpuas hati dengan kelancaran acara—segalanya tersusun rapi, layanan mesra, dan paling penting, Budiey dapat menonton filem dengan selesa tanpa sebarang gangguan.
Mutu bunyi pula, memang padu! Setiap detik ledakan dan pergelutan dalam filem ini terasa hidup, seolah-olah Budiey sendiri berada dalam babak tersebut. Terima kasih tak terhingga kepada UIP Malaysia dan GSC kerana sudi jemput Budiey untuk buat ulasan filem ini. Satu pengalaman yang cukup mengujakan!
Kisah Nathan Caine, Lelaki Yang Tak Tahu Apa Itu Sakit
Filem ini berkisar tentang Nathan Caine, lakonan Jack Quaid, seorang lelaki biasa yang luar biasa kerana dia tidak dapat merasai kesakitan disebabkan penyakit saraf yang jarang berlaku. Tapi, jangan salah faham ya, ini bukan superpower macam Wolverine. Nathan boleh mati macam orang biasa, cuma dia tak rasa sakit bila kena tikam atau terbakar. Hidup dia simple—kerja sebagai Penolong Pengurus bank, lepak main game online, dan… itu je. Social life? Zero.
Semua berubah bila dia terpikat dengan rakan sekerja, Sherry (dilakonkan oleh Amber Midthunder). Bila Sherry ajak keluar makan, Budiey pun boleh rasa betapa gembiranya Nathan. Tapi lepas tu, BOOM! Bank kena rompak, Sherry jadi tebusan, dan Nathan—dengan penuh semangat dan tanpa rasa sakit—nekad nak selamatkan cinta hatinya.
Aksi Ganas + Komedi Gila + Cinta Pertama = Kombinasi Yang Menjadi
Filem ini ambil masa lebih kurang 30 minit awal untuk kenalkan siapa Nathan dan Sherry, jadi mungkin ada rasa perlahan sikit. Tapi percayalah, lepas bank tu kena rompak, semuanya jadi roller coaster aksi! Setiap babak penuh dengan kekejaman yang kreatif dan humor yang selamba. Budiey tak berhenti gelak dan dalam masa sama, rasa ngeri tengok Nathan lawan penjahat tanpa rasa sakit—kena tikam, kena tembak, masuk tangan dalam minyak panas… dia rileks je.
Uniknya, Nathan bukan hero ala-ala John Wick. Dia tak handal bertarung, tak ada skill senjata. Tapi sebab dia tak rasa sakit, dia boleh hadap semua serangan dan terus lawan balik. Ini buatkan adegan aksi dalam Novocaine lebih segar, gila, dan lain daripada filem aksi tipikal.
Penjahat Yang Padu, Pelakon Sampingan Yang Kuat
Ada tiga penjahat utama dalam cerita ni dan setiap satu diberikan ruang yang cukup untuk menyerlah. Mereka bukan watak tempelan, tapi masing-masing ada gaya dan personaliti tersendiri. Sherry pula bukan sekadar “damsel in distress”, tapi ada kekuatan tersendiri dan chemistry dengan Nathan memang menjadi. Roscoe (lakonan Jacob Batalon) muncul sekejap tapi cukup meninggalkan impak. Dua orang detektif yang cuba selesaikan kes rompakan ni pun sempat mencuri perhatian walaupun screentime mereka pendek.
Babak Aksi Yang Buat Penonton Pegang Badan Sendiri
Budiey perasan, sepanjang filem ni ditayangkan, ramai penonton—termasuk Budiey—macam “terkena tempias” babak-babak ganas tu. Ada yang terjerit kecil, ada yang pegang tangan, pegang badan sendiri. Itulah kekuatan filem ni, ia berjaya buat kita rasa macam kita pun sakit walaupun Nathan tak rasa apa-apa! Kredit besar patut diberi kepada pengarah Dan Berk dan Robert Olsen yang berjaya cipta dunia Novocaine dengan realisme dan kreativiti yang luar biasa.
Lebih Dari Sekadar Hiburan, Filem Ini Satu Inspirasi
Apa yang lebih menyentuh hati Budiey, kehadiran seorang pemenang giveaway anjuran Budiey yang hadir ke tayangan walaupun kesihatan tidak mengizinkan. Sehari sebelum masuk wad, beliau tetap gigih datang kerana ingin mencari inspirasi dari filem ini. Itu membuktikan bahawa Novocaine bukan sekadar filem aksi kosong, tapi mampu beri kekuatan emosi dan mental kepada penonton.
Kesimpulan Budiey: Filem Aksi Yang Lengkap Dan Berbaloi Ditonton
Novocaine bukan filem aksi biasa. Ia unik kerana berjaya gabungkan unsur aksi, komedi, dan cinta dalam satu pakej yang padat dan menghiburkan. Setiap pelakon menyinar, jalan cerita walaupun ringkas tapi disampaikan dengan penuh gaya, dan babak-babak pertarungan memang power. Filem ini juga bawa mesej penting—betapa deria sakit itu sebenarnya satu nikmat dan peringatan bahawa setiap kekurangan itu ada kelebihan tersendiri.
Bagi Budiey, ini adalah antara filem aksi paling menyeronokkan tahun ini. Kalau korang suka filem yang buat korang rasa, gelak dan teruja dalam satu masa, jangan lepaskan peluang tonton Novocaine yang kini sedang ditayangkan bermula 13 Mac 2025.
Satu pengalaman sinematik yang sukar dilupakan. Budiey kasi dua thumbs up!