in , ,

Drama Pendek ‘Tok Babah’ oleh Heetam Puteh, Bawa Mesej Berguna & Sarat Emosi

Budiey Teruja Hadiri Tayangan Perdana Sambil Berbuka Puasa Bersama Heetam Puteh, Aizat Saha Dan Selebriti Popular Yang Hadir Memberi Sokongan!

Tanggal 16 Mac lalu, Budiey berpeluang menghadiri satu acara yang sangat istimewa dan penuh makna — majlis pelancaran drama pendek berjudul Tok Babah anjuran Heetam Puteh, yang diadakan dengan cukup meriah di The Renjana by Lanai Asmara, Kuala Lumpur.

Bukan sekadar pelancaran drama biasa, acara ini turut diserikan dengan majlis berbuka puasa bersama para selebriti, rakan media, dan anak-anak yatim. Suasananya sungguh menyentuh hati, penuh aura kebersamaan dan kasih sayang, sesuai dengan semangat Ramadan yang menggalakkan kita menghargai insan sekeliling.

Drama Pendek 'Tok Babah' oleh Heetam Puteh, Bawa Mesej Berguna & Sarat Emosi

Budiey Kagum Lihat Kejayaan Heetam Puteh Yang Sentiasa Sukses Dan Konsisten

Sebagai seorang pengamal media yang sentiasa mengikuti perkembangan dunia hiburan, Budiey tidak dapat menahan rasa kagum melihat kejayaan Heetam Puteh yang terus konsisten dan berkembang saban tahun dalam menghasilkan karya-karya kreatif yang penuh mesej, di samping menganjurkan acara yang cukup tersusun dan meninggalkan kesan mendalam. Setiap tahun mereka berjaya mencetuskan kelainan, dan kali ini, pelancaran drama pendek Tok Babahmenjadi bukti keupayaan mereka terus bergerak maju dalam industri seni tanah air.

Budiey amat menghargai peluang untuk membuat liputan secara langsung di acara ini, sambil beramah mesra dengan selebriti dan pasukan produksi yang terlibat. Antara selebriti yang hadir dan turut memeriahkan suasana ialah Zoey Rahman yang memang mesra orangnya, serta pelakon berbakat Zarif Ghaz yang turut membintangi drama pendek ini. Ramai lagi selebriti lain yang turut hadir sebagai tanda sokongan, dan jelas terpancar keterujaan mereka apabila melihat hasil kerja produksi yang sangat menyentuh emosi.

Drama Pendek 'Tok Babah' oleh Heetam Puteh, Bawa Mesej Berguna & Sarat Emosi

Nikmat Berbuka Puasa Sambil Tonton Tayangan Eksklusif Tok Babah

Kemeriahan majlis ini bertambah dengan hidangan berbuka puasa yang enak dan suasana penuh keakraban. Apa yang membuat Budiey lebih teruja ialah apabila tayangan eksklusif drama pendek Tok Babah bermula.

Filem pendek ini tidak seperti filem raya biasa yang kita tonton saban tahun. Ia membawa elemen kekeluargaan yang sangat kuat, mengangkat tema pengorbanan, kasih sayang, dan penghormatan kepada orang tua, lebih-lebih lagi kepada datuk atau nenek yang sering menjadi tulang belakang keluarga.

Drama pendek ini menyoroti kisah seorang cucu, Hakim, lakonan mantap oleh Aizat Saha, yang menjaga Tok Babah(lakonan Zaidi Omar) yang menghidap penyakit alzheimer. Budiey dapat rasakan betapa beratnya watak ini untuk dibawa, namun Aizat Saha berjaya menyampaikan emosi dan penderitaan batin Hakim dengan sangat berkesan.

Menurut Aizat, beliau mengambil masa dua minggu setengah untuk mendalami watak ini, dan usaha keras itu ternyata membuahkan hasil apabila ramai penonton termasuk Budiey sendiri tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata.

Drama Pendek 'Tok Babah' oleh Heetam Puteh, Bawa Mesej Berguna & Sarat Emosi

Sarat Pengajaran, Sesuai Untuk Musim Perayaan

Apa yang menjadikan drama pendek Tok Babah ini begitu istimewa ialah mesej pengajaran yang disampaikan, iaitu pentingnya kita menghormati orang tua, mengenang jasa mereka dan menghargai setiap detik bersama mereka.

Lebih menyentuh hati apabila ia berlatarbelakangkan suasana Ramadan dan Aidilfitri, waktu yang sering mengingatkan kita tentang keluarga dan insan tersayang. Filem pendek ini sangat sesuai untuk ditonton seisi keluarga pada musim perayaan, malah boleh menjadi medium untuk kita muhasabah diri dan kembali kepada nilai-nilai murni dalam hidup.

Lagu tema “Seribu Tahun” nyanyian Imran Ajmain turut memberi impak yang mendalam kepada penonton. Gabungan muzik yang mendayu dan visual yang menyentuh hati membuatkan Budiey sendiri terasa bagaikan berada dalam kisah Hakim dan Tok Babah.

Barisan Pelakon Baharu Yang Menyerlah

Selain Aizat Saha dan Zaidi Omar, drama ini juga menampilkan barisan pelakon baharu yang kian meningkat naik seperti Bibi Qairina, Elyshia Abegail, Zarif Ghaz, Mal Hamka, Sabrina Azmi, Khalique dan Baihaqi. Kehadiran mereka menyuntik elemen segar dalam penceritaan dan menceriakan lagi jalan cerita yang penuh emosi ini. Setiap watak dimainkan dengan penuh dedikasi dan berjaya menyampaikan mesej kekeluargaan dan persahabatan dengan jujur dan tulus.

Bagi yang ingin menonton drama pendek ini, ia boleh ditonton secara rasmi di platform YouTube Bibi Qairina bermula 8:30 malam, Ahad, 16 Mac 2025. Jangan lepaskan peluang untuk menonton karya penuh emosi ini bersama keluarga.

Apa Kata Budiey?

Secara peribadi, Budiey merasakan bahawa drama pendek Tok Babah ini merupakan antara karya terbaik yang patut ditonton semua lapisan masyarakat. Ia bukan sahaja menghiburkan, malah penuh dengan nilai murni yang dapat menyedarkan kita tentang pentingnya kasih sayang, kesabaran dan penghargaan terhadap orang tua. Budiey berharap lebih banyak produksi seperti ini dapat dihasilkan, kerana dalam dunia serba moden ini, kita masih perlu diingatkan tentang nilai-nilai tradisi dan kemanusiaan.

Tahniah kepada Heetam Puteh, Goldeneight dan seluruh tenaga produksi yang terlibat. Budiey juga mengajak semua pembaca untuk terus menyokong karya anak tempatan dan jangan lupa kongsi pengalaman anda selepas menonton drama ini, mungkin ia juga akan memberi inspirasi dan menyentuh hati anda seperti mana ia menyentuh hati Budiey.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Lima Jenama Aksesori Raya Buat Gaya Lebih Menyinar & Mewah