in , ,

Pandang Pertama Telefon Pintar Samsung Galaxy A36 5G, Ciri Lebih Padu!

Reka Bentuk Baharu, Cip Qualcomm Snapdragon 6 Gen 3 Lebih Padu! Dan Ini Adalah First impression Masa Budiey Buat Unboxing!

Untuk ulasan ringkas kali ini, Budiey nak kongsikan pengalaman dan pandangan pertama secara peribadi tentang momen mula-mula memegang dan menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy A36 5G yang baru saja rasmi masuk pasaran Malaysia.

Acara pelancaran dibuat dengan cukup meriah di Bukit Kiara Skatepark, berdekatan dengan KLGCC, tempat yang memang ‘vibes’ dia santai dan kena dengan gaya hidup anak muda hari ini. Tapi kita bukan nak ulas lokasi, kita nak kupas betul-betul telefon pintar kelas pertengahan terbaru dari Samsung ni. Soalan paling besar: yang ditanya oleh semua pembaca ialah adakah berbaloi beli peranti ini atau lebih baik tunggu model lain? Biar Budiey terangkan satu persatu ya.

Pandang Pertama Telefon Pintar Samsung Galaxy A36 5G, Ciri Lebih Padu!

Dari Kotak Hingga Ke Tangan: Apa Yang Budiey Rasa?

First impression masa unboxing, Budiey rasa macam eh, design dia tak jauh beza dengan model A35 tahun lepas. Tapi bila pegang, terasa ada peningkatan dari segi kemasan dan rasa premium pada permukaan Corning Gorilla Glass Victus+ yang lebih tahan calar. Kerangka plastik? Yes, masih plastik, tapi finishing dia nampak kemas dan tak murahan.

Yang paling Budiey suka, Samsung kekalkan rating IP67 – maksudnya boleh tahan habuk dan boleh terjun air dalam 1 meter selama 30 minit. Tapi korang janganlah pula bawa berenang, nanti menyesal.

Pandang Pertama Telefon Pintar Samsung Galaxy A36 5G, Ciri Lebih Padu!

Cip Snapdragon Gen 6: Padu & Lebih Pantas!

Galaxy A36 ni diperkasa dengan Snapdragon 6 Gen 3, dan ini sebenarnya upgrade dari cip Exynos yang banyak pengguna kritik sebelum ni. Dari pengalaman Budiey, bila pegang dan main beberapa game ringan, respons dia lancarmultitasking smooth, dan penggunaan harian memang stabil. Tapi, untuk gaming berat macam Genshin Impact atau COD Mobile, kita kena test betul-betul dulu – adakah setakat “boleh main” atau memang puas hati?

Kamera 50MP Memang Awesome!

Bahagian kamera ni, honestly, Budiey agak impressed. Walaupun Samsung kata ada penambahbaikan reka bentuk “camera island”, tapi dari segi spesifikasi dalaman, ada banyak berubah. Kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP dan makro 5MP – memang mantap dan hasil gambar tak banyak beza dengan A35. Kamera depan pula turun sikit dari 13MP ke 12MP – beza kecil, tapi Budiey harap kualiti selfie tu tetap ‘on point’.

Yang penting, tiada ciri kamera flagship seperti OIS atau night mode yang padu. So, korang jangan pula nak bandingkan dengan Galaxy S-series pula,

Pandang Pertama Telefon Pintar Samsung Galaxy A36 5G, Ciri Lebih Padu!

Bateri 5000mAh Dan Pengecasan 45W, Ini Baru Wow!

Okey, ini part yang buat Budiey terkejut – pengecasan 45W! Biasanya, feature ni hanya ada pada flagship model, tapi kali ni A36 pun dapat ciri yang sama. Ini satu kelebihan! Malah, Galaxy S25 standard pun masih sangkut dengan 25W je. Dengan bateri 5000mAh, Samsung claim boleh dapat 29 jam playback video. Tapi realitinya, ikut cara kita guna juga. Kalau heavy user, mungkin tahan sehari lebih je. Tapi, dengan pengecasan pantas ni, tak risau sangat nak cas lama-lama.

Tiada Slot Kad SD – Masalah Ke?

Satu yang Budiey rasa kurang praktikal – slot kad microSD dah kena potong. Memang lah ada storan UFS 3.1 256GB yang laju, tapi untuk pengguna biasa yang suka simpan banyak gambar atau video, fungsi kad SD ni penting. Sekarang kena bergantung penuh pada cloud atau storan dalaman je. Hmm… ni mungkin sebab Samsung nak kita upgrade ke model storan lebih besar.

Pandang Pertama Telefon Pintar Samsung Galaxy A36 5G, Ciri Lebih Padu!

OneUI 7.0 + Android 15: Pengalaman Guna Lebih Lancar

Samsung Galaxy A36 ni dah siap dengan OneUI 7.0 berasaskan Android 15, dan Budiey boleh katakan interface dia mesra pengguna, lebih kemas dan ringan. Plus, janji 6 tahun update sistem dan keselamatan – ni buat A36 jadi antara peranti mid-range paling future-proof sekarang ni. Tak payah risau cepat outdated.

Harga RM1,499 – Worth It Ke?

Dengan semua ciri yang ditawarkan, Samsung letak harga RM1,499 untuk model 12GB RAM dan 256GB ROM. Warna pun ada pilihan menarik: Awesome Lavender, Black, White & Lime. So, pada harga ni, Budiey rasa agak kompetitifcuma masih perlu pertimbangkan apa korang nak dari smartphone.

Apa Kata Budiey?

Secara keseluruhan, Samsung Galaxy A36 5G ialah satu upgrade yang solid. Untuk tahun depan, Budiey akan jangkakan Samsung akan mengeluarkan ciri yang lebih premium. Kekuatan dia pada cip Snapdragon yang padureka bentuk lebih premium, dan pengecasan pantas 45W – semua ni buat A36 menonjol dalam kelas pertengahan. Tapi dari segi kamera, tak banyak beza dengan model sebelum ni.

Kalau korang cari telefon mid-range dengan prestasi harian yang stabil, tahan lasak, dan boleh tahan lama dari segi update software, A36 ni memang pilihan yang baik. Tapi kalau korang jenis cerewet bab kamera atau nak feeling flagship, mungkin boleh consider model lain dalam bajet lebih sikit.

Budiey harap Samsung terus kekalkan ciri premium dalam model mid-range, dan tak terlalu ‘cut cost’ untuk kekalkan harga kompetitif. Nak kekalkan pengguna, kena bagi lebih dari sekadar spesifikasi atas kertas.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut atau nak tanya apa-apa, jangan malu-malu, drop komen di Instagram okay! Nak review penuh lepas ni? Stay tuned kat Budiey.com!

Link info lanjut: Samsung Galaxy A36 5G Malaysia

Pandang Pertama Telefon Pintar Samsung Galaxy A36 5G, Ciri Lebih Padu!

Spesifikasi Peranti Galaxy A36 (5G)

  • Model:   Samsung Galaxy A36
  • Paparan:   6.70-inch
  • Pemproses:   Snapdragon® 6 Gen 3
  • Cip:  OS:   One UI 7.0 based on Android 15
  • Kalis Air:  IP67
  • RAM:   12GB RAM
  • Memori Dalaman:   256 GB ROM
  • Kamera Hadapan:   12MP
  • Kamera Belakang:   50MP + 8MP + 5MP
  • Bateri:   5,000mAh battery
  • Sistem Imbasan:   In-display
  • Jualan:  RM 1,499 (Awesome Lavender, Black, White, & Lime).
Pandang Pertama Telefon Pintar Samsung Galaxy A36 5G, Ciri Lebih Padu!
Pandang Pertama Telefon Pintar Samsung Galaxy A36 5G, Ciri Lebih Padu!
Pandang Pertama Telefon Pintar Samsung Galaxy A36 5G, Ciri Lebih Padu!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SARIMAH AHMAD

Legendaris Datuk Sarimah Pernah Hampir Koma Akibat Penyakit Kencing Manis