in

Impak Maksima Muzik Video DJ Aanantha

Ingat tak lagi dengan entri budiey.com tentang Kempen Persona, Sememangnya Lebih Sempurna yang melibatkan tiga penyampai radio baru-baru ini. Budiey nak ucapkan tahniah buat penyampai Suria FM DJ Lin, Aanantha daripada THR Raaga serta Jack Lim daripada MY FM kerana berjaya mencapai misi masing-masing.

Hasilnya, Budiey boleh katakan konsep dan idea dari kempen Proton Edar Sdn Bhd ini memberi impak yang maksima kepada masyarakat umumnya.. Apa taknya, dengan kempen ini, orang ramai diberi pendedahan cara-cara yang betul untuk berjaya dan bagaimana untuk menjadi lebih yakin.

Budiey suka imbas balik, sebelum ni Budiey ada tulis tentang duta Persona yang juga seorang deejay THR Raaga, DJ Aanantha yang merancang untuk mengadakan bengkel untuk kanak-kanak sempena dengan Kempen Persona, Lebih Sempurna. Dan bengkel ini telah pun diadakan dengan jayanya.

Persona

Usaha Aanantha tidak habis kat situ, rupanya, bertitik tolak dari situ, Aaanantha telah melancarkan pula video klip berjudul ‘Thannambikkai’. Haaa, sebut betul-betul ya, takut nanti jadi perkataan lain pula. Jangan tak tahu ya, ‘Thannambikkai’ ni maksud dalam bahasa Melayu kita ialah Keyakinan.

Pembikinan muzik video ini pastinya ada motif tersendiri dan konsepnya disokong oleh Proton Persona sebagai pencetus idea. Tapi apa-apa pun tujuan sebenar muzik video ini dibuat ialah untuk mengutip dana bagi perkembangan seni dan muzik di beberapa sekolah terpilih.

Persona

Budiey dah pun dengar lagu ‘Thannambikkai’ ni. Memang gempak dan ceria gak la. Sesuai untuk remaja dan anak-anak muda. Dengar sekali, memang boleh layan dan mahu turut goyang bahu pun ada.

Lagi pun, ada 3 orang kanak-kanak yang dulunya pernah join Bengkel Bakat Persona bersama Aanantha dipilih untuk featured dalam lagu ni. Mereka ialah Narresh Meganathan, 10, Suriya Prakash, 11, and Vishnupriya Tiyagaraja, 9,

Namun, apa yang penting ialah lirik lagu ‘Thannambikkai’ ini memang mendalam maksudnya di mana ia memberi mesej yang positif kepada semua untuk mencapai impian dan menempuh cabaran dalam kehidupan ni.

Persona

Lokasi pengambaran muzik video ini dibuat di sekitar The Actors Studio dan memakan masa selama sehari. Namun, ianya bukan satu kerja yang mudah. Semua itu memerlukan kemahiran komunikasi, fikiran optimistik dan juga memerlukan soft skill yang bukan sedikit. Nasib baiklah, ketiga-tiga kanak-kanak ni dilatih oleh DJ Aanantha dan seorang jurutari bernama Lex dari The Actors Studio Academy. Dari situ, sekurang-kurang, budak-budak ni belajar sedikit sebanyak bagaimana sesebuah video klip itu dibuat. Baru tahu susah ke senang, kan.

Persona

Apa yang Budiey nak sentuh kat sini ialah kesungguhan yang ditunjukkan oleh 3 anak muda ini begitu bersemangat sekali. Itulah hasilnya bila dilatih dan diberi semangat bagaimana nak cungkil bakat masing-masing dalam bidang seni. Budiey rasa, kanak-kanak sekarang perlu diajar soft skills ni sebab memang berguna untuk karier dan masa depan mereka satu hari nanti. Sebab bila diajar dari awal, pasti mereka takde masalah lagi untuk berurusan dengan persekitaran dan orang ramai dengan efektif dan secara sopan.

Cara nak berkomunikasi dengan orang pun kena belajar ya, bukannya pakai redah je. Itu tak termasuk lagi cara nak berkompromi, cara nak selesaikan masalah dengan berkesan dan berfikir secara strategik, semua tu kena belajar.

Lihat pada kesungguhan 3 orang kanak-kanak dan DJ Aanantha yang berjaya mencipta lagu ini, maka terhasillah sebuah video klip yang Budiey rasa satu hasil yang bagus. Ianya dijual dengan harga RM20.00 dan dilengkapi pula dengan 5 tajuk iaitu – Work & Play, Discovering ‘Better’, Growing Confidence, The Making of ‘Thannambikkai’, dan ‘Thannambikkai’.

Budiey difahamkan hasil dari penjualan DVD ini akan disalurkan kepada 3 buah sekolah yang terpilih bagi membantu para pelajar dalam mengembangkan lagi bakat mereka di bidang muzik. Selain itu, dapatlah mereka merasa kemudahan untuk belajar dalam bidang seni. Manalah tahu, suatu hari nanti mereka akan jadi bintang terkenal yang boleh mengharumkan nama negara, sape tahu kan?

Jadi, korang boleh membantu kempen ini dengan mendapatkan DVD muzik video ini yang dijual di outlet dan kedai CD yang terpilih.

Untuk menonton muzik video ini, jom layari: www.protonpersona.com.my

Persona

Persona

Persona

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile Liyana Fizi

Ustazah Pilihan Minggu Ke 3