Dunia teknologi semakin berkembang, begitu juga dengan aksesori yang melindungi peranti kesayangan kita. Memahami kepentingan ini, CASETiFY terus mengorak langkah dengan inovasi yang bukan sahaja menjamin perlindungan terbaik tetapi juga memberikan gaya eksklusif kepada pengguna.
Dengan pelancaran koleksi baharu Mac 2025, CASETiFY memperkenalkan pelbagai jenis sarung telefon yang dilengkapi teknologi terkini bagi memastikan peranti anda kekal dalam keadaan terbaik, tanpa mengorbankan estetika yang menawan.
IMPACT CASE – Perlindungan Hebat Dengan Teknologi EcoShock™
Antara produk paling laris dari CASETiFY ialah Impact Case yang kini ditingkatkan dengan teknologi EcoShock™, direka khas untuk menyerap hentakan dan mengurangkan kesan impak sekiranya peranti terjatuh. Dengan reka bentuk yang lebih ringan dan tahan lasak, casing ini sesuai untuk mereka yang menginginkan perlindungan maksimum tanpa menjejaskan gaya.
- Direka untuk iPhone terkini – sesuai dengan saiz dan butang peranti.
- Memenuhi standard ketenteraan – diuji untuk menahan jatuhan sehingga 2 meter.
- Struktur inovatif – mengekalkan profil nipis tanpa mengorbankan ketahanan.
CLEAR CASE – Kekuatan Dengan Teknologi UV Defender
Bagi mereka yang menggemari gaya minimalis, Clear Case adalah pilihan tepat. Dengan teknologi UV Defender, casing ini direka menggunakan bahan gred perubatan yang mencegah penguningan akibat sinaran UV, memastikan sarung kekal jernih dan bersih sepanjang masa.
- Ringan dan selesa – mengekalkan rekaan asal telefon pintar.
- Tahan calar dan hentakan ringan – sesuai untuk kegunaan harian.
BOUNCE CASE – Gabungan Keunikan Dan Perlindungan Maksimum
Mereka yang ingin bergaya tanpa mengorbankan perlindungan pasti menggemari Bounce Case. Dilengkapi dengan teknologi TesseLock™, casing ini diilhamkan daripada struktur jambatan gantung yang membantu mengagihkan impak secara sekata dan mengurangkan risiko kerosakan pada peranti.
- Teruji dengan lebih 100 ujian jatuhan dari ketinggian 1.2 meter.
- Pelbagai warna dan corak tersedia – sesuai untuk mereka yang ingin menonjolkan personaliti unik.
MIRROR RING STAND CASE – Fungsional Dan Bergaya Dalam Satu Casing
Bagi anda yang sering menggunakan telefon untuk menonton video atau membuat panggilan video, Mirror Ring Stand Case adalah pilihan terbaik. Dilengkapi dengan cincin kamera boleh laras sehingga 150 darjah, casing ini memudahkan anda menikmati kandungan digital secara bebas tangan. Lebih menarik, casing ini juga memiliki cermin terbina dalam, sesuai untuk anda yang ingin melakukan sentuhan pantas pada solekan.
- Kickstand boleh laras untuk pengalaman menonton yang lebih fleksibel.
ROPE STRAP – Praktikal, Selesa, Dan Bergaya
Untuk mereka yang sering bergerak, Rope Strap merupakan aksesori yang wajib dimiliki. Dengan reka bentuk 8mm tali silang badan yang dilengkapi klas lobster tahan lasak, peranti anda akan sentiasa selamat dan mudah diakses.
- Panjang boleh dilaras mengikut keselesaan pengguna.
SAKURA COLLECTION – Kecantikan Musim Bunga Dalam Teknologi
Menjelang musim bunga, CASETiFY memperkenalkan Sakura Collection, koleksi yang diinspirasikan daripada keindahan bunga sakura. Rekaan ini mengetengahkan warna pastel lembut dan motif bunga yang memberikan aura segar dan elegan.
- Pretty in Primrose Pink – Ripple Case dalam warna Primrose Pink yang memikat.
- Cherry Blossom Phone Charm – aksesori telefon yang dihiasi dengan manik halus berwarna pastel.
- Pelbagai corak bunga baharu – cetakan inspirasi bunga sakura untuk telefon pintar anda.
DIESEL X CASETiFY – Gandingan Bergaya Antara Teknologi Dan Fesyen
CASETiFY juga bekerjasama dengan jenama fesyen terkenal, Diesel, untuk menghasilkan koleksi unik yang menggabungkan elemen gaya dan fungsi. Koleksi ini hadir dalam dua tema utama iaitu Grunge dan Bandana, menampilkan elemen rekaan lasak dan cetakan berani yang mencerminkan identiti Diesel.
- Oval D MagSafe Gripstand – diinspirasikan daripada beg tangan ikonik Diesel, 1DR.
- Aksesori tambahan seperti rantai, carabiner, dan grip – menambahkan gaya unik pada peranti.
- Boleh didapati untuk iPhone, Samsung, dan Google Pixel.
- Harga bermula dari RM179 hingga RM2,994.
PROMOSI RAMADAN – Raikan Ramadan Dengan CASETiFY
Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, CASETiFY mengadakan promosi eksklusif bagi peminat setia mereka. Dengan tema yang meraikan kesatuan, refleksi, dan keindahan bulan suci, promosi ini memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan koleksi menarik dengan tawaran istimewa.
- Tempoh promosi: 14 Mac 2025 (10 pagi) – 25 Mac 2025 (11 pagi).
- Diskaun 15% untuk pembelian 1 item, 20% untuk 2 item atau lebih.
- Gunakan kod promosi: Ramadan25.
APA KATA BUDIEY?
CASETiFY sekali lagi membuktikan bahawa mereka bukan sekadar jenama aksesori telefon biasa. Dengan penekanan pada teknologi perlindungan terkini, reka bentuk yang menarik, dan fungsionaliti yang praktikal, mereka berjaya menawarkan produk yang memenuhi keperluan pengguna moden.
Koleksi Mac 2025 ini jelas menunjukkan bagaimana gabungan inovasi dan estetika mampu mencipta pengalaman yang lebih baik untuk pemilik peranti pintar. Sama ada anda mahukan perlindungan tahap ketenteraan, casing bergaya untuk menonjolkan personaliti, atau aksesori tambahan untuk memudahkan pergerakan seharian, CASETiFY ada semuanya!
Bagi mereka yang mencari casing telefon yang tahan lasak, cantik, dan unik, koleksi terbaru dari CASETiFY pastinya sesuatu yang berbaloi untuk dimiliki. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama memiliki aksesori eksklusif ini!
Klik SINI untuk pembelian!