Apabila bercakap tentang peranti yang memudahkan kehidupan harian Budiey sebagai seorang penulis portal gaya hidup, ternyata Xiaomi Pad 7 kini menjadi pilihan terbaik. Ada sebab kenapa Budiey katakan Xiaomi Pad 7 adalah pilihan terbaik.
Sama ada anda seorang blogger, professional kreatif, atau sekadar mencari tablet untuk mengimbangkan kerja dan masa lapang, Xiaomi Pad 7 menawarkan kombinasi keupayaan kerja, permainan, dan hiburan yang sukar ditandingi dengan harga yang cukup murah!
Untuk informasi pembaca, Xiaomi Pad 7 merupakan tablet Android premium terbaru daripada Xiaomi yang menggantikan Xiaomi Pad 6 keluaran 2023. Model terbaru ini hadir dengan rekaan serba baharu, skrin yang dipertingkatkan, cip pemprosesan yang lebih pantas, serta versi terkini HyperOS 2. Dengan ciri-ciri yang ditawarkan, Xiaomi Pad 7 melangkaui jangkaan untuk sebuah tablet pertengahan harga.
Tablet ini bersaing dengan iPad asas dari segi harga, berdepan dengan iPad Air dalam aspek prestasi, dan bahkan menawarkan ciri yang hanya terdapat pada iPad Pro. Dengan aksesori berkualiti tinggi, Xiaomi Pad 7 berupaya menetapkan penanda aras baharu dalam pasaran tablet Android.
Pengalaman Pengguna Selepas Dua Minggu
Budiey telah menggunakan Xiaomi Pad 7 selama satu minggu untuk menonton kandungan media, menyunting gambar di Lightroom, serta menyelesaikan tugasan di Google Docs. Pengalaman keseluruhannya cukup lengkap, menjadikannya tablet paling mantap dalam lingkungan harga yang cukup berpatutan.
Xiaomi Pad 7 diumumkan pada Oktober tahun lalu tetapi hanya mula dipasarkan di luar China baru-baru ini, termasuk di India. Xiaomi turut menawarkan versi Pad 7 Pro untuk pasaran di Malaysia.
Sebelum Budiey ulas dengan lebih lanjut, apa kata kita ketahui spesifikasi peranti ini.
Spesifikasi Xiaomi Pad 7
- Body 251.2 x 173.4 x 6.18 mm, 500g; Bahagian depan kaca, rangka aluminium, belakang aluminium; Sokongan stylus (magnetik).
- Skrin: 11.2″ IPS LCD, 68 billion warna, 144Hz, HDR10, Dolby Vision, 800 nits, resolusi 2136×3200 piksel, nisbah 13.48:9, 345 ppi.
- Cip Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 7+ Gen 3 Mobile Platform (4nm): GPU: Qualcomm Adreno GPU
- Memori:8GB+128GB (UFS 3.1), 8GB+256GB (UFS 4.0)
- Sistem Operasi: Android 15, HyperOS 2.
- Kamera Belakang: 13 MP, f/2.2, (wide), 1/3.06″, 1.12µm, PDAF.
- Kamera Depan: 8 MP, f/2.28, (wide), 1/4.0″, 1.12µm.
- Rakaman Video: Kamera belakang: 4K@30fps, 1080p@30/60fps; Kamera depan: 1080p@30fps.
- Bateri: 8850mAh; Pengecasan pantas 45W, PD3.0, QC3+, 100% dalam 1 jam 20 minit.
- Sambungan: Wi-Fi 6e; Bluetooth 5.4, LHDC 5; Port inframerah.
- Ciri Lain: Penderia akselerometer, giroskop, jarak, kompas; Pembesar suara stereo (4 unit)
Unboxing: Apa yang Anda Dapat?
Kotak Xiaomi Pad 7 mengandungi tablet, pengecas pantas 45W, dan kabel pengecasan. Xiaomi mengekalkan pembungkusan yang standard, tanpa sebarang tambahan seperti stylus atau papan kekunci, yang perlu dibeli secara berasingan.
Gabungan AI & Teknologi Terkini untuk Pengalaman Terbaik
Xiaomi Pad 7 bukan sekadar tablet biasa – ia hadir dengan teknologi AI canggih yang menjadikannya alat serba boleh untuk produktiviti, seni digital, dan kerja kreatif. Dengan spesifikasi yang mantap serta HyperOS 2 berasaskan Android 15, tablet ini memperkenalkan ciri AI yang membantu pengguna dalam tugasan harian.
Pengalaman Produktiviti dengan AI: Lebih Pantas, Lebih Mudah
Xiaomi Pad 7 dilengkapi dengan Xiaomi HyperOS 2, menawarkan pelbagai ciri canggih untuk pengalaman pengguna yang lebih baik. Xiaomi HyperCore memastikan prestasi peranti yang lancar dan pantas, manakala Xiaomi HyperConnect menyediakan interkonektiviti merentas peranti dengan Cross-device interconnectivity (Kesalinghubungan Merentas Peranti) yang merangkumi Home screen+ 2.0 (Skrin Utama+ 2.0), Combined cameras (Kamera Gabungan), dan Call sync (Penyegerakan Panggilan). Selain itu, Cross-platform interconnectivity (Kesalinghubungan Merentas Platform) melalui Xiaomi Smart Hub dan Playback transfer (Pemindahan Main Balik) memudahkan peranti berfungsi bersama ekosistem Xiaomi. Xiaomi HyperAI² memperkenalkan keupayaan pintar seperti AI Writing (Penulisan AI), AI Speech Recognition (Pengecaman Pertuturan AI), AI Search (Carian AI), AI Interpreter (Penterjemah AI), AI Subtitles (Sari Kata AI), AI Calculator (Kalkulator AI), AI Art (Seni AI), dan AI Gesture Reactions (Reaksi Gerak Isyarat AI), menjadikan peranti ini lebih intuitif, responsif, dan berkuasa untuk pelbagai keperluan pengguna.
Antara yang menarik perhatian Budiey ialah, Xiaomi Pad 7 menawarkan pelbagai ciri AI untuk meningkatkan produktiviti:
- Circle to Search – Fungsi pintar ini masih belum tersedia namun ianya akan dapat diaplikasi pada masa depan. Untuk info pembaca, ia membolehkan pengguna membuat carian hanya dengan melingkari teks atau imej yang ada di skrin, tanpa perlu menaip di enjin carian. Ini menjadikannya lebih pantas untuk mendapatkan maklumat secara terus dalam apa jua aplikasi.
- AI Writing – Fungsi pintar ini masih belum tersedia namun ianya akan dapat diaplikasi pada masa depan. Sama ada menulis artikel, mencatat nota mesyuarat atau menyusun idea, Xiaomi Pad 7 boleh membantu dengan penulisan AI yang memberikan cadangan, melengkapkan ayat dan menjana teks berdasarkan arahan pengguna.
- AI Recorder – Merakam mesyuarat atau kelas kini lebih mudah kerana Xiaomi Pad 7 dilengkapi dengan AI Recorder, yang bukan sekadar merakam audio tetapi juga menyalin kandungan secara automatik, mengenal pasti pembicara dan meringkaskan poin utama dalam bentuk teks.
Seni Digital AI: Melukis & Menghasilkan Kandungan Kreatif
Bagi pengguna yang meminati seni digital dan produksi video, Xiaomi Pad 7 menyediakan Mi Canvas & AI Film, dua aplikasi inovatif yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan:
- Mi Canvas – Aplikasi seni digital ini membolehkan pengguna mencipta lukisan AI yang menakjubkan hanya dengan lakaran ringkas. AI akan melengkapkan dan menambah perincian untuk menghasilkan karya seni yang lebih realistik.
- AI Film – Ciri ini membolehkan pengguna menghasilkan filem pendek berasaskan AI, di mana sistem akan membantu dalam penyuntingan, pemilihan muzik, serta mengoptimumkan warna dan pencahayaan secara automatik.
Rekaan: Kemasan Moden
Xiaomi Pad 7 kelihatan mirip dengan Pad 6, tetapi dengan sedikit perubahan pada nisbah aspek yang dikemas kini. Bezel sekitar 7mm di sekeliling skrin memberikan rupa yang lebih seimbang.
Pada bahagian kanan tablet terdapat butang kawalan kelantangan serta bahagian khas untuk stylus, yang melekat secara magnetik dan dicas secara tanpa wayar.
Tablet ini juga mempunyai sistem pembesar suara quad dengan dua unit di setiap sisi, serta sokongan Dolby Atmos untuk pengalaman audio yang lebih imersif. Setelah penat bekerja, tiba masanya untuk bersantai. Xiaomi Pad 7 menawarkan pengalaman hiburan yang menakjubkan dengan sokongan sistem bunyi Dolby Atmos ini.
Ciri Skrin 144Hz Yang Memudahkan Kerja dan Melaksanakan Tugasan
Dalam dunia digital yang pantas, blogger seperti Budiey memerlukan peranti yang bukan sahaja serba boleh tetapi juga memberikan kemudahan maksimum untuk melaksanakan tugas. Xiaomi Pad 7 memenuhi keperluan ini dengan stylus yang berfungsi hebat, paparan skrin besar IPS LCD 11.2 inci, dan kemampuan multitasking yang mengagumkan.
Paparan skrin besar IPS LCD 11.2 inci memberikan ruang kerja yang luas dan visual yang jelas, menjadikan setiap tugasan lebih mudah dan menyeronokkan.
Paparan IPS LCD 11.2 inci dengan resolusi 3200 x 2136 cukup terang dan tajam, serta menyokong HDR10 dan Dolby Vision.
Skrin besar ini memberi kemudahan kepada Budiey dalam menyunting kandungan visual dengan lebih terperinci, sama ada gambar atau video, menggunakan aplikasi seperti Canva dan Lightroom.
Paparan resolusi tinggi serta warna yang jelas memastikan setiap hasil kerja tampak berkualiti. Selain itu, skrin yang luas juga memudahkan proses menyusun idea, membolehkan Budiey membuka papan inspirasi, dokumen, dan catatan secara serentak ketika merancang artikel baharu tanpa rasa sesak.
Prestasi: Snapdragon 7+ Gen 3, Multitasking Lancar
Tablet ini dikuasakan oleh Snapdragon 7+ Gen 3, yang memberikan prestasi pantas untuk kerja pejabat, hiburan, dan penyuntingan foto ringan. Dengan hingga 8GB RAM dan storan 256GB UFS 4.0, ia menyokong multitasking tanpa masalah.
Untuk info pembaca, peranti ini tiada sokongan 5G atau selular, menjadikannya terhad kepada penggunaan Wi-Fi sahaja.
Aksesori: Papan Kekunci dan Stylus yang Menarik
Xiaomi menawarkan Focus Keyboard dan Focus Pen sebagai aksesori tambahan. Focus Keyboard menyerupai Magic Keyboard Apple, dengan lampu latar dan trackpad, memberikan pengalaman menaip yang baik.
Focus Pen pula menawarkan 8192 tahap tekanan untuk pengalaman melukis dan menulis yang lebih responsif. Tetapi untuk pengalaman menulis lebih optimum, paparan nano-texture adalah pilihan lebih baik.
Terbukti dengan adanya papan Kekunci dan Stylus, Budiey dapat mengakses dan mengedit dokumen, gambar, dan video dengan cepat. Akses ini membolehkannya menyiapkan kandungan lebih awal, walaupun di lokasi acara yang sibuk.
Fokus untuk Menulis, Mesyuarat & Lukisan dengan Gaya Moden
Xiaomi Pad 7 bukan sekadar alat untuk hiburan, tetapi juga sesuai untuk mereka yang mahukan pengalaman bekerja yang lebih fokus dan produktif:
- Mod Fokus untuk Menulis – Dengan aksesori Focus Keyboard dan stylus Xiaomi, pengguna boleh menulis tanpa gangguan dalam mod bebas gangguan yang mengurangkan notifikasi serta mengoptimumkan susun atur skrin.
- Mesyuarat Tanpa Gangguan – Kamera 8MP ultra-wide serta AI noise cancellation memastikan kualiti panggilan video lebih jelas, menjadikan mesyuarat lebih produktif tanpa gangguan bunyi latar.
- Melukis dengan Stylus AI – Dengan Mi Canvas dan sokongan stylus bertekanan 8192 tahap, pengalaman melukis lebih responsif dan mesra artis digital. Skrin dengan refresh rate 144Hz menjadikan lukisan lebih lancar dan semula jadi.
Bateri Tahan Lama, Pengecasan Pantas 45W
Dengan kapasiti 8850mAh, Xiaomi Pad 7 mampu bertahan seharian dengan penggunaan biasa. Pengecasan pantas 45W membolehkan pengecasan penuh dalam 1 jam 20 minit.
Audio Yang Mengkagumkan
Xiaomi Pad 7 menawarkan pengalaman audio yang mengagumkan dengan sistem Quad Speakers, memberikan bunyi seimbang dan mendalam dari setiap sudut. Dengan sokongan Hi-Res dan Hi-Res Wireless Audio, tablet ini memastikan kualiti audio berkualiti tinggi, sama ada melalui pembesar suara atau fon telinga tanpa wayar. Teknologi Dolby Atmos pula meningkatkan pengalaman bunyi yang lebih realistik dan sinematik, manakala ciri 200% volume boost memastikan kelantangan bunyi yang luar biasa tanpa kehilangan kejelasan. Selain itu, Xiaomi Pad 7 juga dilengkapi dengan sistem kamera berkualiti yang membolehkan pengguna mengambil gambar dan video dengan lebih jelas dan terperinci.
Harga yang Berpatutan
Pada pendapat Budiey, harga yang ditawarkan untuk Xiaomi Pad 7 ini memang sangat berpatutan dan boleh dikatakan antara yang terbaik dalam kelasnya. Dengan spesifikasi yang mantap, harga RM1,299 untuk varian 8GB+128GB dan RM1,599 untuk 8GB+256GB sangat berbaloi, terutama bagi mereka yang mencari tablet premium dengan bajet sederhana. Tambahan pula, aksesori seperti Focus Keyboard (RM799) dan Xiaomi Focus Pen (RM399) memberikan nilai tambah yang menjadikan pengalaman penggunaan lebih produktif. Jika dibandingkan dengan jenama lain, Xiaomi jelas menawarkan pilihan yang lebih mesra poket tanpa mengorbankan kualiti.
Kesimpulan dari Budiey?
Xiaomi Pad 7 adalah tablet terbaik dalam kelas pertengahan, menggabungkan rekaan premium, skrin pantas, prestasi baik, dan aksesori menarik.
Jika anda mencari tablet untuk hiburan, kerja ringan, atau peranti sekunder, Xiaomi Pad 7 adalah pilihan terbaik dalam segmennya.
Xiaomi Pad 7 membuktikan bahawa tablet bukan sekadar alat untuk menonton video atau membaca eBook. Dengan teknologi AI yang canggih, ia menjadikan produktiviti dan kreativiti lebih mudah dan pantas. Sama ada anda seorang penulis, pereka grafik, atau individu yang kerap menghadiri mesyuarat, Xiaomi Pad 7 adalah pilihan yang lengkap, inovatif dan berbaloi dimiliki!
Dengan harga lebih rendah berbanding pesaing utama, Xiaomi Pad 7 boleh menjadi alternatif hebat kepada iPad, selagi anda boleh menerima kompromi tertentu.