“LARI SAYANG, LARI” mengisahkan sepasang kekasih, Hakimi, lakonan Alif Satar (One In A Million) dan Surina, lakonan Erin Malek (Bilut, Tentang Bulan, BS21, Congkak dan Senjakala) yang mempunyai status ekonomi yang berbeza. Hakimi terpaksa melarikan diri kerana disyaki membunuh Radzi, tunang Surina yang dijodohkan oleh keluarganya, dan pada masa yang sama, dia berusaha mencari siapa pembunuh Radzi yang sebenar, demi membersihkan namanya.
Yang paling menarik tentang telemovie aksi and suspen ala The Fugitive ini ialah ianya merupakan filem arahan Melayu pertama oleh Pengarah Jepun, Yasu Tanaka, pensyarah jemputan di FINAS dan Pengarah Fotografi, Kazuya Hayashi.
Sebelum menantikan tayangan perdana “LARI SAYANG, LARI” pada Oktober 23, 2011, jam 10pm di saluran Astro Prima, majlis tayangan prebiu telemovie ini yang akan dihadiri pelakon utama Alif Satar dan Pengarah Yasu Tanaka serta Penerbit Bea Tanaka akan diadakan di Cyberjaya.
Erin Malek
Alif Satar