in ,

Separuh Akhir One In A Million Cipta Sejarah, Raih 115,000 Undian Penonton

Siapa Bakal Dinobatkan Juara? Perjuangan Top 4 Menuju Pentas Akhir!

Minggu separuh akhir Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) benar-benar mencetus fenomena! Episod kali ini penuh dengan emosi, drama, dan kejutan yang tidak dijangka. Lima peserta terbaik bertarung habis-habisan demi mendapatkan tempat ke pentas akhir yang bakal berlangsung pada Ahad, 9 Februari 2025. Lebih mengejutkan, jumlah undian yang diterima mencecah 115,000 undian, menjadikan ini episod dengan undian tertinggi sepanjang musim! Tidak cukup dengan itu, CSOIAM juga terus menjadi trending di platform X selama tujuh minggu berturut-turut!

Persembahan Pembukaan Yang Mengejutkan!

Pentas separuh akhir bermula dengan comeback paling epik yang membuatkan semua penonton di studio ternganga! Kumpulan Search bersama Amy menggegarkan pentas dengan persembahan yang penuh aura dan nostalgia. Sorakan tidak berhenti, dan kehebatan mereka menjadikan detik ini sebagai momen paling bersejarah dalam CSOIAM! Inilah yang menjadikan rancangan ini benar-benar satu dalam sejuta!

Separuh Akhir One In A Million Cipta Sejarah, Raih 115,000 Undian Penonton

Persembahan Peserta: Antara Pujian Dan Kritikan!

Minggu ini menyaksikan setiap peserta membawa persembahan yang cukup luar biasa. Mariam membuka pentas dengan lagu penuh emosi, “Di Pintu Syurga”, sebagai penghormatan kepada arwah bapanya. Malah, Ziana Zain memuji dengan berkata, “Bila u berdiri tu, kita dah tahu ini Mariam. That is your identity!”

Jimi memilih lagu cabaran besar, “Sedetik Lebih”, dan menerima pujian dari Cakra Khan, “Lagu ini luar biasa sulit, tapi you did great!” Manakala Shila Amzah pula kagum dengan keberanian Jimi membawakan lagu tersebut.

Marygrace tampil dengan lagu “Satu Harapan”, memperlihatkan peningkatan luar biasa dari minggu lalu. Namun, komen daripada Ziana Zain yang mengatakan “Suara you memang bagus, tapi ada sesuatu yang missing” sedikit mencetus perdebatan antara juri.

Kai Deva terus menggegarkan pentas dengan lagu “Srikandi Cintaku”! Sorakan penonton membuktikan kehebatannya, dan Shila Amzah menyatakan, “You buat lagu ni macam milik you sendiri!”

Zazleen pula membawakan lagu “Sehati Sejiwa”, tetapi menerima teguran daripada Dato’ Yusry bahawa persembahannya perlukan dinamik yang lebih berkembang secara beransur-ansur.

Kejutan Bottom 2 Dan Penyingkiran Emosi!

Detik paling mendebarkan tiba apabila tiga peserta pertama diumumkan sebagai finalis: Kai Deva, Marygrace, dan Zazleen! Namun, drama belum berakhir. Jimi dan Mariam terpaksa berentap dalam pusingan penentuan bagi merebut tiket terakhir ke finale. Jimi mempertaruhkan “Rahsia Tuhan”, manakala Mariam memilih “Jagalah Diri”.

Debaran semakin terasa apabila Dato’ Yusry menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan ini, “You guys don’t deserve to be in the Bottom 2!” Akhirnya, selepas perbincangan sengit, Jimi berjaya melangkah ke finale! Manakala Mariam tersingkir, tetapi sebagai penghargaan, Calpis Soda One In A Million menghadiahkannya RM10,000 atas usaha luar biasanya sepanjang pertandingan!

Menuju Finale: Siapa Bakal Dinobatkan Juara?

Kini, CSOIAM bakal melabuhkan tirainya dengan episod kemuncak paling epik! Empat finalis terbaik iaitu Kai Deva, Marygrace, Zazleen, dan Jimi bersedia untuk berentap dalam Malam Paling Fizz pada Ahad, 9 Februari 2025. Selain persembahan solo dengan single terbaru, mereka juga akan bersatu dalam sebuah lagu kumpulan berjudul “Sejuta Kenangan”, sebagai simbol perjalanan luar biasa mereka dalam CSOIAM.

Berikut adalah lagu yang bakal dibawakan oleh para finalis:

  • Kai Deva, Marygrace, Jimi & ZazleenSejuta Kenangan
  • MarygraceTitik Mula
  • Kai DevaMengejar Bintang
  • JimiTetap Berharap
  • ZazleenMerah
Separuh Akhir One In A Million Cipta Sejarah, Raih 115,000 Undian Penonton
Kai Deva, Marygrace, Jimi & Zazleen – Sejuta Kenangan
Separuh Akhir One In A Million Cipta Sejarah, Raih 115,000 Undian Penonton
Jimi – Tetap Berharap
Separuh Akhir One In A Million Cipta Sejarah, Raih 115,000 Undian Penonton
Kai DevaMengejar Bintang
Separuh Akhir One In A Million Cipta Sejarah, Raih 115,000 Undian Penonton

Undian Dibuka: Siapa Pilihan Anda?

Cabaran semakin sengit, dan kini penonton memainkan peranan besar dalam menentukan juara CSOIAM! Keputusan akhir akan ditentukan melalui 40% undian penonton dan 60% markah juri. Jangan lepaskan peluang untuk mengundi dan jadikan peserta kegemaran anda sebagai juara!

Apa Kata Budiey?

CSOIAM musim ini membuktikan bahawa industri hiburan Malaysia semakin berkembang dengan bakat-bakat luar biasa yang mampu memberikan impak besar dalam industri muzik tanah air. Kejayaan rancangan ini bukan sahaja kerana bakat peserta, tetapi juga kerana kesetiaan dan semangat peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan.

Siapakah yang bakal bergelar juara Calpis Soda One In A Million? Adakah Kai Deva dengan keunikan suaranya? Marygrace dengan persembahan emosinya? Jimi dengan vokal bertenaga? Atau Zazleen yang mempunyai aura tersendiri?

Sama-sama kita nantikan detik bersejarah ini pada Ahad, 9 Februari 2025, hanya di TV3! Jangan lupa untuk terus mengundi dan menyokong finalis kegemaran anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Taktik Pelacur Lorong Haji Taib Masa Dulu Curi Duit Pelanggan, Licik & Bijak