Pelbagai ragam dapat dilihat apabila aktiviti seperti `Mencari Harta Karun’ dijalankan. Begitulah yang terjadi apabila stesen TV hip di Malaysia 8TV buat pertama kalinya menjayakan aktiviti yang berjaya menarik minat pelbagai bangsa, untuk menyertai ‘Go Green-eco-friendly 8TV FUN HUNT’ dalam usaha untuk menjaga alam sekitar di samping mengutamakan konsep kitar semula. 8TV FUN HUNT telah diadakan pada 1 Oktober 2011 yang lalu, bertujuan mendekatkan selebriti, media dan orang ramai untuk bersama-sama menjayakan aktiviti menarik ini disamping memberi kesedaran tentang kepentingan alam sekitar dalam kehidupan seharian.
8TV FUN HUNT mempunyai konsep yang lebih kurang sama seperti ‘Mencari Harta Karun’ juga telah diolah menjadi lebih menarik kerana terdapat pelbagai elemen yang mengelirukan dan mencabar minda seperti kebolehan untuk merungkai teka teki, mencari artikel, lokasi dan tempat yang tersorok dan juga cabaran-cabaran yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental. Perbezaan di antara 8TV FUN HUNT ini dengan aktiviti mencari harta karun lain ialah keseronokkan dalam setiap cabaran yang dihadapi peserta-peserta yang terlibat!
Aktiviti yang bermula dengan sessi pendaftaran pada jam 6.00pagi, diikuti dengan sessi taklimat dari pihak pengurusan dan Jabatan Keselamatan Negeri. Seterusnya tepat jam 9.00pagi sebanyak 60 buah kereta yang siap dihias cantik dilepaskan dari perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama. Antara senarai aktiviti menarik yang telah disusun dan menguji tahap kesedaran peserta tentang alam sekitar seperti ‘Bin There, Dump That!’, ‘Can it!’ dan ‘the Environ-mental Challenge!’.
Bayaran pendaftaran sejumlah RM25.00 dikenakan kepada setiap peserta yang telah menyertai aktiviti ini dan sebanyak RM5000.00 telah berjaya dikutip dan disumbangkan kepada Zoo Negara Malaysia. Malaysian Zoological Society iaitu sebuah badan bukan kerajaan juga merupakan sebuah organisasi yang menjaga kebajikan Zoo Negara Malaysia yang kini berusia 48 tahun dan merupakan zoo pertama di Malaysia.
Dengan bertemakan angka ‘8’ iaitu selari dengan sambutan ulang tahun ke-lapan yang akan disambut pada tahun hadapan 2012, 8TV telah menyediakan pelbagai hadiah termasuk wang tunai sebanyak RM1,888.00 bagi pemenang tempat pertama, tempat kedua dengan RM888.00 dan pemenang tempat ketiga mendapat wang tunai sebanyak RM488.00.
Untuk pemenang tempat pertama iaitu kumpulan Josy and the Puddy-tats, selain dari hadiah wang tunai, mereka juga menerima baucer RM200.00 sumbangan BHPetrol, baucer karaoke bernilai RM500.00 dari Facekara dan juga sebuah kerusi urut bernilai RM7,500.00 sumbangan 1Borneo Mall, sementara tempat kedua yang telah dimenangi oleh kumpulan Big Bang pula, juga membawa pulang wang tunai, baucer RM200.00 sumbangan BHPetrol dan sebuah TV Plasma Sony 42’, dan tempat ketiga menerima wang tunai dan baucer bernilai RM200.00 sumbangan BHPetrol yang telah dimenangi oleh kumpulan Bukan Team Cilok.
Selain itu, peserta-peserta juga telah diberikan hadiah-hadiah menarik seperti vaucer bernilai RM200.00 sumbangan BHPetrol, baucer RM500.00 sumbangan Facekara, Pakej Percutian dari Golden Escapade Club dan dua kad PLUS Touch and Go bernilai RM100.00 setiap satu bagi 8 kategori lain yang telah dianjurkan oleh 8TV seperti ‘best decorated car’, ‘most creative group name’, ‘earliest team to register’, ‘fastest team’, ‘slowest team’, ‘most stylish team’, ‘best mascot’ and ‘who knows 8tv best’. Lebih menarik lagi apabila peserta juga menerima pelbagai hadiah-hadiah lain dalam acara cabutan bertuah.
“Di samping menjalani aktiviti menarik dan penuh keseronokkan ini, 8TV FUN HUNT ini juga telah menjadi batu locatan kepada aktiviti-aktiviti lain kerana telah memberi kesedaran kepada semua pihak yang terlibat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan peranan kita sebagai manusia untuk mengekalkan alam sekitar yang bersih dari pencemaran” kata Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7 Cik Airin Zainul.