Pertukaran Waktu Siri Inggeris Popular Hawaii 5 0 dan Blue Blood Mulai 4 Oktober Ini
Bermula pada 4 Oktober ini, setiap Selasa, dua siri Inggeris popular disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Hawaii 5 O dan siri penyiasatan Blue Blood yang menemui penonton setia TV2 bakal ditukar waktu siarannya dalam memberikan peluang kepada lebih ramai lagi penonton tidak ketinggalan menyaksikannya setiap minggu.
Kedua-duanya bakal disiarkan setiap Selasa secara berturut-turut bermula dengan tayangan Hawaii 5 O disiarkan jam 10.00 malam berbanding sebelum ini disiarkan setiap Sabtu, jam 9.00 malam. Kemudiannya menyusul pula siri penyiasatan Blue Blood menemui penonton jam 11.00 malam.
Penonton dapat menyaksikan kesinambungan Hawaii Five-O menerusi episod-episod seterusnya yang sarat dengan unsur-unsur penyiasatan penuh mendebarkan dalam cubaan menyiasat dan menyesaikan jenayah yang timbul dalam setiap siri yang ada.
Hawaii Five-O pernah ditayangkan sekitar bulan September 1968 hingga April 1980 ini salah satu siri terpanjang polis yang disiarkan secara berterusan dalam sejarah televisyen AS. Daya tarikan lain adalah plot menarik dan urutan judul dan tema muzik sepanjang episod siarannya. Keaslian terserlah kerana penggambarannya menggunakan banyak penduduk Pulau tempatan sebagai watak undangan dalam menjayakan setiap siri ini.
Watak Jack Lord sebagai Steve McGarrett, Ketua Polis Elit yang menyiasat tentang jenayah terancang, pembunuhan, cubaan membunuh, ejen-ejen asing dan pelbagai lagi jenis jenayah. Kemunculan pelakon popular lain seperti James MacArthur yang bertindak sebagai watak pembantu di samping pelakon tempatan seperti Kam Fong, Zulu, Al Harrington dan Herman Wedemeyer. Kesemua mereka melakonkan watak sebagai ahli pasukan Five-O.
Siri ini terkenal dengan para pelakon undangan yang muncul dalam episod termasuk Helen Hayes, Ricardo Montalban, Leslie Nielsen, Herbert Lom, Hume Cronyn dan ramai lagi. Antara lain McGarrett menjiwai watak sebagai musuh dan kumpulan Wo Fat – agen Merah China yang bertanggung jawab atas seluruh Teater Asia Pasifik yang dijayakan wataknya oleh Khigh Diegh.
Siri Blue Blood pula menampilkan aksi-aksi lakonan hebat Demarcus King Flex Alexander, Ronald Banse Richard Waugh, Nicky Marlene Renee Lawston, Sydney Davenport Dylan Moore dan Jack Reagn Tony Terranciano, Blue Blood adalah sebuah drama tentang keluarga pelbagai generasi daripada polis yang berdedikasi kepada penguatkuasaan undang-undang di New York City. Frank Reagan adalah Pesuruhjaya Polis New York dan ketua kepada kedua-dua pasukan polis dan termasuk pasukan yang diketuai dirinya sendiri.
Beliau menjalankan tugas di jabatan sebagai diplomatik sebagaimana yang telah di pikul ahli keluarganya terdahulu malah apabila berurusan dengan politik yang melanda bapanya bernama Henry, semasa berkhidmat sebagai Pesuruhjaya.
Satu sumber kebanggaan dan pada masa sama kebimbangan untuk Frank apabila anak sulungnya, Danny, seorang detektif berpengalaman, kebanggaan keluarga dan doktor haiwan Perang Iraq yang pada ketika itu seringkali menggunakan taktik yang diragui untuk menyelesaikan kes.
Wanita tunggal dalam keluarga Reagan iaitu Erin pula memikul tugas menjadi pembantu selain pada masa sama berfungsi sebagai penasihat undang-undang untuk adik-adiknya dan bapanya. Manakala Jamie yang paling bongsu dalam keluarga Reagan adalah seorang lepasan Harvard Undang-undang dan ‘anak emas’ dalam keluarga.
Walau bagaimanapun Jamie tidak dapat menafikan tradisi dalam keluarga di mana Jamie kemudiannya setelah berfikir panjang memutuskan untuk melepaskan masa depan yang menguntungkan dalam undang-undang semata-mata mahu menyambung tradisi menjadi seorang anggota polis.
Pelbagai adegan mendebarkan dan diselang-selikan dengan babak-babak konflik kekeluargaan mengisi drama bersiri Inggeris arahan Michael Cuesta ini sepanjang 22 episod siarannya yang boleh diikuti penonton yang gemarkan drama bercorak kepolisian ini.
Usah ketinggalan menyaksikan dua siri penyiasatan hebat ini setiap Selasa hanya di TV2.