Bila bercakap tentang “Den of Thieves 2: Pantera”, Budiey rasa perlu throwback sikit ke filem pertamanya. Ramai yang kata ia versi “budget” filem epik “Heat” arahan Michael Mann. Meskipun begitu, bagi Budiey, filem pertama tetap menghiburkan, terutamanya lakonan Gerard Butler sebagai “Big Nick” O’Brien yang penuh kejantanan dan kelakarserta agak macho kasar. Kini, selepas enam tahun, sekuel ini muncul dan membawa penonton ke dunia rompakan bertaraf global yang lebih dramatik.
Budiey nak ucapkan terima kasih kepada penganjur Mega Films Distribution Sdn Bhd yang sudi menjemput ke majlis tayangan ini. Lokasi tayangan kali ini di GSC MyTown Kuala Lumpur yang sangat selesa, sistem bunyi pula cukup mengagumkan, skrin yang cukup luas semesta—memang immersive! Budiey rasa berbaloi habiskan hampir dua jam setengah menikmati filem aksi sebegini.
Plot: Dari L.A. ke Antwerp, Aksi Dunia yang Lebih Luas
Kali ini, “Big Nick” O’Brien yang berdepan kesukaran hidup selepas berhenti dari unit polis akibat peristiwa lalu, menjejaki Donnie Wilson hingga ke Antwerp, Belgium. Donnie, mastermind rompakan yang berjaya lolos dalam filem pertama, kini merancang satu misi berani—merompak pusat berlian terbesar dunia. Bagi Budiey, perubahan lokasi ini memberi nafas baru dengan latar Eropah yang penuh gaya dan aksi berprofil tinggi.
Dinamik ‘Bromance’ Nick dan Donnie: Chemistry yang Menghidupkan Filem
Kalau filem pertama banyak fokus pada musuh seteru, kali ini hubungan Nick dan Donnie lebih kepada ‘buddy cop movie’. Mereka bagaikan Riggs dan Murtaugh dalam “Lethal Weapon” versi kontemporari.
Lakonan Butler dan O’Shea Jackson Jr. sangat meyakinkan—gabungan sisi maskulin dan momen kelakar yang membuatkan Budiey tak henti tersenyum dan kekadang gelak pun ada sebab ada sisi komedi dalam filem kali ini. Bila mereka bertukar cerita di gerai shawarma selepas misi berbahaya, rasa macam tengok kawan lama berbual pasal hidup sambil makan lewat malam.
Adegan Aksi yang Memukau: Rompakan Berlian Berbaloi Tonton
Filem ini bukan sekadar aksi kosong. Rompakan utama yang berlaku di Antwerp penuh debaran dan terancang rapi. Bila adegan itu berlangsung, Budiey rasa macam main permainan “red-light-green-light” yang penuh ketegangan. Ditambah pula dengan adegan kejar-mengejar kereta yang mendebarkan—memang cukup rasa. Setiap detik diperincikan dengan sinematografi yang kemas dan lakonan intens yang membuatkan Budiey terus terpaku.
Isu dan Kekurangan: Watak Sampingan Kurang Menyerlah
Walaupun Nick dan Donnie bersinar sebagai duo utama, watak-watak sampingan lain agak kurang meninggalkan impak. Kumpulan mafia Serbia dan Itali yang muncul dalam cerita terasa seperti klise antagonis Eropah tanpa latar belakang yang kukuh. Ada juga momen yang rasa agak meleret, terutamanya babak di kelab malam dan dialog introspektif yang panjang.
Aksi dengan Jiwa dan Humor Macho
Apa yang membuat “Den of Thieves 2: Pantera” unik ialah keseimbangan antara aksi kejam dan humor maskulin. Butler sebagai “Big Nick” masih dengan gaya kasarnya, tetapi kali ini lebih terkawal dan matang. Dialog spontan yang penuh sindiran menjadikan filem ini menyeronokkan. Babak Nick belajar sebutan ‘croissant’ dan berdepan ejekan polis tempatan—ini antara momen yang mencuit hati.
Kesimpulan: Pengalaman Filem Heist dengan Sentuhan Emosi
“Den of Thieves 2: Pantera” mungkin tidak sempurna, tetapi Budiey rasa ia masih sebuah filem aksi rompakan yang menghiburkan dengan kombinasi heist penuh debaran dan kisah persahabatan yang unik. Walaupun durasi hampir 2 jam 24 minit agak panjang, pacing yang baik membuatkan masa terasa cepat berlalu. Jika anda peminat filem aksi ‘old-school’ dengan bromance yang utuh, filem ini wajib masuk dalam senarai tontonan hujung minggu anda.
Filem ini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 10 Januari 2025.
Jadi, walaupun ada kekurangan, Budiey masih rasa puas hati. Filem ini mengingatkan Budiey bahawa dalam dunia rompakan yang penuh pengkhianatan, ikatan persahabatan sejati boleh jadi harta yang paling berharga. Gitu!