Sarah Ismail, yang bertanggungjawab sebagai guru vokal, tidak berselindung menyuarakan rasa bimbangnya. Menurut Sarah, kebanyakan peserta merupakan penyanyi berbakat dalam genre ballad, tetapi kali ini mereka perlu menyesuaikan diri dengan lagu-lagu catchy dan pantas yang bukan kekuatan mereka.
“Mereka ini hebat dalam ballad, tapi kali ini mereka diuji dengan genre yang bukan kebiasaan mereka. Ada yang dapat lagu yang langsung mereka tak kenal! Walaupun latihan nampak sempurna, persembahan langsung tidak seperti yang saya harapkan,” jelas Sarah dengan penuh tegas.
Persepsi Berbeza Penonton dan Hakikat Sebenar
Sarah turut mengingatkan peminat agar tidak meletakkan ekspektasi terlalu tinggi terhadap peserta hanya kerana mereka berbakat besar. Bagi Sarah, menjadi penyanyi yang hebat tidak hanya bergantung kepada suara sahaja, tetapi juga penguasaan pentas yang merangkumi elemen persembahan lengkap termasuk tarian.
“Ramai berfikir kalau penyanyi berbakat diberi lagu apa sahaja, pasti boleh sampaikan dengan baik. Namun, realitinya jauh berbeza. Mereka juga perlu berlatih keras, terutamanya untuk menari sambil menyanyi. Semua ini pengalaman baharu buat mereka, dan saya bertanggungjawab mendidik mereka sebaik mungkin,” ujar Sarah dengan nada penuh komitmen.
Rezza Shah: Teguran Keras Demi Kebangkitan
Minggu ini juga menyaksikan detik tegang apabila Sarah memberi teguran tegas kepada Rezza Shah di hadapan semua peserta. “Masa di top 20, kami semua berjuang untuk pastikan awak layak. Tapi sekarang, nampak macam awak tak bersungguh-sungguh.” Teguran itu tercetus apabila Rezza dilaporkan datang lambat, tidak menghadiri sesi pemanasan suara dan terlupa membawa peralatan penting ke kelas.
Namun begitu, selepas teguran tersebut, Rezza menunjukkan peningkatan yang ketara. Sarah mengakui kadangkala pendekatan tegas diperlukan untuk memberi kesedaran. “Disiplin adalah perkara nombor satu kalau mahu bergelar penyanyi bertaraf ‘One in a Million’. Saya tak mahu peserta rasa selesa terlalu awal,” tambahnya.
Komen Juri: Perspektif Baharu yang Berharga
Sarah Ismail turut menyanjung tinggi pandangan juri profesional yang memberikan perspektif segar dalam memperbaiki prestasi peserta. “Ada perkara yang saya terlepas pandang semasa sesi latihan, dan komen juri membantu saya melihat aspek lain yang boleh diperbaiki,” katanya.
Antara peserta yang mendapat pujian juri termasuk Mariam dan Marygrace. Menurut Datuk Yusry, persembahan mereka bebas daripada sebarang masalah teknikal. Malah, Ernie Zakri menggelar Mariam sebagai ‘intellectual singer’ kerana kebolehannya mempersembahkan sesuatu yang unik setiap kali berada di atas pentas.
Minggu Keempat: Cabaran Sinergi Muzik Menanti!
Sarah turut memberi gambaran awal bahawa minggu keempat bakal menjadi ujian getir buat semua peserta. Tema ‘Sinergi Muzik’ mengkehendaki mereka menyanyikan lagu gabungan yang memerlukan pemahaman struktur muzik yang mendalam. “Lagu-lagu ini mesti serasi dan harmoni. Mereka perlu memahami bagaimana untuk mencipta keserasian agar persembahan mereka bermakna,” jelasnya lagi.
Sarah turut menyebut nama beberapa peserta yang diramalkan bakal berdepan cabaran besar untuk mengekalkan keserasian vokal dan persembahan. Antaranya ialah Kai Deva, Rezza, dan Zazzleen yang perlu bekerja keras memastikan persembahan mereka tidak goyah.
Debaran Meningkat: Siapakah yang Akan Mara?
Minggu keempat menjanjikan persaingan sengit apabila lapan peserta berbakat terus berentap untuk merebut tempat ke pusingan seterusnya. Nama-nama besar seperti Rezza Shah, Mariam, Alya Mardien, Kai Deva, Zazzleen, Marygrace, Jimi, dan Eylia Guntabid pasti akan memberikan persembahan penuh emosi dan tenaga!
Jangan lupa untuk mengundi peserta kegemaran anda kerana undian penonton menyumbang 40% daripada keputusan keseluruhan, manakala 60% lagi ditentukan oleh juri profesional.
Nikmati Pengalaman Menonton Secara Langsung dan Peluang Memenangi Hadiah Lumayan!
Saksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di TV3 atau strim dalam HD menerusi Tonton. Peminat berpeluang memenangi hadiah eksklusif berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 untuk penonton bertuah!
Selain itu, jangan ketinggalan menonton Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal yang disiarkan pada setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Program ini membawa penonton melihat sisi lain kehidupan peserta dan momen di sebalik tabir.
Ikuti perkembangan terkini dan sorotan menarik melalui media sosial rasmi @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk turut serta dalam fenomena hebat ini.
Apa Kata Budiey?
Minggu keempat pastinya menjadi ujian terbesar buat para peserta untuk membuktikan mereka mampu tampil serasi dan menguasai pentas sepenuhnya. Cabaran Sinergi Muzik bukan sahaja menguji vokal, malah keserasian dan kreativiti mereka. Adakah Rezza mampu bangkit selepas teguran keras? Mampukah Kai Deva dan Zazzleen memperbaiki kelemahan mereka? Segalanya bakal terjawab Ahad ini! Apa pun, ini masanya untuk kita semua terus memberi sokongan penuh kepada bakat-bakat hebat ini dan merasai debaran perjuangan mereka dari minggu ke minggu!