in ,

Konsert Dato’ Siti Nurhaliza Akhir Tahun Ini?

Dato’ Siti Nurhaliza sekarang ini sedang menunggu lampu hijau dari penaja untuk mengadakan konsert besar-besaran. Dijangka konsert itu akan diwar-warkan selepas hari raya nanti. Samada diadakan atau tidak, segalanya bergantung kepada penajaan.

Pada 21 Ogos ini, genaplah usia dua tahun perkahwinan Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid. Satu majlis untuk sambutan anniversari perkahwinan mereka akan diadakan. Sebelum itu, Siti khabarnya akan mengerjakan umrah selama lebih seminggu mulai awal bulan puasa ini bersama suami dan ibu mertuanya.

Penyanyi popular ini sedang merancang untuk merakam album terbarunya. Setakat ini, Siti sedang berbincang dengan pemuzik tentang bila dia akan memulakan rakaman.

Pada akhir tahun ini, Siti bakal tampil dengan album Melayu Kontemporari dengan komposer pilihan yang diinspirasikan melalui Kem Cipta Ekspress anjuran MACP pada Januari lalu. Selain M. Nasir, antara komposer yang bekerjasama untuk album ini adalah Zubir Ali, Adnan Abu Hassan, S. Atan, Pak Ngah dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Asha Latha, Mawi SERIKAN SIARAN LANGSUNG SENANDUNG MUHIBAH RTM/RTB

Filem Malaysia’s Sweetheart: Apa Ada Di Nollywood?