Demi melahirkan tenaga pakar dalam industri, YEG Academy telah melancarkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Haji Umrah pada Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Innovatif di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.
YEG Academy kini dengan penuh semangat mengumumkan pelancaran Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Haji dan Umrah yang dinanti-nantikan, bertepatan dengan kempen Melahirkan Tenaga Pakar Profesional Industri Haji Umrah 2025. Majlis bersejarah ini berlangsung pada 15 Disember 2024 dan mencatatkan detik penting dalam dunia pendidikan tinggi di Malaysia.
Program Ijazah Pengurusan Haji dan Umrah YEG Academy: Peluang Baharu untuk Generasi Muda
Kenapa Program Ini Penting?
Industri Haji dan Umrah bukan sahaja berkembang pesat di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa. Namun begitu, masalah utama yang dihadapi adalah kekurangan tenaga profesional dalam aspek pengurusan dan operasi syarikat berkaitan. Walaupun terdapat lebih 1,600 syarikat pelancongan di Malaysia, kebanyakannya masih bergelut mencari pekerja mahir yang benar-benar faham selok-belok industri ini.
Dengan program ijazah ini, YEG Academy berharap untuk:
- Melahirkan graduan profesional yang bersedia untuk menyumbang kepada industri.
- Memberi penekanan terhadap modul teori dan praktikal yang menyeluruh.
- Memberi peluang latihan industri terus di Mekah dan Madinah, pengalaman yang pastinya tidak ternilai buat pelajar.
Tokoh Profesional dalam Program Ini
Program ini turut melibatkan beberapa individu berpengaruh dan berpengalaman dalam industri:
- Pn Hajah Ida (CEO Andalusia Travel) sebagai Profesor Adjung.
- En Jainal B. Ismail (CEO Transport FGV Global) turut menyumbang kepakaran sebagai Profesor Adjung.
- Prof Dr. Syeikh Umar Al Khalash pula bertindak sebagai Professor Penuh dalam bidang akidah dan sahsiah.
Dengan sokongan tokoh-tokoh ini, pelajar akan mendapat akses kepada rangkaian pengetahuan, pengalaman profesional, dan jaringan industri yang luas.
Menurut Pengarah Pengurusan YEG Academy, Hasan Ithnin, industri Haji & Umrah dunia kekurangan tenaga kerja profesional dalam bahagian pengurus atau operasi sesebuah syarikat pengurusan haji dan umrah bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga luar negara.
“Fakulti Pengajian Antarabangsa adalah salah satu usahasama yang diwujudkan antara YEG Academy dan Kolej Antarabangsa Inovatif untuk menubuhkan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah.
“Selepas lima tahun, kami melihat terdapat permintaan yang tinggi untuk pekerjaan di peringkat pengurusan. Sebab itu kami melancarkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Haji Umrah sempena dengan kempen Melahirkan Tenaga Pakar Profesional Industri Haji Umrah 2025.
“Pihak kami mensasarkan 1,000 orang pelajar lepasan SPM bermula dengan diploma, ijazah sarjana muda dan kami sedang merangka untuk program ijazah sarjana (master) pada masa depan. Impian kami adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan haji umrah yang menjadi rujukan bukan saja Malaysia tetapi seluruh dunia,†kata Hasan.
Peluang Menarik Buat Lepasan SPM
YEG Academy memahami bahawa 80% lepasan SPM kini kurang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Oleh itu, program ini dirangka dalam format hybrid, yang menggabungkan pembelajaran teori dan praktikal. Ini membolehkan pelajar memahami industri secara mendalam sambil menyediakan mereka untuk situasi sebenar di lapangan.
“Kami yakin program ini akan memberikan impak positif bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada industri secara keseluruhannya. Ini adalah langkah penting untuk memastikan kita mempunyai tenaga kerja mahir yang boleh bersaing di peringkat global,†ujar wakil YEG Academy.
Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY): Asas Kukuh untuk Karier Anda
Program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) pula telah berjaya melahirkan ramai graduan cemerlang. Dengan modul yang inovatif dan relevan, program ini menjadi pilihan ideal buat mereka yang ingin memulakan karier dalam industri ini.
PU Amin selaku Pensyarah Kanan, Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, berkata, penting untuk intitusi pendidikan melahirkan tenaga pakar dalam sesuatu bidang terutama berkaitan agama.
“Ramai orang yang tiada kelayakan mengeluarkan fatwa mereka sendiri mengenai ibadah haji umrah. Dalam bidang agama memang diperlukan pengkhususan supaya apabila mereka keluar nanti akan menjadi pakar dalam bidang tertentu seperti haji umrah,†tutur PU Amin yang menjelaskan program di bawah YEG Academy turut mendapat sokongan pemain industri haji umrah.
Menariknya, seorang pelajar yang sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Haji Umrah, Haji Muhammad Syakir Alif Che Razali, 21, telah membuka syarikat sendiri dan memegang jawatan sebagai Ketua Pengawai Operasi Hijrah Alliance Travel Sdn. Bhd.
Bermula dengan program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, pelajar berasal dari Kelantan itu membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi sambil bekerja.
“Saya rasa dengan jawatan yang saya galas, ilmu peringkat diploma tidak mencukupi. Saya telah tamat satu semester program ijazah sarjana muda dan dapat rasa perbezaannya ditambah dengan pengalaman bekerja.
“Memang berbaloi untuk saya sambung belajar kerana menguruskan sebuah syarikat dan jemaah bukanlah mudah. Saya perlu ada ilmu untuk mengembangkan syarikat†ujar Syakir yang membuka syarikat tersebut bersama dua rakan kongsi yang juga pelajar YEG Academy.
Antara keistimewaan DHUMY:
- Modul yang direka khas oleh tenaga pengajar profesional dan berpengalaman.
- Peluang menjalani latihan industri di Mekah dan Madinah.
- Kerjasama strategik dengan agensi pelancongan Islamik seperti Yiros Tours, Simply Umrah, dan Mimm Travel & Tours.
Para pelajar juga diberi pendedahan praktikal, termasuk latihan seperti ibadah tawaf, pemakaian ihram, dan aspek teknikal lain. Ini memastikan mereka benar-benar memahami tuntutan industri dan bersedia untuk menyumbang selepas tamat pengajian.
Komitmen YEG Academy dalam Pendidikan Berkualiti
Sejak ditubuhkan pada tahun 2018, YEG Academy komited membantu golongan M40 dan B40 melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Swasta berkualiti. Fakulti Pengajian Antarabangsa, hasil kerjasama dengan Kolej Antarabangsa Inovatif, menjadi platform utama dalam menyediakan program seperti Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Haji dan Umrah.
Setakat ini, fakulti ini telah:
- Melahirkan lebih 354 graduan.
- Menarik lebih 841 pelajar untuk menyertai program ini.
Selain itu, fakulti ini mempunyai barisan tenaga pengajar yang berkaliber termasuk individu terkenal seperti PU Amin, PU Riz, dan Sheikh Dr. Omar Muhammad Kalash.
Apa Kelebihan Program Ini?
- Latihan praktikal di Mekah dan Madinah.
- Modul yang selari dengan tuntutan industri moden.
- Sokongan daripada tokoh industri dan tenaga pengajar profesional.
- Potensi kerjaya luas dalam industri Haji dan Umrah yang semakin berkembang.
Apa Kata Budiey?
Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Haji dan Umrah anjuran YEG Academy adalah satu inisiatif yang sangat dinantikan dan amat relevan dengan keperluan industri semasa. Dengan gabungan latihan teori dan praktikal, program ini membuka peluang besar kepada generasi muda yang ingin menceburi bidang profesional dan berprestij.
Bagi lepasan SPM atau mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang yang menawarkan potensi kerjaya tinggi, program ini sememangnya pilihan yang berbaloi. Inilah masanya untuk mengambil langkah pertama ke arah menjadi tenaga kerja mahir yang berdaya saing dalam pengurusan Haji dan Umrah.