RAUDHAH DI HATIKU:
Inisiatif TV9 Untuk Memperkenalkan Masjid Sebagai Hab Komuniti
Bila kita bercakap tentang masjid, ia seringkali dikaitkan dengan tempat paling afdal untuk bersolat tetapi tahukah anda ia mempunyai peranan yang lebih luas? Masjid juga merupakan pusat untuk mengadakan pelbagai aktiviti bermanfaat dari segi dakwah, kebudayaan, kebajikan, penyebaran ilmu dan banyak lagi. TV9 bersama-sama dengan Lembaga Zakat Selangor selaku penaja serta Hotfm telah mengambil inisiatif untuk mengadakan acara padang Raudhah Di Hatiku bertujuan untuk memperkenalkan masjid sebagai satu hab komuniti untuk seluruh masyarakat terutamanya para remaja.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah disusun khas untuk acara ini adalah Rumah Terbuka dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di mana pihak masjid akan menumbangkan seekor lembu untuk dijamu kepada tetamu, Senaman tai-chi, Pertandingan futsal, Jogathon, Jualan bazaar, Pertandingan muazzin muda, Ujibakat pengulas berita dan penyampai radio, Pencarian pengacara Safiyya serta tutorial menggayakan tudung, Pertandingan mewarna, Pertandingan nasyid, Pertandingan bercerita, Pertandingan memasak, Pameran seni Islam, Demo mandi dan kafan jenazah, Pameran daripada Agensi Anti-Dadah Kebangsaan dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Stesen televisyen nombor 2 negara, TV9 (Saluran 119), melalui jenama Raudhah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan masjid sebagai hab komuniti bagi para remaja dan masyarakat setempat. Penjenamaan Raudhah yang membariskan program-program berunsur Islami seperti Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Halaqah, Semanis Kurma, Usrah dan Safiyya kini memperkasakan lagi penjenamaannya melalui penganjuran acara padang dengan nama Raudhah di Hatiku.
Raudhah di Hatiku anjuran TV9 ini dibawakan oleh Lembaga Zakat Selangor dan dimeriahkan lagi oleh kehadiran HotFM ini merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial stesen untuk menarik minat remaja mendekatkan diri mereka dengan masjid serta mengenepikan persepsi yang masjid ini hanyalah untuk solat sahaja. Sesungguhnya kebanyakan masjid di Malaysia ini begitu aktif dan sentiasa mengadakan aktiviti-aktiviti menarik buat jemaah mereka serta masyarakat setempat.
Lokasi pertama Raudhah di Hatiku ialah Masjid Darul Ehsan, SS15 Subang Jaya pada hari Sabtu, 24 September 2011 bermula seawal 9.00 pagi hingga 6.00 petang dengan pelbagai aktiviti menarik sesuai untuk setiap lapisan umur. Aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut:
• Rumah Terbuka dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, di mana pihak masjid akan menumbangkan seekor lembu untuk dijamu kepada tetamu
• Senaman tai-chi
• Pertandingan futsal
• Jogathon
• Jualan bazaar
• Pertandingan muazzin muda
• Ujibakat pengulas berita dan penyampai radio
• Pencarian pengacara Safiyya serta tutorial menggayakan tudung
• Pertandingan mewarna
• Pertandingan nasyid
• Pertandingan bercerita
• Pertandingan memasak
• Pameran seni Islam
• Demo mandi dan kafan jenazah
• Pameran daripada Agensi Anti-Dadah Kebangsaan dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
Selain itu, acara ini turut dimeriahkan oleh tokoh Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz memberi ceramah berkaitan ‘Titian Sirat’ di booth TV9, serta barisan selebriti TV9 seperti Syed Mohd Khair, Zuhairah Mustafa Al-Husin, Irma Hasmie, Liyana Hisham (pengacara Safiyyah), artis Catriona Ross serta kumpulan nasyid Al-Mawlid yang terdiri daripada Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge).
Lebih menarik pengunjung dapat menyertai rakaman rancangan Tanyalah Ustaz yang dikendalikan oleh Ustaz Halim Din yang membawa tajuk ’Agihan Zakat’. Sementara itu, Ustazah Asni Abu Mansor juga akan hadir bagi sesi rakaman Tanyalah Ustazah mengupas tentang ’Bagaimana Wanita Berperanan’. Kedua-dua rancangan ini akan disiarkan pada bulan November nanti.
Kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk memeriahkan suasana raudhah Di Hatiku di Masjid Darul Ehsan, SS15 Subang Jaya, bolehlah menjelajah bersama kami di tiga lokasi seterusnya iaitu :
Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati 1 Oktober 2011 (Sabtu)
Masjid Al-Falah, Jalan USJ 9, Subang Jaya 22 Oktober 2011 (Sabtu)
Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail 29 Oktober 2011 (Sabtu)
Oleh itu, datanglah beramai-ramai ke empat buah masjid terpilih di sekitar Lembah Klang ini dan rasai kemeriahan aktiviti yang telah disediakan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.tv9.com.my/raudhahdihatiku.
9.00 pagi Lintas langsung TV9 Nasi Lemak Kopi O (NLKO)
10.00 pagi Bersama pendakwah Ustaz Dato’ Abu Hassan Din
11.30 pagi Rakaman secara langsung “Tanyalah Ustaz”
1.00 tghari Aktiviti program TV9 Safiyya
2.30 tghari Rakaman secara langsung “Tanyalah Ustazah”
3.30 thari Persembahan kumpulan Al-Mawlid
4.30 tghari Aktiviti program TV9 Safiyya
5.30 petang Perkongsian pengalaman bersama artis Catriona Ross
6.00 petang Persembahan kumpulan Al-Mawlid
Mengenai TV9
Dengan cogan kata “Di Hatiku”, TV9 bersedia untuk menembusi salah satu segmen penonton Malaysia yang paling pesat berkembang dengan sasaran kepada golongan muda masyarakat Melayu. Dengan fokusnya yang jelas, TV9 akan dapat menyerlahkan dirinya dengan menyediakan rancangan hiburan yang menyeronokkan dan memperkukuhkan nilai-nilai murni yang menjadi pegangan masyarakat Melayu. Program TV9 menarik penonton dari segenap lapisan usia, baik kanak-kanak dan remaja mahupun golongan belia dan dewasa, yang pasti terpikat dengan nilai-nilai positif rangkaian TV ini.
TV9 adalah stesen siaran percuma keempat dalam Kumpulan Media Prima Berhad, yang telah memulakan penyiaran ke seluruh Semenanjung Malaysia pada 22 April 2006, dan berpotensi mencapai 7 juta penonton di Semenanjung Malaysia. TV9 sekarang juga boleh didapati di saluran berbayar Astro iaitu saluran 119. Liputan TV9 adalah menyeluruh, mencakupi semua negeri di Pantai Timur, iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web www.tv9.com.my .