Semalam, telah berlangsung sesi rakaman program khas raya ‘Teratak Siti Nurhaliza’ di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Program hiburan ini akan menemui penonton TV3 pada hari raya pertama, 1 Oktober 2008 pada jam 10 pagi hingga 11 pagi.
Dato’ Siti Nurhaliza yang mengenakan dua pasang busana rekaan Rizman Ruzaini tampak ceria dan berseri bersama sejumlah peminat yang hadir dengan pakaian raya. Turut menampilkan kakak dan adik Siti iaitu Siti Nursaida dan Siti Nursaerah.