Raikan akhir tahun dengan jualan gila-gila, promosi eksklusif, dan pengalaman membeli-belah bertaraf dunia. Tahun ini, Pavilion KL berganding bahu dengan Alipay+ dan Tourism Malaysia untuk membawa kemeriahan membeli-belah kepada semua.
Malaysia Year-End Sale 2024: Kembali Selepas Empat Tahun
Selepas empat tahun tidak diadakan, Malaysia Year-End Sale (MYES) kini kembali dengan lebih meriah! Bermula dari 21 November hingga 31 Disember 2024, kempen ini meraikan Malaysia sebagai destinasi membeli-belah utama di Asia. MYES bukan sekadar jualan, ia adalah pengalaman membeli-belah penuh gaya dengan pelbagai tawaran menarik, diskaun besar-besaran, dan promosi yang sukar dilepaskan.
Kempen tahunan ini dijangka memberikan impak besar kepada pendapatan pelancongan Malaysia, terutamanya semasa musim percutian akhir tahun. Dengan kerjasama pelbagai pemain industri seperti pengendali pusat beli-belah, persatuan hotel, agensi pelancongan, syarikat penerbangan, dan KTMB, MYES mengangkat slogan “MY Priceless Experience” – menjanjikan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingan kepada pelancong dan penduduk tempatan.
Kerjasama Pertama Alipay+ di Malaysia: Sasaran Pelancong Antarabangsa
Buat pertama kali, Alipay+ melancarkan kempen khas di Malaysia. Platform ini menawarkan diskaun eksklusif untuk pelancong dari China dan negara lain yang menggunakan rakan kongsi Alipay+.
Untuk pengguna Alipay dari China:
- Diskaun RMB100 dengan pembelian minimum RMB2,088.
- Diskaun RMB200 dengan pembelian minimum RMB3,888.
Untuk pengguna Alipay+ lain, tawaran menarik termasuk:
- RM5 diskaun dengan perbelanjaan minimum RM50.
- RM25 diskaun dengan perbelanjaan minimum RM400.
- RM90 diskaun dengan perbelanjaan minimum RM1,000.
Pelawat juga boleh menebus baucar diskaun dan barangan eksklusif Alipay+ dengan menyertai permainan interaktif di booth Alipay+ di Aras 5, Pavilion Elite sehingga 5 Januari 2025. Namun, cepat-cepat ya, kerana semua tawaran ini adalah berdasarkan prinsip “siapa cepat dia dapat”!
Pavilion KL: Destinasi Membeli-Belah Pilihan
Sebagai lokasi utama MYES, Pavilion Kuala Lumpur menawarkan promosi hebat daripada jenama-jenama terkenal. Antaranya:
- AX Armani Exchange: Diskaun 40% dalam jualan akhir musim (22 November – 19 Disember).
- GUESS & GUESS Kids: Diskaun sehingga 50% untuk item terpilih.
- Carlo Rino: Diskaun sehingga 70%!
Dekorasi ‘Christmas Enchantment’ di Pavilion KL juga menjadi tarikan utama, menjadikan pengalaman membeli-belah di sini lebih memukau. Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion KL (Retail), berkata:
Teknologi Pembayaran Digital yang Memudahkan
Alipay+ memainkan peranan penting dalam MYES dengan menyediakan teknologi pembayaran rentas sempadan yang memudahkan pelancong antarabangsa membuat transaksi di Malaysia. Pavilion KL kini telah mengaktifkan penerimaan Alipay+ untuk kebanyakan kedai di pusat beli-belah tersebut, memudahkan pelancong dari China, Singapura, Thailand, Korea Selatan, dan Filipina menikmati pengalaman membeli-belah tanpa halangan.
Apa Kata Budiey: MYES 2024, Peluang Emas untuk Kaki Shopping!
Malaysia Year-End Sale 2024 bukan sekadar jualan biasa; ia adalah platform untuk meraikan keunikan budaya, fesyen, dan gaya hidup Malaysia. Dengan tawaran yang menggiurkan, teknologi pembayaran yang mesra pengguna, dan pelbagai promosi eksklusif, MYES memberikan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingan.
Daripada diskaun hebat di Pavilion KL hingga kemudahan pembayaran digital oleh Alipay+, MYES mencerminkan kerjasama strategik antara sektor pelancongan dan peruncitan Malaysia. Jadi, sama ada anda seorang pelancong atau pembeli tempatan, jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati tawaran akhir tahun yang menakjubkan. Let’s shop till we drop!