in , ,

Baiq Balqis Tersingkir di Suku Akhir Pertandingan The Chosen One 2024

Akhil Mikhail Menggempur Suku Akhir ‘The Chosen One 2024 dengan Gaya Rock. Akhil Rampas Takhta Juara Mingguan.

Pada minggu keenam ‘The Chosen One 2024’, yang berlangsung dengan tema Rock, Akhil Mikhail memukau juri dan penonton dengan persembahan yang memukau, sekali gus berjaya merampas takhta juara mingguan daripada Kiki Fateha, yang telah mendominasi kedudukan pertama selama beberapa minggu. Menariknya, minggu ini juga menyaksikan kehadiran Datuk Rosyam Nor sebagai juri jemputan yang turut memberi kritikan membina kepada para peserta. Turut mencuri perhatian ialah Eriq Fikri, yang membawa lagu Seroja nyanyian kumpulan Search. Persembahannya mendapat pujian dan berjaya masuk dalam senarai top 3 bersama Akhil dan Kiki.

Namun, perjalanan berakhir buat Baiq Balqis apabila dia tersingkir dari pentas suku akhir. Ini bermakna lima peserta yang lain akan mara ke separuh akhir, masing-masing semakin hampir untuk merebut gelaran juara. Sementara itu, Azry Sabri masih mengungguli gelaran Gempak ERA The Chosen One of The Week.

The Chosen One S2 Week 6

Tema Rock! Penampilan Hebat Juri dan Persembahan Peserta

Tema minggu keenam yang bertemakan “Rock” membawa cabaran tersendiri untuk para peserta, yang harus menonjolkan gaya rock serta vokal yang bertenaga. Di samping juri tetap, Dato’ Awie dan Jaclyn Victor, program ini turut menampilkan Datuk Rosyam Nor sebagai juri jemputan. Kehadiran beliau memberi suntikan semangat kepada peserta, yang kesemuanya membawa lagu-lagu rock hebat tempatan.

Berikut adalah senarai lagu-lagu pilihan untuk setiap peserta:

  • Akhil Mikhail (Coach: Tomok) – Akar dan Bumi oleh Amuk
  • Kiki Fateha (Coach: Aepul Roza) – Gemuruh oleh Search & Wings
  • Eriq Fikri (Coach: Sufian Suhaimi) – Seroja oleh Search
  • Atikah Rose (Coach: Adira Suhaimi) – Seruan oleh Lefthanded
  • Azry Sabri (Coach: Fahimi & Firdaus Rahmat) – Peronda Jaket Biru oleh Wings
  • Baiq Balqis (Coach: Amir Jahari) – Kesal oleh Ella (Tersingkir Minggu 6)

Dengan senarai lagu yang hebat ini, setiap peserta perlu tampil bertenaga dan memberikan “vibe” rock yang memukau untuk menambat hati juri dan penonton.

The Chosen One S2 Week 6

Format Penjurian: Menilai Vokal, Kreativiti, dan Pembawaan Watak

Setiap persembahan dinilai berdasarkan beberapa kriteria utama: 50% markah diberikan untuk teknik vokal, 30% untuk kreativiti dan “feel” persembahan, serta 20% untuk watak dan cara peserta membawa diri di pentas. Markah penuh diberikan oleh pihak juri sebaik sahaja setiap persembahan selesai, menjadikan penjurian lebih telus dan berfokus pada kualiti keseluruhan persembahan.

Para peserta juga berpasangan dengan penyanyi-penyanyi ternama sebagai “coach” atau jurulatih untuk membantu mempertingkatkan teknik vokal dan persembahan mereka. Antaranya ialah nama-nama besar seperti Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita, serta kembar berbakat Firdaus Rahmat dan Fahimi Rahmat.

The Chosen One S2 Week 6

Hadiah Lumayan dan Tumpuan Media untuk Juara The Chosen One 2024

Juara musim kedua The Chosen One akan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro, manakala tempat kedua hingga keempat akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM20,000, RM10,000, dan RM5,000 berserta trofi. Kolaborasi program ini bersama Gempak sebagai Rakan Digital, ERA sebagai Rakan Radio Rasmi, dan media lain seperti Pa&Ma, Keluarga, serta Bintang Kecil memeriahkan lagi penganjuran musim kali ini, memberikan sokongan dan liputan meluas untuk peserta dan pemenang.

Saksikan persembahan terkini dan siapakah yang akan mara ke pentas akhir The Chosen One 2024 pada setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611), Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO, dan sooka. Setiap episod menyajikan persembahan yang semakin hebat, mendebarkan dan penuh bakat daripada peserta muda negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

EBBY YUS

Kesihatan Merosot, Ebby Yus Jual Keris Kesayangan Demi Teruskan Hidup

Abadikan Momen Kuliner Malaysia Terbaik dengan Galaxy S Series!