Jarang sekali, 8TV nak jemput media keluar jalan-jalan. Kalau ada pun, cuma sidang media di lokasi ibu kota yang sentiasa sesak dengan kesibukan lalu lintas. Pernah mengadakan malam apresiasi media tetapi kali ini 8TV mengambil inisiatif untuk memesrakan para media dengan alam sekitar.
Terima kasih kepada 8TV kerana sudi menjemput Sensasi Selebriti untuk turut serta bagi memeriahkan lagi 8TV Viewing. Motif sebenarnya adalah untuk mewar-warkan kepada media program dan drama terbaru yang akan ditayangkan di 8TV. Aktiviti sampingan diadakan untuk merapatkan lagi hubungan antara media dan warga kerja 8TV.
Paling seronok adalah Treasure Hunt dengan menggunakan GPS. Macam-macam cabaran perlu ditempuhi. Kira macam Amazing Race jugaklah. Paling meletihkan apabila kami diminta untuk bersenam di waktu pagi dengan perut kosong… ooooh malas nak bersenam kan? Tapi kalau bab makan, memang sukar untuk dilepaskan.