in ,

Dalia Farhana Kembali dengan Lagu Sarat Dengan Emosi Berjudul ‘Beban’

XO House Malaysia Mempersembahkan Single Emosional Terbaru Dalia Farhana

XO House Malaysia dengan penuh bangga mempersembahkan karya terbaru dari penyanyi berbakat Dalia Farhana yang berjudul Beban. Lagu ini merupakan hasil kolaborasi antara Dalia Farhana dan Amir Firdaus, dan dilancarkan secara rasmi pada 7 Oktober 2024.

Dalam masa hanya tujuh hari selepas pelancarannya, lagu ini telah mendapat lebih daripada 185,000 tontonan di YouTube dan kini menduduki tempat kelima dalam carta Trending di platform tersebut. Bagi yang ingin menikmati lagu ini, ia juga boleh didapati di pelbagai platform muzik seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, dan iTunes.

Kisah Sedih di Sebalik Lirik “Beban”

Lagu Beban membawa pendengar melalui perjalanan emosi yang penuh dengan kekecewaan dan kesedihan apabila hubungan cinta mula renggang. Liriknya yang penuh dengan metafora menggambarkan perubahan perasaan dalam hubungan yang dahulunya indah kini bertukar menjadi suram. Dalam setiap bait kata, protagonis merasakan bahawa pasangan mereka tidak lagi peduli dan hanya berpura-pura menunjukkan kasih sayang.

Chorus lagu ini mengungkapkan kesedaran yang menyakitkan di mana protagonis menyedari bahawa dirinya kini menjadi beban dalam hubungan tersebut. Lirik yang paling menyentuh hati ialah, “Bebanmu yang paling mudah kau lepas itu aku,” yang menggambarkan rasa perit apabila disisihkan oleh seseorang yang pernah mereka sayangi. Melalui lagu ini, Dalia Farhana berjaya menyampaikan perasaan luka dan kesedihan yang dialami ketika cinta perlahan-lahan memudar dan seseorang terpaksa menerima kenyataan bahawa mereka menjadi beban dalam kehidupan orang yang mereka cintai.

Dalia Farhana Meluahkan Isi Hatinya dalam “Beban”

Dalia Farhana, ketika ditanya mengenai lagu ini, menyatakan bahawa Beban merupakan cara baginya untuk meluahkan segala perasaan yang terpendam. “Dalia happy dapat release lagu ni sebab Dalia dapat meluahkan apa yang telah lama Dalia pendam. Walaupun lagu ni hanya berdurasi 2 minit 53 saat tetapi Dalia dapat lepaskan segala isi hati Dalia dalam lagu ini,” kata Dalia Farhana dengan penuh keikhlasan.

Menurutnya lagi, walaupun lagu ini ringkas, beliau yakin ramai pendengar di luar sana akan dapat merasai dan menghayati mesej yang cuba disampaikan. Motif utama Dalia dalam mencipta Beban adalah untuk menjadi teman kepada mereka yang sedang melalui situasi yang serupa, serta memahami perasaan kekecewaan dan kesepian apabila cinta semakin jauh dari genggaman.

Kejayaan Sebelumnya dan Harapan Baru dengan “Beban”

Dalia Farhana bukanlah nama asing dalam industri muzik tempatan. Selepas kejayaan lagu Langit Yang Sama, yang mendapat lebih 10 juta tontonan untuk video muziknya di YouTube, serta lebih 9.3 juta tontonan untuk video liriknya, Dalia Farhana kini kembali dengan sebuah lagu yang lebih galau dan penuh emosi. Lagu Langit Yang Sama juga mencatat lebih 21 juta pendengar di Spotify dan berjaya menduduki tangga nombor satu dalam carta Rim Chart Malaysia.

Kehadiran Beban diharap dapat mengulangi kejayaan lagu-lagu terdahulu dan menjadi peneman kepada mereka yang pernah atau sedang mengalami pengalaman cinta yang menyakitkan. Dengan lirik yang menyentuh hati dan melodi yang menyayat, lagu ini pasti akan menggugah perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Untuk peminat muzik yang ingin mendalami emosi dalam lagu-lagu Dalia Farhana, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Beban di pelbagai platform muzik kegemaran anda. Dalia Farhana terus menunjukkan kehebatannya dalam menghasilkan lagu-lagu yang penuh makna dan menyentuh jiwa, membuktikan bahawa beliau adalah antara bakat terbaik dalam industri muzik Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Misteri Supernatural ‘Light Shop’ Tayang Eksklusif di Disney+ Hotstar