in , ,

Konsert Asmara Loka 2024 Gabungkan Lagu Galau & ‘Healing’ di Ipoh, Perak

ASMARA LOKA: Gabungan Muzik Galau dan Healing Untuk Semua Penggemar Muzik Tanah Air

Setelah kejayaan penganjuran Kotak Muzik Kita di Galasa Caldwell, Ipoh tahun lalu, serta siri jelajah Pentas Healing bersama komuniti Gamon Society di beberapa negeri seperti Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, dan Melaka, kini Fuse Creative Digital Media bakal mempersembahkan sebuah acara muzik yang lebih eksklusif dan penuh emosi, ASMARA LOKA 2024.

Acara ini bakal berlangsung pada 9 November 2024 di Ipoh Convention Centre, Perak, dengan matlamat untuk membawa pengalaman muzik yang lebih dekat dan intim kepada peminat muzik tanah air. Konsep acara indoor yang disajikan ini menawarkan persembahan daripada barisan artis terkenal seperti 6IXTHSENSE, INSOMNIACKS, DRAMABAND, dan AIZAT AMDAN, menjadikan ASMARA LOKA satu platform untuk peminat muzik dari pelbagai latar belakang menikmati muzik terkini yang sedang trending.

Konsert Asmara Loka 2024 Gabungkan Lagu Galau & 'Healing' di Ipoh, Perak

Membawa Trend “Galau” dan “Healing” ke Pentas Ipoh

Dengan mengambil inspirasi daripada trend “Galau” dan “Healing” yang kini menjadi fenomena di media sosial seperti TikTok, Facebook, dan Instagram, terutamanya di kalangan generasi muda, ASMARA LOKA berjanji untuk membawa pengalaman muzik yang lebih personal dan mendalam. Acara ini bukan sekadar hiburan biasa, tetapi juga merupakan ruang bagi penggemar muzik untuk menghayati emosi yang terkandung dalam setiap lagu.

Menurut Syahril Husny, Pengarah Projek ASMARA LOKA yang lebih dikenali sebagai Aril, acara ini juga bertujuan untuk memupuk pengiktirafan terhadap bakat-bakat hebat tempatan. “Kami di FUSE berharap ASMARA LOKA bukan sahaja menjadi platform untuk memperkenalkan bakat-bakat hebat tanah air, tetapi juga sebagai satu titik pertemuan bagi penggemar muzik yang menghargai dan menikmati trend muzik semasa,” katanya.

Konsert Asmara Loka 2024 Gabungkan Lagu Galau & 'Healing' di Ipoh, Perak

Promosi Bandar Ipoh Sebagai Kota Kreatif

ASMARA LOKA juga bertepatan dengan kempen Tourism Perak 2024 di bawah inisiatif Travel to Perak, yang bertujuan untuk mempromosikan bandar Ipoh sebagai destinasi pelancongan utama. Dengan pengiktirafan UNESCO sebagai Creative City of Music, Ipoh kini menjadi salah satu destinasi yang harus dilawati oleh pencinta muzik. Acara seperti ASMARA LOKA ini diharapkan dapat menarik lebih ramai pelancong, terutamanya golongan muda, untuk datang dan menikmati keindahan bandar ini.

“Kami yakin acara ini akan menjadi mercu tanda dalam kalendar acara muzik Malaysia dan membawa impak positif kepada industri pelancongan serta ekonomi setempat,” tambah Aril.

Konsert Asmara Loka 2024 Gabungkan Lagu Galau & 'Healing' di Ipoh, Perak

Jualan Tiket dan Kategori Harga

Jualan tiket atas talian telah pun bermula pada 6 Ogos 2024 di laman sesawang www.ticket2u.com.my dengan dua kategori tiket iaitu:

  • Zona Patah Hati – RM98
  • Zona Mati Rasa – RM128

Sehingga kini, lebih daripada 60% tiket telah terjual. Oleh kerana sambutan yang luar biasa, penganjur kini memperkenalkan tiket combo untuk memberi lebih pilihan kepada peminat:

  • Tiket Duo (Zona Patah Hati) – RM226 untuk 2 orang
  • Tiket Kumpulan (Zona Patah Hati) – RM432 untuk 4 orang

Jualan tiket combo ini akan mula dijual pada 11 Oktober 2024. Namun, harga tiket ini tidak termasuk caj pemprosesan.

Konsert Asmara Loka 2024 Gabungkan Lagu Galau & 'Healing' di Ipoh, Perak

Butiran Acara ASMARA LOKA 2024

  • Tarikh: 9 November 2024
  • Masa: 8.00 malam – 11.00 malam
  • Tempat: Ipoh Convention Centre, Ipoh, Perak
  • Artis: 6IXTHSENSE, INSOMNIACKS, DRAMABAND, AIZAT AMDAN
  • Harga Tiket:
  • Zona Patah Hati – RM98
  • Zona Mati Rasa – RM128

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari www.ticket2u.com.my.

Konsert Asmara Loka 2024 Gabungkan Lagu Galau & 'Healing' di Ipoh, Perak

Rakan Acara

Acara ini dianjurkan oleh Fuse Creative Digital Media dengan kerjasama Atas Angin dan disokong oleh Perak Tourism. Beberapa rakan strategik lain termasuk Mesco, Hotel Casuarina, Hot FM, Astro Gempak, Ants & Bees, dan Quennal turut bersama menjayakan acara ini.

Dengan kehadiran barisan artis hebat dan suasana yang penuh kehangatan, ASMARA LOKA 2024 dijangka menjadi salah satu acara muzik paling dinantikan tahun ini. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman muzik yang unik dan eksklusif ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rancangan Korea Terbaik di Disney+ Hotstar untuk Hiburan Santai Anda

Konsert The Journey of Sound: Gabungan Magis Siti Nurhaliza & Judika