in

Sekitar Majlis Berbuka Puasa Bersama Mamee

SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MAMEE

Sebelum lebaran Aidilfitri menjelma tempohari, Budiey berkesempatan untuk bersama-sama Mamee meraikan dan berbuka puasa bersama anak-anak yatim yang menetap di Madrasah Anak-Anak Yatim & Tahfiz Quran Hashimiah yang terletak di No 111-3, Kompleks Pasar Borong, Jalan 2/3 A, km12 Jalan Ipoh Selayang, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur.

Berbuka Puasa Bersama Mamee

Mulanya agak sukar untuk mencari lokasi Madrasah Hashimiah ni. Beberapa kali juga tersesat jalan, namun dengan bantuan seorang rakan, Budiey akhirnya berjaya sampai dan memijak kaki di Madrasah yang dibina di kawasan rumah kedai ini.

Selain rasa sangat seronok, Budiey kira ini adalah kali pertama Budiey dapat rasakan pengalaman seperti ini. Perasaan berbaur-baur dengan sayu dah pilu melihat penghuni rumah ni, tambahan pula hari raya masa tu dah nak dekat.

Terima kasih buat Mamee yang sudi menjemput Budiey untuk turut sama memeriahkan suasana. Sememangnya, kehadiran kami di petang 23 Ogos lalu dialu-alukan oleh pengasas madrasah anak yatim ini iaitu Ustaz Hafiz Hashimiah.

Menurut Ustas Hashimiah, madrasah ini dibina dengan peluh dan keringatnya sejak 11 tahun lalu ini kini semakin dipenuhi dengan pelajar dan anak-anak yatim.

Berbuka Puasa Bersama Mamee

Bangunan 3 tingkat di deretan kedai dan gudang di Selayang ini sebenarnya menempatkan anak-anak yatim dan miskin dari pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Budiey sebenarnya kagum apabila diberitahu, dengan hanya sumbangan sebanyak RM200 sahaja dari orang ramai ianya dapat menaja sehingga 100 orang untuk berbuka puasa dan kini orang ramai sudah mula menaja anak-anak yatim dan warga miskin pelarian ini untuk berbuka puasa di Madrasah Hashimiah. Alhamdulilah.

Tambahan lagi, apabila kehadiran kami, beberapa orang wakil dari Mamee sebagai penaja yang menyumbangkan makanan juadah berbuka puasa pada hari itu memberikan sinar keceriaan buat penghuni rumah anak yatim dan pelajar tahfiz.

Bukan itu sahaja, mereka juga turut menerima duit raya dan hamper dari Mamee. Budiey lihat mereka begitu excited dan teruja sangat bila dapat berbuka bersama dengan kami. Bukan apa, Budiey tanya mereka, kenapa sangat happy bila kami datang, mereka terus jawab, yang mereka suka makan mee Mamee.

Berbuka Puasa Bersama Mamee

Oh ya tak ya, Mamee kan dah lama berada di pasaran iaitu lebih dari 40 tahun. Kesemua mereka dah tahu produk Mamee ni. Ye lah, kanak-kanak khususnya tentu suka dengan makanan mee ni.

Yang penting sekali, produk ini tak perlu diragui kerana ia dah diperakui sebagai produk yang HALAL oleh JAKIM.

Buktinya, korang boleh buka laman web rasmi JAKIM. Di situ, korang boleh buat carian dengan menaip: PACIFIC FOOD PRODUCTS SDN BHD. Pergi ke tab SYARIKAT. Kemudian, klik ikon sebelah tarikh tu untuk melihat senarai produk MAMEE yang ditelah disahkan HALAL oleh JAKIM. Sangat mudah.

mamee

Jauh di sudut, meresap juga rasa simpati dan empati dengan nasib mereka. Dahlah tiada ibu dan bapa, duduk pula merempat dan tiada tempat bergantung. Nasib baik ada madrasah ni boleh juga bertumpang teduh.

Berbuka Puasa Bersama Mamee

Ramai juga teman di Facebook dan Twitter yang bertanya, cukupkah dengan RM200 untuk diberi makan kepada 100 orang? Itu yang uniknya di Madrasah Hashimiah.

Semasa Budiey tiba di Madrasah jam 6 petang, Budiey dapat saksikan sendiri mereka cuba untuk berdikari dengan menjual menu berbuka puasa di luar madrasah sebagai pendapatan sambilan bagi tabung madsarah ini. Antara menu dari RM200 tersebut ialah bubur yang dibuat daripada pelbagai jenis kacang yang dimasukkan sedikit daging, bubur bali yang diletakkan kelapa parut, kacang goreng, bihun goreng dan buah seperti pisang dan tembikai.

Berbuka Puasa Bersama Mamee

Sebelum berbuka, Budiey sempat berbual-bual dan mengenali lebih dekat dengan kehidupan anak-anak yatim di madrasah ini. Menurut adik Abdul Jalil yang menetap di sini hampir 4 tahun, selain beliau dapat belajar menghafaz Quran di sini, beliau juga turut diajar dengan mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan mata pelajaran asas yang lain. Jumlah guru tetap di sini hanya ada 3 orang dan Budiey rasa seperti tak mampu untuk menampung jumlah anak yatim yang semakin hari semakin ramai.

Sepanjang bulan puasa, kelas pembelajaran bermula dari jam 9.30 pagi hinggalah 1 tengahari. Kemudian mereka akan memasak bubur lambuk untuk dijual sehingga jam 3 petang. Seterusnya, mereka akan keluar untuk menjual bubur lambuk tersebut sepanjang bulan puasa. Satu bungkus bubur lambuk dijual dengan harga RM2 sahaja.

Berbuka Puasa Bersama Mamee

Bergambar kenangan bersama adik Abdul Jalil

Menurut adik Abdul Jalil, setiap kali datang bulan puasa, pasti ada sumbangan dari orang ramai dan persatuan yang sudi membantu. Yang paling best, apabila mereka dijemput berbuka puasa di hotel dan menerima duit raya.

Berbuka Puasa Bersama Mamee

Pada hari itu, walaupun dalam keadaan yang sederhana, kami berbuka puasa sama-sama dengan bubur lambuk dan kuih muih. Seterusnya, kami menjamah pula hidangan juadah yang ditaja oleh Mamee. Mmm… memang sedap dan best bila dapat berbuka puasa beramai-ramai macam ni. Selain ianya menyedarkan kita, betapa kat luar sana ramai lagi kanak-kanak yang memerlukan bantuan, kita juga insaf yang kita perlu ada tanggungjawab untuk membantu mereka. Tak banyak, sedikit pun jadilah. Sekurang-kurang, ringan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka.

Berbuka Puasa Bersama Mamee

Selepas berbuka puasa, dan perut masing-masing dah kenyang diisi dengan juadah berbuka dari Mamee, tiba masa untuk mereka beramah mesra dengan maskot Monster Mamee. Sebenarnya, mereka sangat surprise dan terkejut giler masa maskot Monster Mamee ni tiba-tiba datang masuk ke dewan.

Berbuka Puasa Bersama Mamee

Mereka tak jangka pun. Jadi, ramai kanak-kanak-kanak semua lari bertempiaran dalam ketakutan. Tapi bila lama kelamaan mereka tenang sikit dan cuba-cuba bermain-main dengan maskot ni. Kelakar gak bila tengok diorang ni dari takut bertukar jadi minat nak dekat-dekat, tepuk tampar dengan maskot Mamee ni.

Masa nak balik tu, kat luar hujan lebat secara tiba-tiba. Tapi demi anak-anak ni, wakil dari Mamee sanggup untuk meredah segala.

Penutup kata, terima kasih kepada Mamee kerana sudi memberi peluang kepada Budiey untuk turut bersama-sama di majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Madrasah Hashimiah tempohari.

Untuk info lanjut, sila layari Facebook Fanpage Mamee Monster:- www.facebook.com/pages/Mamee-Monster

Mamee Sllrrrp:- www.facebook.com/pages/Mamee-Sllrrrp

Antara gambar-gambar yang sempat Budiey ambil:


Berbuka Puasa Bersama Mamee

Berbuka Puasa Bersama Mamee

Berbuka Puasa Bersama Mamee

Berbuka Puasa Bersama Mamee

Berbuka Puasa Bersama Mamee

Berbuka Puasa Bersama Mamee

Berbuka Puasa Bersama Mamee

Berbuka Puasa Bersama Mamee

Berbuka Puasa Bersama Mamee

Berbuka Puasa Bersama Mamee

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Marsha AF Pengsan Telan Pil Berlebihan?

Sinopsis & Movie Still Filem Raya Tak Jadi